assalamualaikum

Khamis, 5 Mei 2011

KELEBIHAN ISTERI TAAT

SESUNGGUHNYA Muslimah yang bersuami mendapat jaminan pintu syurga. Alangkah enaknya jadi muslimah. Dalam pernikahan, mereka tidak perlu mencari nafkah. Dengan status sebagai isteri, mereka akan mendapat makanan, pakaian, dan tempat tinggal serta perlindungan daripada suami.

Suami pula yang memenuhi keperluan mawadahnya. Islam sudah mengatur semua itu, namun ia harus ditempuh dengan usaha.

Memang di dunia ini tidak ada hak tanpa kewajipan dan tidak ada hadiah tanpa kerja. Suami yang memberikan semua jaminan terbabit harus disenangkan hatinya, dipatuhi keinginannya, dipenuhi keperluan mawadahnya.

Pendek kata, apa saja yang suami inginkan (selama bukan dosa) harus dipenuhi. Maka jika suami reda terbukalah pintu syurga bagi isteri. Suami adalah manusia dan manusia tidak ada yang sama antara satu sama lain.

Manusia tidak ada yang sempurna, malah ada saja kekurangannya. Sebab itu isteri perlu terima kekurangan suami.

Isteri juga memiliki kegemaran berbeza-beza. Maka terima pulalah kegemaran suami. Bahkan dalam Islam, kegemaran suami adalah kewajipan isteri untuk memenuhinya.

Misalnya, suami kita menggemari wangi-wangian, maka wajib bagi isterinya selalu memakai wangi-wangian di hadapan suami. Daripada Ummu Salamah, dia berkata, “Rasulullah s.a.w bersabda: Seorang perempuan jika meninggal dan suaminya meredainya, maka dia akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Ahmad dan Thabrani)

Pada awal abad hijriyah, hidup generasi yang diberkati Allah s.w.t. Ketika itu, hidup puteri Rasulullah yang mulia, Sayidatina Fatimah. Dia adalah contoh wanita ahli syurga yang menghabiskan waktu di rumah, memasak, mencuci pakaian, dan mengurus anak tanpa pembantu.

Rabu, 4 Mei 2011

BERHATI-HATI KAU.... JANGAN TULIS MACAM ITU.. JANGAN TULIS MACAM INI.... APE BENDE!!! MEMANDAI JE KORANG



Assalamualaikum


Kalau kamu seorng muslim jgn kata "mosque" tp masjid krana organisasi islam menemukan bhwa "mosque"=nyamuk!!! jgn tulis "mecca" tp mekah krana "mecca"-rumah anggur/bir. Jangan dtulis "mohd" tp tulislah dgn lengkap "muhammad",kerana "mohd"=anjing brmulut besar! !! Jangan tulis "4JJI" tp tulislah "ALLAH S.W.T" kerna "4JJI"= "For Judas Jesus Isa Al-Masih.".Jgn tulis askum or akum tp tulislah lengkap assalamualaikum atau salam krna askum=celakalah kamu. Dan terakhir "Merry Chrithmas"(saye cume untuk sampaikan dan tak berniat untuk menyebutnye) membawa kepada maksud yang memang bahaya!! Iaitu kite menyebut nama tuhan lain. Jadi klau hendak menyebut,sebutlah dengan Hari Natal !! Perkataan ni boleh sebabkan kite Murtad!! Perkataan ...merupakan jarum sulit orang kristian...di dalam bahasa Arab bermaksud "fi hafzilbaba" manakala dalam bahasa Malaysia bermaksud dibawah naungan pope (paderi). Jadi, forward dan sebarkan kepada semua sahabat2 anda.Semoga Allah memberi rahmat
kepada kita dan orang lain.



ayuh kite sebarkan kebodohan kita bersama


APA BENDA KORANG!!


mari kita menyelusuri setiap perkataan di atas ini


jangan tulis MOSQUE kerana itu bermaksud nyamuk


Pernah tak korang cek dalam kamus, nyamuk dalam bahasa lain?
dalam bahasa inggeris nyamuk adalah MOSQUITO, diulangi, KORANG NYANYUK
tidak ada masalah kalau nak tulis mosque sebab mosque memang bermaksud MASJID
try la google translate, cuba semua bahasa


apa pula kaitan dengan organisasi islam? mane korang tau bende tu dari kajian organisasi islam? memandai je..


jangan tulis MECCA kerana bermaksud rumah beri beri


Cuba dengan perkataan ini pula di wikipedia
apa yang korang dapat dari perkataan atas, tak pun gugel translate je. korang tetap akan dapat maksud yang sama iaitu MAKKAH al MUKARRAMAH
apa pula kaitan dengan perkataan mecca? dengar citer ade satu bangunan kat US, kedai arak name die mecca........................
bace balik.... "DENGAR CITER"

apa pula kaitan dengan apple plak? ke korang pegi sane dan duduk dalam sane tu? betul ke name die apple mecca? korang ngan aku pun tak tau ape bende.. meneka je..


jangan tulis MOHD kerana maksudnya bla bla bla...


aku pun tak tau, sejak bile maksud bg perkataan ini boleh muncul sedangkan penggunaan perkataan MOHD itu rasanya lagi lama dari maksudnya.
cuba korang tulis sendiri dalam gugel translate 'anjing mulut besar'.. ade kluar MOHD?
tak terfikir ke.. setelah kite pakai name kite MOHD.. tetibe kluar pulak maksudnye.. ehh.. itu perkara menarik, seperti yg kite tau.. MOHD itu tetap MUHAMMAD SAW


apa pula kaitan dengan anjing? korang tau ke ape maksud 'anjing mulut besar'? tapi kenapa nak kaitkan dengan MOHD pulak? bijaknye je..


jangan tulis 4jjI sebab maksudnya 'for jedus jesus isa al-masih'


bila aku baca benda ni. serius aku kata, "kat malaysia ni ilmu agama yg diajarnya tak cukup ke apa?" (dalam hati je la)
tahu tak korang siapa JESUS, ISA.. ianya adalah nabi ISA as.. nabi isa as yg akan turun pada akhir zaman dan membunuh dajjal,.. begitu mulia Nabi ISA, dan Nabi ISA adalah penyelamat kita.. tau tak.. permintaan nabi ISA adalah utk menjadi umat akhir zaman. maka Allah SWT perkenankan doa itu... done...
siapa pula judas, judas merupakan pembelot kpd nabi isa sendiri.. ehh.. sejak bile kite memandai semue ni, betul ke si judas tu pembelot? memandai ke kite ni.. pernah tak kita fikir siapa yg menggantikan kedudukan Nabi ISA sewaktu disalib? hehehe... carik sendiri
so, camne tulisan itu yg tiba2 boleh jadi 4=for? J=judas? J=jesus? I=isa?


bila kita tulis 4JJI, cukuplah sekadar dalam hati kita hanya ALLAH untuk segalanya, jika kuathir atau berwaspada juga, tulis ALLAH SWT sudah cukup.. yg penting yakin..


jangan tulis askum sebab maksudnya kah kah kah.................


aku malas da nak tulis pasa bende ni sebab bende ni, pemikiran kita yg meyakinkannya. sedangkan kesahihan masih kita tak tau.
korang lagi bijak.. fikirlah macammana askum bleh jd celakalah kamu? siap maksud dari negara mana tah.. pernah korang tulis perkataan itu dan pergi tengok perkataan itu kat negara yg mempunyai bahasa itu.. sudah tentu mereka juga akan pelik sambil berkata "askum abah kau" dalam bahasa mereka.


bende ni da bnyk kali ada da.. korang bleh cek sendiri perkataan yg disebut sebagai ASSALAMUALAIKUM.. carik la.. gugel search je pun.. jgn nak pandai2 ye..


dan terakhir


jgn tulis meri kerismes sebab ape bende tah kat atas tu.


pernahkah kita fikir apa tujuan meri krismes itu? pernah kah kite amek tau.. sejarah islam pun kite liat nak amek tau.. lg la sejarah yg bukan islam.. dengan mudah la, meri krismes ni merupakan hari memperingati kelahiran nabi ISA.. meri itu sendiri bermaksud MARIAM, ibunda nabi ISA.. so... korang fikir lah sendiri ek.. tak kisah la bila. tp yg penting kita saling memperingati pengorbanan para RASUL dan sahabat serta ulama yg membawa cahaya bg dunia ini dengan islam


melalui semue ni, diketahui bahawa, setiap search yg korang buat tentang perkara diatas mempunyai perkataan yg hampir sama dan tidak berubah... korang pulak main forward2 tanpa berfikir dimanakah punca segala email yg mengelirukan ini..


semuanya melibatkan perkataan yg kita sendiri tak pasti dari mana asalnya.. dan tidak mengambil tahu, benarkah perkataan itu bermaksud dengan yg sedimikian..
insyaAllah korang ade info dan sebgainye bleh kite share.. mane a tau aku tulis tak betul..


kite sedap citer agama sedangkan kite hanya forward2 je.. BAIK TAK PAYAH!!


Kesimpulannya? tinggalkanlah hal-hal yang mungkin meragukan itu sebelum munculnya perpecahan di antara sesama muslim. Bagi saya pribadi, yang berhak menentukan salah dan benar hanyalah Sang Pencipta Alam Semesta….

WaLLAHu a'lam bishawab.

Ya Allah aku memohon kepadaMu Ilmu yang bermanfaat, yang mendekatkan diri kami kepadaMu dan kami berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat Ilmu yang menjauhkan kami dariMu. Allahumma Amiin. (opss... terkopipes)



ps: jgn tulis quote sebab bermaksud kote (alat sulit lelaki)... err

Selasa, 3 Mei 2011

Amalan penambah rezeki





Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Rasulullah SAW : “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Rasulullah SAW : “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah SWT

Banyak ingat Allah SWT buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “...(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’d, ayat 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Rasulullah SAW juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Hadis Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Rasulullah SAW : “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Rasulullah SAW : “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Rasulullah SAW : “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim

Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah SAW dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi SAW bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Surah Ibrahim, ayat 7)

Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Surah ali-Imran, ayat 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (Surah at-Thalaq, ayat 3)

Nabi SAW bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (Surah at-Talaq, ayat 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.



TT


ps: yakinlah segala sesuatu itu akhirnya kepada ALLAH.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

iklan aku x phm

nyanyi jom awak