-bukan aku-
Sedang aku cuba menghilangkan diri di dalam fb. Memang suatu penyeksaan untukku, lalu aku layan pulak astero. Malangnya tiada yang memegahkan aku sedangkan aku suka dengan kemegahan. Tertarik pula aku dengan rona2 kehidupan yang berliku-liku ini. Imbau kembali apa yang telah terjadi di dalam hidupku.
Oh, hidupku sudah cukup baik rupanya dengan kipas yang berpusing dengan pantas dan tv 14 inci. Memang nikmat hidup. Sejenak pula aku terfikir, betulkah fikiran ku ini sekarang? Atau buat-buat sahaja dengan pemikiran begini? Atau?
Sedang aku kuat mengelamun, mata ku masih meliar, meliar ke seluruh pelusuk satu rumah tanpa memikirkan apa-apa sahaja, dan perkara terakhir aku pandang adalah seluar aku. Panjang sehingga cecah tumit kaki. Kalau buat pusingan 360, kaki tidak pusing, kepala ke bawah.
Kemudian terimbau kembali kenangan pada tahun 70an, pada tahun itu seluar pilihan adalah seluar jenis Bogad.
Maka bertanyalah mereka2 kpd aku apa itu bogad (padahal tak tanye pun, ade aku kesah)
Jawab aku senang sahaja, itulah fesyen sapu sampah gune seluar, sekian.
Termangu dari lamunan, terus aku terfikir pepatah ummi ku (bunda ya..)
“orang itu sombong jika orang itu pakai seluar itu, sapu t**k anjing” pesan ibuku
“itukan Cuma fesyen sahaja ya bunda” jawabku lagi.
“ya.. memang itulah hakikat fesyen, mahu mengujubkan orang” jawab bundaku lagi.
Dengan perasangka mudah bangga aku cuba berseloroh dengan berkata “adakah bunda sedang memberi ceramah?”
Ending di situ.
Bab sombong.
Ya.. sombong, satu penyakit yang sangat teruk daripada penyakit yang lain, sombong juga merupakan salah satu daripada ujub. Apa itu ujub ya saudara yang bijak pandai mengata orang?
Ujub seperti yang anda tahu adalah perasaan bangga diri dan meninggi diri sehingga membawa kepada sombong. Kenape kau suke sentuh isu2 camni ek? Aku bukan sentuh, tapi ini lah perkara yang kita tidak Nampak.
‘Udah la ko yad.. poyo..’ ya lahh.. aku berhenti la ni. Berhenti daripada lamunan. Aku tau aku ni jenis yang sombong. Perilaku aku sahaja sudah menunjukkan aku ni sombong.
Aku benci la, ahh.. menci! Aku tau aku ni suke pakai seluar ketat2, aku sombong. Suke pakai seluar paras buku lali, aku sombong. Aku suke pakai baju ketat2 ikut fesyen masa kini, aku sombong. Aku suka makan sambil berjalan, aku sombong. Aku berlagak ngan orang yang pakai selekeh2 (nerd), aku pandang rendah ngan orang yang tak encem, aku sombong.
Sunnah pula. Aku suka makan dan minum tak baca doa, aku sombong ngan Rasulullah. Aku suka makan dan minum bediri, aku sombong ngan Rasulullah, aku sombong ngan Rasulullah. Aku kencing bediri, aku sombong ngan Rasulullah. Aku tak pakai kopiah jubah dan pakaian sunnah, aku sombong ngan Rasulullah. Aku kurang memberi salam bertanya khabar, aku sombong ngan Rasulullah. Dan banyak lagi aku sombong ngan Rasulullah.
Allah. Aku jarang berdoa, aku sombong. Aku duduk bersila dan ujub, aku sombong. Aku pandang rendah pada orang, aku sombong.
Dan korang pula. Merupakan orang paling alim kat dunia, slalu pakai jubah. Tudung labuh, baju labuh tak melekap, slalu pakai kopiah, solat awal waktu, mulu berzikir, tak mengate orang, rajin berdoa kesejahteraan orang. Dan banyak lagi lah yang membolehkan korang masuk Surga dan melalui titian sirat macam kilat.. waw..
Argghh… aku terus bergelumang dengan sombong. Dengan niat yang betul, maka.. sahaja aku mandi.. ehh…
2 ulasan:
adik yad. keh3
nice thread...mohon jangan ujub..
Catat Ulasan