assalamualaikum

Jumaat, 18 Februari 2011

mari kita gelak bersama mereka di Segamat

(tajuk tidak menggambarkan isi)

bismillahirahmanirahim.

14 februari 2011

baju itu digosok dengan sekuat hatiku, berus yg di genggam menjadi tanda kekuatan pada diri ini, kelembutan pada pertuturan ini, dan kesengalan pada jiwa ini. baju itu kemudian ku bilas juga dgn sekuat jiwa mengeringkan dengan sekumit tenaga, demi baju itu juga aku akan gunakan utk ke 'OPS VALANTINE SEMPENA ANTI HARI VELANTINE' pada malam ini di Cheras (lubuk tuuutttt). adakah sempat kering baju itu? adakah seluar itu berguna untuk ku di malam hari ini? semoga semuanya dicatatkan hasanah utkku.

aku tidak berjuang, tp aku menimba ilmu, di dalam menimba ilmu itu ada perjuangannya.

dalam kepayahan aku memberus baju itu, terimbau kembali 3 hari lepas, detik pertemuan antara kami semua bertemu dengan para2 ahli banjir di segamat, bersama dengan sukarelawan yang lain.

detik dimulakan

tik

tok

tik

tok

hari pertama: 11 februari 2011

selepas jumaat aku sudah terpacak di kolej aku, termenung seketika sedetik aku terfikir. sudah 3 tahun aku di kolej ini. perit getir berstatus student selama 3 tahun terungkap dlm masa sedetik sahaja, seolah2 baru smlm aku masuk di kolej ini. munculnya zul telah memanggil ku daripada lamunan yg agak lama, (dari pkul 4 sehingga pkul 5 mengelamun)..

menunggu kehadiran mereka merupakan cabaran yang pertama bagiku, tetapi selepas cabaran itu pasti ada manisnya, aku berubah wajah kepada gembira setelah melihat kehadiran mereka yg bagaikan itik pulang ke rumah.

selepas menunaikan solat maghrib, rombongan kami yang terdiri daripada aku dan zul bergerak pula ke sogo dengan harapan bertemu dengan sahabat lain yg terdiri dari muslimah datin yg terdiri daripada.................. lupa .....................

dengan berbekalkan coklat cadbury dengan harapan makan di dalam bas. terlihat pula kelibat muslimah itu,, 4 org. kami bercadang naik bas sahaja dan standby di UIA.. bile aku blaja kat UIA? ape aku buat kat UIA? apakah perkara yg akan berlaku di UIA?

rapid kl menjadi pilihan. dan setibanya di UIA kami menunggu di pondok bas sebelum bertemu di  tangga besar UIA.

tiada apa yg berlaku. hanya kelibat shahmi dan abg faizal yg datang menaiki kereta. kehadiran menggamit kami kerana mereka naik kereta.. ehh.. sebelum berkumpul, kami dicadangkan utk makan sebentar di cafe UIA (2nd tme makan kat situ)

setelah tepat jam 11 malam, kami berkumpul di tangga ini

ketibaan kami di tangga UIA disambut oleh wakil PKPIM, selain dan termasuk juga dengan sukarelawan yang lain. dan.............. setelah diberi taklimat serta ucapan oleh pihak2 PKPIM dan juga ABIM dan juga MRA.. kami bertolak untuk ke segamat..

setelah berhempas pulas di dalam bas... jam 4 lebih kami tiba di pusat pengumpulan sukarelawan di TASKI ABIM.. tiada apa berlaku. stibanya kami di sana. terus tidur.. mungkin terlalu letih duduk di dalam bas mengalahkan driver bas...


hari kedua 12 februari 2011

liat sungguh pagi itu aku bangun.. dan tidur semula sehingga tidak sedar solat subuh,.. nasib ku sungguh baik berbanding apabila dapat bersama jemaah yg lain utk solat subuh, baik sedikit berbanding mereka yg ada masa utk solat tp dgunakan utk tdo.. bla bla bla..

selesai solat.. sedikit taklimat berkenaan misi... rupa2nya misi itu adalah misi membersihkan rumah...

bersambung...

2 ulasan:

nur aisya humaira berkata...

Assalam yad...
macam chipsmore je ehh,kejap ade,kejap hilang...huhu

Entry khas ►Kenali Follower Saya 4..!~~

Dda Ly berkata...

wahh dtg sini, tpt ak berjodoh nak jumpe..hihi

meh ke rumah..
~stationery~
keep in touch ye..♥♥♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

iklan aku x phm

nyanyi jom awak