assalamualaikum

Selasa, 29 Jun 2010

PKPIM anjur Program Perkampungan Menara Gading Kebangsaan 2010 (PMGK’10)

lupe nak gtau ape itu pkpim

program yg dianjurkan untuk plajar tahun satu pringkat sijil, ijazah dan diploma dan telah dianjurkan pada 25-27jun 2010 di UKM bangi.. alhamdulillah, program ini sudah selesai.. ini ade sdikit info ttg program itu.. dan tahun depan akan kembali dengan PMGK11 pula insyaAllah



Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia PKPIM) akan menganjurkan Program Perkampungan Menara Gading Kebangsaan 2010 (PMGK’10) pada 25-27 Jun 2010 bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

PMGK’10 ini bertujuan untuk melatih generasi mahasiswa agar bersifat dinamik dan progresif sebagai persediaan untuk kepimpinan negara pada masa akan datang. Hasrat ini dilaksanakan dengan meletakkan tradisi budaya ilmu sebagai pra-syarat penting ke arah pembinaan sahsiah yang unggul, pembentukan bangsa yang mapan dan pembinaan tamadun yang tinggi.

Dalam pada itu, ia juga dilaksanakan untuk membantu mendedahkan kepada para pelajar tentang kehidupan di kampus serta memupuk sahsiah yang tinggi dengan memiliki matlamat yang jelas dan mampu untuk membangunkan diri, keluarga dan negara berlandaskan kefahaman dan penghayatan Islam yang syumul. Baca seterusnya..

Sementara itu, PMGK’10 yang bertemakan “Ke arah Keunggulan Keperibadian Mahasiswa” ini akan menghimpunkan lebih dari 150 peserta yang terdiri dari pelajar lepasan SPM, STPM dan STAM 2009 yang akan melanjutkan pelajaran ke IPTA dan IPTS.

Bagi memastikan program ini berjaya mengubah paradigma para pelajar ke arah yang lebih positif seiring dengan arus pembangunan dan perkembangan intelektual pada hari ini, mereka akan disajikan dengan beberapa slot pengisian ceramah dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) oleh pelatih yang berpengalaman.

Bagi yang berminat untuk menyertai program ini boleh terus berhubung melalui pihak jawatankuasa program Sheril Aida Sulainan di talian 0132770051 atau Nur Azimah Mansur 013-3746380.

Dalam perkembangan berkaitan, PKPIM berharap penglibatan dari para pelajar akan dapat bersama-sama membantu mencapai objektif penganjuran Program Perkampungan Menara Gading Kebangsaan 2010 (PMGK’10) ini.

*TENTATIF PROGRAM

JUMAAT

5.00 petang : Pendaftaran dan Penginapan peserta

: Persediaan kendiri

7.00 malam : Solat Maghrib berjamaah

: Taklimat Program

: Solat Isya’ Bersama

: Makan

9.00 malam : Majlis Perasmian

Oleh :

1) Tuan Haji Irmo Hizam Ibrahim, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia

2) Hasnul Haniff Bin Harun, Naib Presiden Kebangsaan PKPIM

10.00 malam : Ice Breaking

11.00 malam : LDK 1; Taaruf

11.30 malam : Minum malam

: Rehlah Gelombang Minda

SABTU

4.30 pagi : Persediaan kendiri

: Qiyamulail

5.45 pagi : Solat Subuh

: Kuliah Subuh

7.00 pagi : Riadhah; Team Building

8.15 pagi : Persediaan kendiri

: Sarapan pagi

9.00 pagi : Slot 1: Universiti kehidupan

Saudara Noryzal Zainal Abidin, Exco Latihan & Pembangunan,

ABIM Pusat 09/10

10.30 pagi : Minum pagi & Solat Dhuha

11.00 pagi : LDK 2: Campus Life (Kehidupan Kampus); Cabaran Masa Depan

1.00 petang : Makan tengahari

1.30 petang : Solat Zohor Berjamaah.

2.00 petang : Explorace (Jelajah: Belajar dari Alam)

4.00 Petang : LDK 3; Analisis Explorace

4.30 Petang : Minum Petang & Solat Asar Berjamaah.

5.00 Petang : Pembentangan berkumpulan

6.15 Petang : Persediaan kendiri

6.30 Petang : Makan Malam

7.30 Petang : Solat Maghrib berJamaah.

: Kuliah Maghrib

: Solat Isya’ Berjamaah

9.00 Malam : Forum Aspirasi Ilmu; ‘Ilmu: Makna, Kedudukan dan Aplikasi’

Oleh : Panelis

- Saudara Abu Qassim Nor Azmi (Naib Presiden Antarabangsa, PKPIM)

- Dr. Mohd Yusof Haji Othman (Pengarah Institut HADHARI,UKM)

- Dr Alinor Bin Abdul Kadir, (Pensyarah Fakulti Sains & Teknologi,UKM)

Moderator

- Ahmad Fahmi Samsudin (Exco PKPIM)

10.45 Malam : Minum Malam

11.00 Malam : Kembara Malam

AHAD

5.00 Pagi : Persediaan kendiri

: Solat Subuh / Mathurat

: Kuliah Subuh

7.00 Pagi : Riadah & Kendiri

8.00 Pagi : Sarapan Pagi

8.30 Pagi : LDK 4; Perancangan untuk Akhirat

10.00 Pagi : Minum Pagi & Solat Dhuha

10.15 Pagi : Resolusi

12.00 Tgh/hari : Majlis Penutup

Oleh: Saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz, Presiden PKPIM

1. 00 Petang : Noktah Menara

: Makan Tengahari

: Solat Zohor

: Bersurai.

* Tertakluk kepada perubahan semasa.

Isnin, 28 Jun 2010

Allah sentiasa berbicara dgn hambanya 2

alhamdulillah

jam pkul 10.00 mlm
lepas solat isyak.. (lewatnye la solat isyak anda ya mohd zaiyad.. ish3.. ape nk jd la.. ubah bg cepat skit ye)

"dan jika tidak kerana aku bimbang akan keberatan umatku, nescaya akan aku perintahkan supaya dilewatkan solat isyak sehingga satu pertiga malam atau di pertengahan malam"

tp kalo stakat buat bnde yg x berfaedah bek solat awal ye mohd zaiyad ye..
baik...

smbungan PMGK10 ye..

dengan sdikit kedrat yg ade.. cerita ini diteruskan demi kesinambungan pmgk pd mase akan datang.. (ayat bodek)
bertarikh 26 jun.. cerite kuliah subuh masih lg berlaku.. dan alhamdulillah.. dpt ilmu baru.. walaupun lupe da ape isi kat kuliah subuh tu, ini adalah diakibatkan oleh tidak menyalin semula ape yg didengar.. tahniah untuk anda skali lagi ye mohd zaiyad.

dan tanpa ada sebarang prubahan terhadap etika pemakaian semasa subuh td.. terus kami dikerahkan ke padang futsal luarnya (tempat org main futsal tp kat luar la..).. bnde petame kene buat.. stretching.. then ingat kene lari joging then tdo ke ape ke.. die suh buat aktiviti kumpulan.. bersama dengan kumpulan anda.. naikkan seorang demi sorg dengan syarat kaki dilanjurkan ke hadapan dan tiada bengkok dan juga hanya org sebelah sahaja yg boleh tarik dan brapa bnyak dan da..

selepas aktiviti tu kami disuruh merumuskan apa yg kami dpt dengan melakukan aktiviti tu..
pd pendapat aku..
ya, mmg kite akan kate.. teamwork lah, fikir luar kotak lah, semangat lah.. dan itulah jwpan aku.. so x yah a tnye saye ye.. buang mase je tnye saye.. sebab akan jwb bnde same.. huhu
respect kat budak2nye sebab brani tuk berkate2 di khalayak ramai... syabas ya budak2..

balik bilik masuk bilik mandi di bilik air then masuk smula dlm bilik amek pakaian kat dlm beg..
(pening buat ayat camni senanye)

setelah bersiap dan sedia untuk makan. kami ke dewan makan untuk sarapan pagi, menu pagi. bihun goreng. ya.. hidang dalam talam.. sudah lama tidak mempraktikkannya. dulu biasa ye mkn di dalam dulang.. nostalgia, mcm nk nangis je. bukan sebab terharu tp sebab ade org pijak jari tangan.. x pe la.. sabar2..

then after that kami dihadapkan pula ke dewan untuk ceramah, slot 1 ye seperti dalam tentatif. ceramah bertajuk UNIVERSITI KEHIDUPAN yg disampaikan oleh Norizam Zainal Abidin if x silap la.. insyaAllah.. lain entry saye try tuk citer ape yg diceramahkan

tp ape yg penting adalah


anda dikatakan orang yang berilmu jika anda memahami makna daripada sesuatu tanda kerana sesuatu yang berlaku bermakna


smbung hari lain ye.. tibe2 nak tdo

lupe nak bgtau..
group kami bernama 2s.. iaitu spead and steady what ever.. blur.. di ketuai oleh andak dan dipimpin atau dipantau oleh 2 org fasilitator.. iaitu
makcik su (syarifah sumayyah)
pakcik salam (ahmad abdussalam)

Ahad, 27 Jun 2010

Allah sentiasa berbicara dgn hambanya


alhamdulillah... alhamdulillah.. alhamdulillah...
syukur...
benar..
Allah sedang berbicara dengan kita...

PMGK10-PKPIM kerjasama dengan UKM
perkampungan menara gading kebangsaan 10

pada mulanya dalam hati aku hanya fikir..

"hmm, kene campur same ngan budak2 bwh aku,.. that mean aku lg besar"

tetapi apabila tiba di sana, aku melihat peserta yg ada.. dan terkesima aku.. ya Allah.. mereka ini lg baik dan mulia daripada ku... benar mereka bwh aku dan umur mereka 17-19 tahun.. tetapi ilmu dan amal mereka lg hebat dari aku.. mereka lg tahu bnyk perkara tentang agama dan dapat memperaktikkannya...

pada hari pertama semasa pendaftaran.. nmpaknya aku paling tua bg peserta lelaki.. tp ilmu dan amal.. alahai.. aku rasa aku yg paling lemah.. mane xnye... suruh mereka azan, iman, alunkan ayat Al-quran.. semua mantap, aku ni.. nak kedepan pun teragak-agak..

selepas selesai pendaftaran kami ditnjukkan tmpat penginapan, tempat makan, penginapan dan juga surau..

mlm itu sesi taa`aruf.. dibahagi kpd 6 kumpulan.. aku masuk kedalam kumpulan 2.. dan.. Alhamdulillah, kakak klmu tu masuk group aku.. that mean aku ni bwh lg.. kami diminta memperkenal diri.. sampai giliran aku... hmmm.. segan untuk bersuara.. setelah selesai.. kami disuruh memberi gelaran kpd masing2.. dan dengan kerja sama kami dapat gelaran masing2..

bermula dengan
kak long
abang ngah (saye yg baik)
kaklang
abanglang
aciklang
acik
ude
usu
andak
anje
acu

(taa`aruf adalah memperkenalkan diri kpd ahli kumpulan agar ukhwah sentiasa terikat antara satu sama lain.. insyaAllah)

setelah memperkenalkan diri masing2.. kami dikumpulkan semula.. dan diberi tentatif apa yg akan berlaku pada keesokannya.. dan pada waktu yg sama kami dibekalkan dengan dua bungkus roti dan satu bungkus biskut.. catuan makanan selama 3 hari.. mknan ini untuk minum pg, ptg dan mlm sahaja... (catuan makanan konon.. save bajet)


dan pd paginya,.. qiamullail... alhamdulillah.. org pertama yg smpai di surau.. sunyi sahaja.. fasi pun tiada.. agaknya sudah menjadi kebiasaan bangun awal jika berada di tmpat org lain.. tapi kat rumah liat nk bangun... selesai qiamullail kuliah subuh...

akan bersambung semula di waktu akan datang..

Selasa, 22 Jun 2010

surat rakyat untuk pemimpin

Maaf datuk ..

walaupun kami di alu-alukan untuk memberi nama anak kucing datuk itu namun kami tiada masa untuk memikirkannya. kami lebih pening memikirkan bagaimana kami harus mencari rezeki untuk makan keluarga kami. kami pening memikirkan gaji kami yg tak sampai pun Rm650 sebulan tp terpaksa menanggung seisi keluarga. kami lebih pening bila memikirkan masalah anak2 remaja kami dengan masalah sosial yg tak pernah datuk ambil tahu. kami lebih pening memikirkan mana kami nak beli gula pasir. kami lebih pening memikirkan anak2 muda kami yg dimana2 pun terlibat dengan judi dimasa ketibaan piala dunia. Kami lebih pening memikirkan islam di malaysia ni sudah jadi lebih teruk dari islam di USA. kami lebih pening bila minyak dan barang2 keperluan naik harga. kami lebih pening bila tiada biasiswa untuk anak2 kami yg baik dalam pelajaran sedangkan itu adalah tanggungjwb datuk dan kerajaan Umno untuk masa sekarang. Kami lebih pening bila datuk nazri kata kerajaan tiada duit untuk biasiswa pelajar tp dalam masa yg sama datuk nak pindahkan putrajaya dengan buat bangunan baru berharga rm800 juta. Kami lebih pening memikirkan nak bayar duit tol sedangkan charge tol x pernah turun... naik jer sepanjang tahun. Agaknya adakah sampai kiamat mmg kami terpaksa bayar tol ke datuk?

Datuk.. datuk namakanlah dengan apa2 nama pun anak kucing datuk tu. kami peduli apa..

Kami lebih peduli akan nasib keluarga kami. kami bukan senang mcm datuk yang lebih peduli akan nama kucing datuk tu. Kami lebih peduli akan agama kami bukan mcm datuk yg menghalalkan judi dgn muka slumbernya. sikit pun datuk x rasa bersalah ek.. Kami lebih peduli dengan permasalahan remaja kami yg dok melahirkan anak tanpa nikah x sudah2. Ada datuk pernah minta kami beri cadangan ke dalam facebook datuk tu ke? xder kan... datuk hanya minta kami beri cadangan untuk nama anak kucing datuk yg sedap dipeluk tu jer. Mungkin datuk dah geli nak peluk si dinasor yg kat sebelah datuk tu kan.. itulah sebabnya datuk perli dia.

Sudahlah datuk..

Kadang2 terfikir jugak saya.. org mcm datuk ni pun boleh jadi Menteri Perdana. Ntah mcmana la menteri2 dibawah datuk agaknya. Kalau datuk pun dah macam ni, menteri2 dibawah datuk mungkin 10 kali lebih teruk. Datuk tak ada idea lain ke nak bermesra dengan rakyat? apa la buruk sangat idea datuk suruh rakyat namakan barang2 kepunyaan datuk.. Cuba la berbaik dengan rakyat dengan cara tanya pada rakyat...

1- Minta rakyat beri pendapat haruskah Malaysia mengambil penasihat daripada apco yahudi tu ke?
2- Minta buah fikiran rakyat mcmana malaysia nak mengurangkan rasuah dan judi ke?
3- Minta rakyat kluarkan pendapat supaya harta milik rakyat ni tidak digadai kepada brunai dan singapore ke?
4- Minta rakyat beri pendapat berkenaan tukimin yg kurang hajar tu ke?

Ini tidak.. banyak2 perkara dalam permasalahan negara ni datuk hanya minta rakyat namakan anak kucing datuk tu je... Apa la teruknya idea datuk untuk kemajuan negara malaysia ni.

Sudah la datuk.. datuk namakanlah anak kucing datuk tu dengan nama 'ATAN' klau anak kucing tu jantan. tapi klau anak kucing tu betina datuk namakan jer la dengan nama 'TUYA' .. tp kalau anak kucing datuk tu pondan datuk beri jer la nama dia 'ATANTUYA'.. .

Akhir sekali berjuta kemaafan dari kami rakyat malaysia yg sentiasa memikirkan masa depan dan bukan memikirkan nama anak kucing.

Sekian dari kami rakyat marhaen. wassalam.

CP

Isnin, 21 Jun 2010

surat berantai 2

alamanda putrajaya... kebetulan??
fikirlah balik


Bismillahirahmannirahim......
Assalamualaikum......

ini adalah sambungan surat berantai.. siap dengan asal usul surat berantai yg sering diterima

Kita sentiasa menerima surat tanpa nama pengirim dari semasa ke semasa. Surat ini juga ditabur di masjid dan tempat awam kononnya untuk menunaikan tanggungjawab menyebarkannya sebagaimana ‘wasiat’di dalam surat tersebut. Amat malang,kerana dalam dunia yang maju masih ramai yang jahil tentang perkara seremeh ini (tetapi... mempunyai kesan yang amat besar kepada akidah). Tidak dinafikan,naluri manusia mempunyai kelemahan dan akan mengalir pada dirinya suatu anggapan sial kerana sesuatu perkara.



Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Ada tiga perkara yang sukar untuk dielakkan iaitu, “Bersangka buruk, tathayyur (sial menyial) dan hasad. Oleh itu,jika kamu bersangka buruk jangan kamu percaya dan laksanakannya , dan jika berasa sial jangan kamu berhenti (daripada melakukan kerja yang dilakukan kerana terpengaruh) dan jika kamu hasad, jangan lanjutkan.”(-Riwayat Tabarani)



Jika ketiga-tiga perbuatan ini wujud,sebagai perasaan semata-mata yang tidak dipengaruhi oleh sikap dan perbuatan,ia dimaafkan oleh ALLAH. Diriwayatkan pula daripada Ibnu Mas’ud Rasulullah s.a.w bersabda, “Tathayyur adalah syirik.”. Dan Ibnu Mas’ud berkata, “Setiap orang akan ada perasaan ‘sial’,dan sebagainya tetapi ALLAH akan menghilangkannya jika anda bertawakal.” – Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi

Apa yang dimaksudkan oleh Ibnu Mas’ud itu ialah, setiap manusia mempunyai perasaan seperti itu, tetapi ia akan lenyap jika sentiasa bertawakal dan tidak membiarkan perasaannya itu ada di dalam hatinya.




Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat berantai ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974-1975 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunanArab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya ialah Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas pada usia 54 tahun.




Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah s.a.w di Madinah antara tahun 1967-1979, tidak ada penjaga makam bernama Syeikh Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979. Manakala penjaga makam di Madinah ialah Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881- m1932), anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932- m1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisyi (1967- m1979).





Hal ini pernah berlaku pada bekas Menteri Besar Perak iaitu Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi apabila disuruh bertaubat dan mengucap dua kalimah syahadat di hadapan kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada 20 orang kawannya. Peristiwa ini berlaku sebelum beliau meninggal dunia . Bekas kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang syahadahnya akan gugur (murtad) kerana perkara tersebut.
Setelah itu, Allahyarham Datuk Shafawi iaitu bekas Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa, “Barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini telah melakukan syirik dan tidak mustahil akan murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telah pun dikirimkan risalah ini.”


Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-Raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah. Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, “Menyebarkan surat ini termasuk dalam menyekutukan ALLAH S.W.T dengan syirik yang besar (shirki-kubra) juga mempermainkan Rasulullah s.a.w. Tambahan pula, ia disebarkan dengan niat yang tidak baik dan mengelirukan umat Islam. Selain itu surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta ajaran baginda kerana menggambarkan syeikh Ahmad sebagai perawi hadis sesudah kewafatan baginda.”





Demikian juga apabila Allahyarham Datuk Sheikhul Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8 mengatakan, “Surat ini sekurang-kurangnya akan menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja. Maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan bersungguh-sungguh. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain,maka dia dianggap mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Ulama juga berpendapat ia perbuatan syirik dan boleh mengakibatkan murtad.




p/s: Sumber diambil daripada buku ‘MUTIARA AKIDAH & IBADAT ’ oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman halaman 115-118.

Rabu, 16 Jun 2010

Allah maha penyayang dan maha pemberi nikmat


Dalam suatu riwayat, Rasulullah saw bersabda,“Sepanjang hari kiamat malaikat Jibril terbang beredar selama empat puluh ribu tahun. Pada suatu waktu ia mendengar pekikan dari ceruk neraka,‘Ya Hannan, ya Mannan, ya Dzal Jalaali wal Ikraam’. Jibril lalu bersujud kepada Allah,‘Ya Allah. Hamba dengar dari ceruk neraka ada seorang memekik menyeru Asma-Mu,‘Ya Hannan, ya Mannan, ya Dzal Jalaali wal Ikraam’ selama puluhan ribu tahun. Tentu suaranya salah seorang umat Muhammad saw.

Engkau Maha Tahu, wahai Tuhanku, bagaimana persahabatanku dengan Muhammad saw. Sungguh aku ingin berbuat baik padanya. Kini umatnya ada yang menderita amat sangat di neraka, perkenankan hamba untuk mensyafa’ati umat Muhammad saw itu, ya Tuhan.” Kata Jibril.

Allah berbelas kasihan “‘Wahai Jibril. Aku izinkan kau syafa’ati umat Muhammad saw. Aku berkenan engkau menemui malaikat Malik Zabaniyah agar dikeluarkan umat-umat Muhammad saw yang menginap di neraka dan diserahkannya kepadamu

Malaikat Jibril cepat-cepat menemui malaikat Malik Zabaniyah penjaga neraka,‘Sesungguhnya Allah telah perintahkan agar si Fulan yang menyeru ‘ya Hannan’ engkau keluarkan dan serahkan kepadaku.’ Malaikat Malik lalu mencari-cari penghuni neraka yang berzikir ‘Ya Hannan’. Pencarian malaikat Malik ke dalam neraka hingga seribu tahun lamanya, namun masih belum berjaya menemui si Fulan, sebab neraka itu sangat luas dan panas apinya telah menghilangkan identiti penghuninya.

Malaikat Malik memberitahu tentang kegagalan pencariannya kepada malaikat Jibril. Malaikat Jibril menghadap kembali dan bersujud,‘Ya Tuhanku. Malik tak mampu mencari si Fulan. Di manakah sebenarnya si Fulan berada?’ Allah Yang Maha Tahu memerincikan,‘Wahai Jibril. Jumpalah Malik dan beritahu lokasi si Fulan di ceruk neraka sebelah anu.’(Allah memberitahu lokasi sebenar)

Malaikat Jibril menemui malaikat Malik lagi dan menunjukkan lokasi Fulan sesuai dengan petunjuk Allah. Malaikat Malik pun pergi ke tempat yang ditunjukkan dan menemui orang tersebut dalam keadaan tertonggeng. Ular-ular berbisa dan kala beracun membelit tubuhnya. Ia dibelenggu, badannya telah hangus seperti arang namun masih hidup. Malaikat Malik menghela tubuhnya hingga binatang-binatang neraka mengelupas darinya. Helaan ke dua kalinya membebaskan si Fulan dari belenggu neraka.

Si Fulan muram menatap malaikat Malik,‘Apakah engkau akan tambah seksa untukku atau hendak selamatkan diriku?’ Kali ini malaikat Malik ramah,’Aku juga tidak tahu. Hanya penghulu malaikat, malaikat Jibril, datang menjemputmu.” Malaikat Malik menggamit tangannya dan menyerahkannya kepada Malaikat Jibril. Sepanjang lorong setiap penghuni neraka menjadi saksi,‘Orang ini menetap di neraka selama empat puluh ribu tahun.’

Malaikat Jibril menghadapkan si Fulan kepada Allah. Si Fulan bersimpuh di sisi malaikat Jibril. Allah berfirman menyambut,‘Wahai hamba-Ku. Apakah Aku belum mengirim al Qur’an dan mengutus rasul di dunia yang perintahkanmu berbuat kebajikan dan melarangmu berbuat mungkar?

Hamba itu menunduk dan menjawab,‘Sudah ya Tuhanku. Hamba benar-benar telah berbuat zalim pada diri sendiri. Hamba mengakui dosa-dosaku, ampuni daku demi kebenaran dan kemuliaan Asma-Mu, ya Hannan, ya Mannan, ya Dzal Jalaali wal Ikram yang hamba serukan selama empat ribu tahun di dalam neraka.

Allah membelas kasihani hamba-nya,‘Wahai hamba-Ku. Aku ampuni semua dosamu. Aku serahkan dirimu pada Jibril, serta Ku-bebaskan dirimu dari neraka atas syafa’at-nya Jibril.’ Malaikat Jibril lalu menarik tangan si Fulan menuju surga. Di sana si Fulan dimandikan dengan air telaga Kautsar. Setelah mandi dengan air itu, hilanglah bekas tanda-tanda penghuni neraka.

Kemudian malaikat Jibril bawa si Fulan masuk ke dalam syurga untuk dipertemukan denganku, Rasulullah saw. Malaikat Jibril mengucapkan salam dan memberitahu,“Ya Muhammad saw. Aku telah lakukan kebajikan, beri syafa’at, sebagaimana engkau pasti lakukan terhadap orang lain.’ Aku, Rasulullah saw, mengangguk,‘Benar ya Jibril. Terima kasih atas kebajikanmu memberi syafa’at terhadap umatku’.

freemason dan illuminati dan malaysia

Satu berita menggemparkan telah berlaku, dan kami sendiri tidak perasan akan isu ini. Ianya berkaitan dengan laporan tentang Manifesto Najib Razak dalam artikel terdahulu. Sungguh, tidak disangka-sangka bahawa dalam maklumat tentang“perkhidmatan sosial” Najib, ada menyebutkan beliau adalah “Ahli Kehormat FreeMason Malaysia” sejak 1980 hingga sekarang. Ramai yang tertanya-tanya, dari manakan maklumat ini diperolehi?. Kami sendiri terkejut dengan maklumat berkenaan. Namun, suka diingat bahawa segala maklumat berkenaan telah dihantar oleh salah seorang puak-puak UMNO sendiri menerusi“database” profail peminpin UMNO yang terdapat di Ibu Pejabat UMNO Malaysia.

Jika benar Najib adalah Ahli Korporat FreeMason Malaysia. Maka ini adalah sesuatu yang harus diberi perhatian dan lebih besar untuk kita perkatakan. Perkara ini amat mengejutkan semua pihak. Namun, kami tidak berani untuk mengiya atau menidakkannya. Hanya pembaca sendiri boleh menilai dan menyiasat perkara ini. Kami hanya menyiarkan salinan asal maklumat berkenaan sahaja.

Maka itu disini sedikit kami huraikan tentang Freemanson dan serta kaitan dengan musuh-musuh Islam dengan identiti yang tersendiri dan sangat-sangat menjijikkan. Maka jika benar bakal PM Malaysia terlibat sebagai Ahli Kehormat FreeMason Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menolak beliau naik. Jika tidak sudah pasti seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam akan berada dalam keadaan bahaya. Sudahlah selama ini kita dirosakkan dengan “Islam Hadhari”. Mungkinkah pula selepas ini kita akan ditanamkan pula dengan“Islam Glokal” pula. Sila rujuk dibawah :-

ZIONISME

Tentu sekali anda menyangka Zionisme merupakan gerakan utama yahudi. dewasa ini juga zionisme sering terpampang di media cetak terutama di dada-dada akhbar, pastinya. zionisme merupakan ideologi yang dianuti yahudi dan ada juga dari bangsa lain. Ia mula wujud sejak penulisan buku ‘Negara Yahudi’ karangan karut Theodore Hertzl. Tujuan utama ideologi sesat ini tidak lain tidak bukan membina Haikal Sulaiman ditapak Masjidil Aqsa sekarang juga menubuhkan Negara Sekular untuk bangsa Yahudi laknatullah. Bersama protokol-protokol yahudi yang hengseng.

BILDERBERG

Joseph Retinger yang merupakan penasihat politik Poland membuat persepakatan dengan putera raja dari Belanda iaitu Bernhard bersama-sama Perdana Menteri Belgium, Paul Van Zoeland. Telah rancak menggiatkan sebuah pertubuhan ‘Bilderberg’ yang menerapkan kebebasan bersuara dalam muktamar mereka. Bilderberg juga mengatur rencana untuk menguasai Pertubuhan Pakatan Atlantik Utara (NATO), iaitu ketenteraan berpuluh-puluh negara dan mempunyai aset peperangan bernilai berbillion-billion ringgit serta pangkalan tentera di merata-rata wilayah yang boleh diatur bila-bila sahaja. kesimpulannya, Bilderberg memegang jatuh naik sesebuah negara. contohnya, Amerika telah menandatangani perjanjian dengan India untuk membangunkan senjata nuklear. Kesannya, kita akan lihat India sudah sebaris dengan Russia, Perancis, dan Jerman. Tetapi apabila Iran mahu membangunkan kuasa nuklear untuk tujuan keamanan, segera dihalang Britain, Perancis, dan Jerman. Sungguh, Bilderberg benar-benar menguasai dunia melalui Amerika dan Eropah, sedangkan Bilderberg itu sendiri di bawah Zionis. Mudahnya, zionis memegang dunia.

FREEMASON

Bermula 10 Sya’ban 1398H bersamaan 15 Julai 1987 masihi, Lajnah Fatwa Majmak Fiqhi di Mekah Al-Mukarramah telah mengeluarkan fatwa, kafir bagi sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dengan pertubuhan ‘Freemason’. Impak pertubuhan paling lama bertapak di muka bumi ini menghasilkan implikasi yang benar-benar, paradoksnya. Berhasrat untuk merampas kembali Palestin dari Kristian untuk membina kembali Haikal (Istana) Nabi Sulaiman. Asetnya tidak manimalis, malah akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir, dan Madinah. Namun, selepas zaman Revolusi Eropah pada kurun ke-17 yang merakamkan kejatuhan kerajaan Kristian dan kegemilangan Islam, perhatian terus dihala kepada Islam.Pertubuhan ini dianggotai bangsa Yahudi tulen, persis Ariel Sharon, Ehud Barak, dan lain-lain. Freemason mempunyai beberapa pertubuhan yang dinaunginya serta menggunakan simbol yang sukar ditafsir, seperti matahari, bulan, mata, pyramid. Antara pertubuhan songsang mereka, Illuminati, Pertubuhan B’nai B’rith, Pertubuhan Bahaiyah – menimbalkan keraguan dalam hati umat Islam mengenai agama yang disyiarkan dan dianuti.Pertubuhan Kesaksian Yehova. Gerakan ini amat banyak di Malaysia yang berselindung disebalik Badan Kebajikan Lions Club dan juga Rotary Clubs. Bahkan ramai juga orang Islam yang terlibat dengan gerakan ini atas nama kebajikan untuk menarik perhatian umat Islam.

ILLUMINATI

Secara nyatanya sejarah awal penubuhan Illuminati yang diambil dari makna perkataan Lucifer(Iblis) yang bererti ‘pemegang cahaya’. Illuminati ini tidak lain hanyalah satu ideologi yang berperintahkan pemerintahan tunggal yang tunduk pada tuhan(kononnya) mereka, iblis. Illuminati juga menguasai media dengan mengaburi mata dunia dengan perancangan pelbagai peperangan dan revolusi menjadi kunci mereka dapat menguasai negara-negara lain. Dengan kehendak Tuhan, apabila utusan Illuminati membawa dokumen penting untuk revolusi di Perancis, mati dipanah petir diatas kudanya sendiri tika dalam perjalanan dari Frankfurt menuju kota paris. Pihak Polis menjumpai dokumen-dokumen penting Illuminati lalu diserahkan kepada pihak pemerintah.Akhirnya, arahan untuk menutup “Lodges Of The Grand Orient”(sarang sulit pertubuhan Illuminati) berkuat kuasa terhadap semua sarang tersebut di Bavaria.

Diasaskan oleh Adam Weishaupt, seorang Freemason, Yahudi Jerman yang berfahaman Zionis. Beliau merupakan seorang pensyarah di Universiti Ingolstadt, Jerman. Asas segala semangat Zionis bermula dari dasar-dasar Adam Weishaupt. Walaupun begitu, Zionist merupakan musuh kita, tetapi bukan kaum Yahudi. Kita sebagai umat Islam dilarang menghina kaum Yahudi. Ini kerana, isteri Rasulullah S.A.W bernama Safiyah bt. Huyay (Bani Quraizah) keturunan Yahudi dari susur galur Nabi Harun A.S. Kita boleh berkawan atau berkahwin dengan orang Yahudi kerana mereka seperti kita juga. Ramai di kalangan orang Yahudi sendiri menentang Zionis. Bagi mereka, Zionis golongan sesat yang menyembah Lucifer (Iblis). Apa yang penting, kita jangan ikut telunjuk Yahudi Zionis yang ternyata ingin memusnahkan kita. Yahudi Zionis adalah dari keturunan Khazars yang sememangnya menentang agama Islam, agama Kristian dan semua agama di dunia ini.

13 keluarga pendokong Illuminati yang paling berkuasa di dunia sejak berzaman – Astor, Bundy, Collins, DuPont, Freeman, Kennedy, Li, Onassis, Reynolds, Rockefeller, Rothchild, Russel dan Van Duyn. Mereka menguasai dunia di sebalik tabir. Mereka menguasai ekonomi, kewangan dunia, sistem geopolitik, kelas sosial tinggi, pentadbiran kerajaan, sektor swasta & NGO, pendidikan tadika sehingga ke peringkat universiti (terutamanya Oxford, Cambridge, Harvard, Yale), pentadbiran agama, kumpulan “underground” terancang hampir seluruh negara. Mempunyai jentera dan jaringan yang terluas di dunia merentasi 7 benua 7 lautan. Berasa kaget? Lawat laman ini untuk maklumat lanjut.http://www.bibliotecapleyades.net/bloodlines/


ILLUMINATI DAN FREEMASON

Setelah buku “The Original Writings Of The Order And Sect Of The Illuminati” yang menyingkap kejahatan Illuminati diterbitkan oleh kerajaan Bavaria pada 1786, Weshaupt terus mengerahkan anggota-anggotanya menyusup ke sarang sulit “Blue Masonary”. Kesan kemasukan Illuminati ke dalam Freemason menyebabkan hampir 40% daripada ahli-ahli Freemason merosot di Amerika. Ini jelas menunjukkan kedudukan illuminati sebenarnya telas mengatsi Freemason pada hakikatnya namun untuk terus mengaburi mata dunia, hanya namanya diletak dibawah Freemason.

Selasa, 15 Jun 2010

malaysia oh tanah airku



oh malaysia...

semakin hari semakin kite nmpk bukti yg ade..
malaysia berada di bwh naungan iluminati dan freemason

semakin hari semakin kite tersedar..
malaysia berada di bwh telunjuk yahudi..

zionis...

knp nak kecam sedangkan kita boleh lwn..

oh malaysia...

knp dunia yg kita kejar??? betul la... umat akhir zaman.. kerana dunia sggup lakukan apa sahaja.. termasuk la diri sendiri... penyakit Al-Wahan.

orait... 1st skali... tiada pemimpin haluan kerajaan yg membantu dalam misi ke gaza.. dan, sebelum kapal itu diserang, pemimpin haluan islam telah memberi surat kpd pemimpin haluan kerajaan bahwa berkemungkinan kapal itu akan diserang, dan apakah langkah pemimpin haluan kerajaan ini.. tiada apa2 yg dibuat... x pyh nak bukti la...

dan selepas kene serang... tiada tindakan.. dan selepas mereka pulang.. bg pingat wira dan penghargaan... mmg la bagus bg pingat tu semua.. tp kan lebih baik bagi sumbangan kat rakyat palestin..

oh malaysia...

knp la join venture ngan yahudi... masalah apco, 1malaysia, judi, kapal yahudi, keturunan roschild ade syarikat kat sini... alahai..
sedih aku tgk pemimpin jd camni.. snggup jual negara demi harta

nak kate ape lg.. semua bukti dah nmpak...
lesen smua lulus..

rakyat yg jd mangsa..

kesian a kat kami yg comel2 ni..

alahai malaysia ku

x payah la nak cerite panjang2.. nanti kene tangkap... dan bile kene tangkap lg maka terbukti la malaysia bwh telunjuk org kafir..

sekian terima kasih

kan da kata da

Sebelum ini, kita digembar-gemburkan dengan cerita bahawa gambar-gambar di dalam Facebook yang datanya berpengkalan di Israel, telah discan dan diedit bagi jadi gambar bogel. Mesej tersebut tersebar minggu lepas.

Agak-agak, ada ke orang nak percaya? Di sini, saya ingin kemukakan BUKTINYA!. Seorang sahabat kepada mangsa telah diedit gambarnya sehingga jadi gambar bogel. Nama mangsa dirahsiakan. Beliau tersedar gambar beliau terpapar dengan gaya lucah 2 hari selepas mesej tersebut tersebar.

Satu lagi aduan, kes yang sama, tentang gambar seorang perempuan bertudung, dan diedit sedang melakukan aksi lucah, dan gambar asal diambil di dalam Facebook. Sila lihat gambar yang telah di"blur"kan di bawah..




Adakah satu hari nanti, gambar kita pula yang diedit menjadi gambar lucah? Sekarang ini, beberapa web bangang telah dibuat khas untuk adengan bertudung. Hampir semua gambar di dalamnya diedit. Mana dapat gambar tu?

Di bawah ini pula, satu artikel yang saya petik dari link x leh nak bukak, tentang gambar perempuan bertudung, dieksploitasi sehingga seolah-olah mendedahkan susuk tubuh badan.




ASAL FOTO INI ADALAH BERTUDUNG SEMPURNA, NAMUN TELAH DIEKSPLOITASI MELALUI TEKNIK SUPER IMPOSE DAN SINAR X-RAY UNTUK MENAMPAKKAN BAHAGIAN DALAMAN. MAKA KEPADA PARA MUSLIMAH DIKASIHI ALLAH SEKALIAN ,TOLONG DELETE FOTO-FOTO ANDA DALAM MANA-MANA LAMAN PERIBADI ANDA SEPERTI fACEBOOK ,BLOG @ fRIENDSTER SEBELUM MENJADI MANGSA DAN FOTO-FOTO ANDA TERSEBAR DI INTERNET OLEH MUSUH2 ISLAM DAN KAKI PORNOGRAFI

Ulasan~

Berdasarkan pandangan saya, mungkin proses eksploitasi ini tidak dapat dilakukan jika mana gambar ini sudah tetap..namun sebagai langkah berjaga-jaga, seelok-eloknya tidak wajarlah bagi seorang muslimah mempamerkan gambarnya kepada bukan mahramnya. Jika difikir-fikirkan, kenapa sibuk mempamerkan wajah pada orang tatapan ramai ?..nak tunjuk cantik?Hmmm..cukuplah pamerkan pada suami kalian nanti..renung-renungkanlah. Wallahua'lam.

Mulai hari ini, apa lagi? Takkan nak tengok saje? Gambar bila-bila je buleh diedit.. Walaupun bukan kita yang buat aksi tersebut, tapi tak segan ke muka sendiri disebarkan sebagai gambar lucah. Hari ini, kita nampak orang lain terkena, boleh jadi, esok kita pula yang kena. Kita doakan kepada Allah supaya melindungi kita.


nak kate ape lg... smue da ade bukti... wallahualam

Ahad, 13 Jun 2010

tazkirah saya


munafik....

apakah yg dimaksudkan dengan munafik???
ya.. munafik adalah dusta.. dlm erti kata lain.. bohong, penipu, putar belit,
siapekah munafik.. tepuk dada tnye iman...

aku pun rase cam munafik2 jew... hummm....
bile la nak insaf dan tobat ni


Ahad, 6 Jun 2010

fikir sejenak



Selagi Ummat tak kembali kepada kerja Amar Makruf Nahi Mungkar (ie kerja dakwah) cara Nabi Muhammad saw selagi itulah Allah tak hantar Malaikat bantu.

tersentak aku bile terbace statement nih.. nmpk ringkas kan?? tp itulah kenyataannya..

ape mksud statement tu.. rupenye itu adalah perang badar dimana 313 org tentera islam berperang dengan 1000 org tentera kafir.. dan ALLAH telah menurunkan 1000 malaikat bg membantu org2 kafir menentang org kafir.. dan islam telah berjaya dalam perang itu...

itu bukan persoalan kat kepale aku.. sebenarnya ape yg penuh kat otak aku adalah bnde bukan2... wallahualam.. korg jgn la tnye bnde ape ek.. nanti aku gtau kompem korg tanak kwn aku da...

no.. itu bukan aku nk tulis senarnyew.. lalala...

ini persoalan aku.. amar makruf nahi mungkar termasuk lah dlm berdakwah... ye.. amar makruf nahi mungkar.. apa itu.. itu adalah apa.. menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran... termasuk lah dalam berdakwah...

ye.. kite berdakwah.. sunnah tu... besar pahala.. itu la carenyew.. berbalik kpd amar makruf nahi mungkar...

tp apakan daya... ayat diatas dah di salah pakai.. kesian kat ayat kat atas ni ha...

ape kes aku tulis camni...

ni ha... penah dengar x satu group yg gune tagline amar makruf nahi mungkar.. hebat ek gune tag ni.. penah denga kes2 dorg..

hadoi.. sudahlah kite ni jahil pasal agama.. nak mainkan plak agama.. maka jahil lg la kite semua...

kite semua ada akal dan fikiran, tp nape tanak gune... nape.. sebab kite sibuk fikir dunia... dunia, dunia, dunia... adoi.. ape nk jd a... da la kite da berpecah2..

takde idea...

slalu aku tulis lwk2... tp knp aku tgh serius skang...??
sebab aku nk jd serius da.. almaklumlah,, mak aku nak carikkan aku calon bini yg ehem2...
wow... insyaAllah...

yaAllah.. permudahkanlah segala urusan ku ahak...
tp jodoh di tangan ALLAH... kite x tau...
tul tak sayang...??


siape sayang???
fikir sejenak... hehe

Khamis, 3 Jun 2010

tangisan


Kata Ibnu Qayyim – 10 Jenis Tangis

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8 ) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik – pura-pura menangis.

Firman Allah S.W.T,“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan
orang tertawa dan menangis.”
(AnNajm : 43)


Tangisan dapat memadamkan api Neraka...Rasulullah saw bersabda :

"Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah
akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya
mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati.
Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata.Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu
menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan,
“Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!.”

Air mata yang tiada di tuntut:

Janganlah menangis,kalau tak tercapai cita-cita, bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.

Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan .

Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat
amalan.

Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??.. Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima
hidayah dari Allah swt.

Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi
dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur
dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda,
“Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam.”

“Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah dihari qiamat”??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.”

“Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.”

Air mata tanda rahmat Tuhan

Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya &
perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.(riwayat
dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

“Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada
Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.”

profile pic



Tunjukan SOKONGAN ANDA dengan MENGGANTI foto profile anda menjadi warnaHITAM utk semua profile tanda prihatin & belas kasihan..Kapal kemanusiaan yang membawa bahan bantuan untuk warga palestina di serangdan di tembaki oleh pasukan israel, sampai saat ini tercatat 30 orangrelawan kemanusiaan terluka/meninggal, terdapat sekitar 12 warga Indonesia dan 2 org M'sia di kapal tersebut yang belum diketahui nasibnya


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

iklan aku x phm

nyanyi jom awak