assalamualaikum

Memaparkan catatan dengan label searching for life. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label searching for life. Papar semua catatan

Isnin, 27 Jun 2011

kau kata kau pembela

kisah yang menghayat hati ini telah diceritakan sendiri oleh penulis blog ini. segala kopipes adalah dibolehkan selagi tidak ada perasaan riak. kisah ini juga adalah rekaan semata-mata


sedang aku merenung ke langit ilahi melalui jendela sebuah kelas di tengah ibukota. tertarik aku dengan kata2 sahabatku. jika lihat keindahan ciptaan Allah, sebutlah "lahaulawala kuwata illa billa hil ali hil azim". lantas aku beristighfar, syukur aku dikurniakan sahabat sebegitu. tapi itu mungkin juga ujian buat aku.

melihat telatah sahabat seangkatan perjuangan dalam menuntut ilmu, walaupun mereka bukan beragama islam tp tekad perjuangan pd ilmu itu perlu aku contohi. aku terhibur melihat mereka. benar, hanya mereka berdua sahaja yang ada di dalam kelas itu. mereka mendendangkan lagu irama mereka yang agak rancak. aku membiarkan sahaja dan terus merenung, mengelamun sendiri. memikirkan ke mana hala tuju dan kemana akan Allah bawa aku di atas muka bumi ini.

lamunan maya terhenti apabila pintu dibuka perlahan. seolah-olah pengajar yang melangkah masuk, lantas aku membetulkan kedudukan. rupanya beberapa pelajar wanita dan lelaki. jika dilihat pada persis wajah mereka, tak tumpah kearah timurnya. tetapi tidak pada cara hidup yang mereka bawa, pakaian yang mereka pakai. ada betul gaya mereka bertanya untuk menggunakan kelas untuk membuat latihan, penuh adab. tetapi malangnya pada kelakuan mereka apabila bersama.

irama bingit yang didendangkan melalui laptop salah seorang sahabat ku yang bukan beragama islam terus menghanyutkan mereka berdua. sedang kumpulan anak muda itu terus leka dengan bebasnya pergaulan.

dengan tidak semana hentakan meja berbunyi. bukan dari sahabatku, tetapi dari kumpulan anak muda. sekali lagi lamunan maya aku terhenti. apa yang berlaku, detik hatiku. tidak sanggup bersuara kerana tidak setaraf dengan egoisnya kumpulan anak muda itu.

"hoi" jerit salah seorang anak muda itu, sambil jarinya ditunjukkan kearah sahabatku. hampir dalam fikiran aku jari itu ditujukan ke arah aku. pada yg lainnya hanya diam dan memandang dengan penuh meninggi diri. jika diukur ketinggian bangga itu, seluruh gunung didunia ini takkan dapat menampung ujubnya hati.

"korang pasang lagu ni kuat2 buat pe? pening la kami dengar, hormatlah sikit kami ni org islam" sambungnya lagi. lantas yang lain mengangguk tanda setuju. terkebil2 sahabat ku mematikan punca irama dendangan itu. mungkin terkejut dan terpana. yang lain masih melihat, angkuh si lelaki yg bersuara itu.

bingkas aku bangun membetulkan seluarku, gaya aku seperti ingin mempertahankan kumpulan anak muda itu.  tanpa berpaling aku bersuara.

"ape kau fikir diri kau sudah hormat pd islam itu sendiri, sedangkan kau itu sendiri orang islam? apa kau fikir kau berpakaian seperti gaya barat kau telah mempertahankan islam? apa kau kelakuan kau melambangkan islam sebenar? apa kau fikir perbuatan kau itu sudah cukup membuatkan kau tergolong dengan ahli syurga? sedikit pun tidak."

"lagak kau seperti kau sungguh beriman, tp iman yg kau galas itu sedikit pun tidak terkesan dengan gaya yg kau bawa. berubahlah. belum terlambat. saye bukan nak jd ustaz. tp saye sedih tgk org mcm kite ni pandai ckp pasal islam, tp praktik takde. kalo setakat hu ha hu ha pastu diri sendiri seolah tak hormat akan islam itu sendiri, jgn harap agama lain akan hormat pada islam" sambung ku lg. seolah-olah keras

lantas aku segera menghampiri pintu. membukanya dan beredar dari situ. aku tahu, duduknya diriku disitu hanya akan menambah kemelut.

mundar mandir aku carik angin. gemuruh di dada bagaikan mahu keluar. pertama kali kata-kata ku dituturkan dengan nada sebegitu. terus aku ambil wuduk dan duduk sahaja di surau. lantas aku bermohon agar kami semua diberi hati yang lain untuk terus bersama dengan islam. selang seketika, pintu surau dibuka. kelihatan kumpulan pemuda td, datang menghampiri aku menghulurkan salam memohon maaf.

ku katakan pd mereka. bukan aku yg patut memberi maaf, tetapi pintalah pd ALLAH.

terus mereka bersolat.

dari belakang aku berbisik. "dah amek wuduk ke belum"

tamat.

Rabu, 4 Mei 2011

BERHATI-HATI KAU.... JANGAN TULIS MACAM ITU.. JANGAN TULIS MACAM INI.... APE BENDE!!! MEMANDAI JE KORANG



Assalamualaikum


Kalau kamu seorng muslim jgn kata "mosque" tp masjid krana organisasi islam menemukan bhwa "mosque"=nyamuk!!! jgn tulis "mecca" tp mekah krana "mecca"-rumah anggur/bir. Jangan dtulis "mohd" tp tulislah dgn lengkap "muhammad",kerana "mohd"=anjing brmulut besar! !! Jangan tulis "4JJI" tp tulislah "ALLAH S.W.T" kerna "4JJI"= "For Judas Jesus Isa Al-Masih.".Jgn tulis askum or akum tp tulislah lengkap assalamualaikum atau salam krna askum=celakalah kamu. Dan terakhir "Merry Chrithmas"(saye cume untuk sampaikan dan tak berniat untuk menyebutnye) membawa kepada maksud yang memang bahaya!! Iaitu kite menyebut nama tuhan lain. Jadi klau hendak menyebut,sebutlah dengan Hari Natal !! Perkataan ni boleh sebabkan kite Murtad!! Perkataan ...merupakan jarum sulit orang kristian...di dalam bahasa Arab bermaksud "fi hafzilbaba" manakala dalam bahasa Malaysia bermaksud dibawah naungan pope (paderi). Jadi, forward dan sebarkan kepada semua sahabat2 anda.Semoga Allah memberi rahmat
kepada kita dan orang lain.



ayuh kite sebarkan kebodohan kita bersama


APA BENDA KORANG!!


mari kita menyelusuri setiap perkataan di atas ini


jangan tulis MOSQUE kerana itu bermaksud nyamuk


Pernah tak korang cek dalam kamus, nyamuk dalam bahasa lain?
dalam bahasa inggeris nyamuk adalah MOSQUITO, diulangi, KORANG NYANYUK
tidak ada masalah kalau nak tulis mosque sebab mosque memang bermaksud MASJID
try la google translate, cuba semua bahasa


apa pula kaitan dengan organisasi islam? mane korang tau bende tu dari kajian organisasi islam? memandai je..


jangan tulis MECCA kerana bermaksud rumah beri beri


Cuba dengan perkataan ini pula di wikipedia
apa yang korang dapat dari perkataan atas, tak pun gugel translate je. korang tetap akan dapat maksud yang sama iaitu MAKKAH al MUKARRAMAH
apa pula kaitan dengan perkataan mecca? dengar citer ade satu bangunan kat US, kedai arak name die mecca........................
bace balik.... "DENGAR CITER"

apa pula kaitan dengan apple plak? ke korang pegi sane dan duduk dalam sane tu? betul ke name die apple mecca? korang ngan aku pun tak tau ape bende.. meneka je..


jangan tulis MOHD kerana maksudnya bla bla bla...


aku pun tak tau, sejak bile maksud bg perkataan ini boleh muncul sedangkan penggunaan perkataan MOHD itu rasanya lagi lama dari maksudnya.
cuba korang tulis sendiri dalam gugel translate 'anjing mulut besar'.. ade kluar MOHD?
tak terfikir ke.. setelah kite pakai name kite MOHD.. tetibe kluar pulak maksudnye.. ehh.. itu perkara menarik, seperti yg kite tau.. MOHD itu tetap MUHAMMAD SAW


apa pula kaitan dengan anjing? korang tau ke ape maksud 'anjing mulut besar'? tapi kenapa nak kaitkan dengan MOHD pulak? bijaknye je..


jangan tulis 4jjI sebab maksudnya 'for jedus jesus isa al-masih'


bila aku baca benda ni. serius aku kata, "kat malaysia ni ilmu agama yg diajarnya tak cukup ke apa?" (dalam hati je la)
tahu tak korang siapa JESUS, ISA.. ianya adalah nabi ISA as.. nabi isa as yg akan turun pada akhir zaman dan membunuh dajjal,.. begitu mulia Nabi ISA, dan Nabi ISA adalah penyelamat kita.. tau tak.. permintaan nabi ISA adalah utk menjadi umat akhir zaman. maka Allah SWT perkenankan doa itu... done...
siapa pula judas, judas merupakan pembelot kpd nabi isa sendiri.. ehh.. sejak bile kite memandai semue ni, betul ke si judas tu pembelot? memandai ke kite ni.. pernah tak kita fikir siapa yg menggantikan kedudukan Nabi ISA sewaktu disalib? hehehe... carik sendiri
so, camne tulisan itu yg tiba2 boleh jadi 4=for? J=judas? J=jesus? I=isa?


bila kita tulis 4JJI, cukuplah sekadar dalam hati kita hanya ALLAH untuk segalanya, jika kuathir atau berwaspada juga, tulis ALLAH SWT sudah cukup.. yg penting yakin..


jangan tulis askum sebab maksudnya kah kah kah.................


aku malas da nak tulis pasa bende ni sebab bende ni, pemikiran kita yg meyakinkannya. sedangkan kesahihan masih kita tak tau.
korang lagi bijak.. fikirlah macammana askum bleh jd celakalah kamu? siap maksud dari negara mana tah.. pernah korang tulis perkataan itu dan pergi tengok perkataan itu kat negara yg mempunyai bahasa itu.. sudah tentu mereka juga akan pelik sambil berkata "askum abah kau" dalam bahasa mereka.


bende ni da bnyk kali ada da.. korang bleh cek sendiri perkataan yg disebut sebagai ASSALAMUALAIKUM.. carik la.. gugel search je pun.. jgn nak pandai2 ye..


dan terakhir


jgn tulis meri kerismes sebab ape bende tah kat atas tu.


pernahkah kita fikir apa tujuan meri krismes itu? pernah kah kite amek tau.. sejarah islam pun kite liat nak amek tau.. lg la sejarah yg bukan islam.. dengan mudah la, meri krismes ni merupakan hari memperingati kelahiran nabi ISA.. meri itu sendiri bermaksud MARIAM, ibunda nabi ISA.. so... korang fikir lah sendiri ek.. tak kisah la bila. tp yg penting kita saling memperingati pengorbanan para RASUL dan sahabat serta ulama yg membawa cahaya bg dunia ini dengan islam


melalui semue ni, diketahui bahawa, setiap search yg korang buat tentang perkara diatas mempunyai perkataan yg hampir sama dan tidak berubah... korang pulak main forward2 tanpa berfikir dimanakah punca segala email yg mengelirukan ini..


semuanya melibatkan perkataan yg kita sendiri tak pasti dari mana asalnya.. dan tidak mengambil tahu, benarkah perkataan itu bermaksud dengan yg sedimikian..
insyaAllah korang ade info dan sebgainye bleh kite share.. mane a tau aku tulis tak betul..


kite sedap citer agama sedangkan kite hanya forward2 je.. BAIK TAK PAYAH!!


Kesimpulannya? tinggalkanlah hal-hal yang mungkin meragukan itu sebelum munculnya perpecahan di antara sesama muslim. Bagi saya pribadi, yang berhak menentukan salah dan benar hanyalah Sang Pencipta Alam Semesta….

WaLLAHu a'lam bishawab.

Ya Allah aku memohon kepadaMu Ilmu yang bermanfaat, yang mendekatkan diri kami kepadaMu dan kami berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat Ilmu yang menjauhkan kami dariMu. Allahumma Amiin. (opss... terkopipes)



ps: jgn tulis quote sebab bermaksud kote (alat sulit lelaki)... err

Selasa, 19 April 2011

ape? couple?

Couple dalam islam? Ade ke? TAKDE!!... dan jawapan kepada couple2 ni adalah HARAM J!!!

Dalam islam tiada istilah couple. Jika benar seorang lelaki itu mencintai seorang wanita itu (atau 4 orang wanita itu) seikhlas hatinya, tidak boleh dia bercouple atau senang lenang menyatakan cintanya terhadap wanita itu.

Couple itu datangnya dari nafsu, dan luahan cinta itu datangnya dari godaan syaitan. Takkan kita nak menurut hawa nafsu. Yg ada dalam islam hanyalah melalui pernikahan, perkahwinan yang betul dan mengikut syarak.

Bila seorang lelaki sudah tersuka kat seorang perempuan itu tidak kiralah kenal atau pun tidak, perkara utama adalah mintak petunjuk, solat istikharah. (solat wajib pun liat, susah a nak dpt petunjuk) dahulu sebelum memulakan langkah. Belum2 sudah gelojoh bertukar no telefon (aku la tu)

Tujuan solat sunat istikharah adalah untuk mohon petunjuk dari Allah, adakah si dia benar2 jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah untuk kita. Petunjuk Allah boleh jd dalam tempoh yg lama atau pun sekejap bergantung pada Allah sahaja, tiada daya manusia selain dari bantuan dan izin Allah.

Kemudian apabila sudah mendapat petunjuk jika dialah yang telah Allah tetapkan. Bukan bermakna anda boleh sesuka hati meluahkan cinta dan berkata, awaklah orangnya, kompem dapat penampar. Caranya adalah approach parents atau keluarga si dia. Kalau diikutkan cara yg betul apabila seorang lelaki ingin berkenalan dengan perempuan, perlu minta izin pada parents perempuan itu. Kalau ikut yang betul la, kalau ikut yg salah mmg salah la.. err..

Tujuan berkawan adalah untuk niat memperisterikan si perempuan itu, tauu… then bagi pihak perempuan pula, perlu juga memohon petunjuk, solat istikharah mintak petunjuk adakah benar lelaki itu merupakan jodoh untuk si perempuan itu. Kalau dah dapat petunjuk dan keluarga kata sepakat bersetuju.. maka…

Tak bermakna anda boleh suka hati nak jumpa dan berfoya2 seperti manusia zaman sekarang. Step kedua adalah tetapkan tarikh perkahwinan, lagi elok awal kerana takut fitnah yang tengah melata. 3gp yg melambak.

Dan lepas kahwin happyle ever after, yg tak hepy tu itulah hepynye, tiada daya manusia melainkan hanya dengan bantuan Allah dan izinnya.


Kesimpulannya, di dalam islam tiada istilah couple jika tiada ikatan yang sah. Sebab dari couple ini bermacam perkara mudah terjadi. Sanggupkah kita gadaikan agama untuk kepuasan diri, kepuasan nafsu?

kita diperhatikan oleh orang bukan islam, bagaimana kita nak jadi contoh kalau kita sendiri pun tunggang-terbalik. Tak salah untuk berhubung.. tp ada cara yg betulnya…

insyaAllah, ada jalannya…


Rabu, 9 Februari 2011

Aku sombong



-bukan aku-
Sedang aku cuba menghilangkan diri di dalam fb. Memang suatu penyeksaan untukku, lalu aku layan pulak astero. Malangnya tiada yang memegahkan aku sedangkan aku suka dengan kemegahan. Tertarik pula aku dengan rona2 kehidupan yang berliku-liku ini. Imbau kembali apa yang telah terjadi di dalam hidupku.

Oh, hidupku sudah cukup baik rupanya dengan kipas yang berpusing dengan pantas dan tv 14 inci. Memang nikmat hidup. Sejenak pula aku terfikir, betulkah fikiran ku ini sekarang? Atau buat-buat sahaja dengan pemikiran begini? Atau?

Sedang aku kuat mengelamun, mata ku masih meliar, meliar ke seluruh pelusuk satu rumah tanpa memikirkan apa-apa sahaja, dan perkara terakhir aku pandang adalah seluar aku. Panjang sehingga cecah tumit kaki. Kalau buat pusingan 360, kaki tidak pusing, kepala ke bawah.

Kemudian terimbau kembali kenangan pada tahun 70an, pada tahun itu seluar pilihan adalah seluar jenis Bogad.

Maka bertanyalah mereka2 kpd aku apa itu bogad (padahal tak tanye pun, ade aku kesah)

Jawab aku senang sahaja, itulah fesyen sapu sampah gune seluar, sekian.

Termangu dari lamunan, terus aku terfikir pepatah ummi ku (bunda ya..)

“orang itu sombong jika orang itu pakai seluar itu, sapu t**k anjing” pesan ibuku

“itukan Cuma fesyen sahaja ya bunda” jawabku lagi.

“ya.. memang itulah hakikat fesyen, mahu mengujubkan orang” jawab bundaku lagi.

Dengan perasangka mudah bangga aku cuba berseloroh dengan berkata “adakah bunda sedang memberi ceramah?”

Ending di situ.

Bab sombong.

Ya.. sombong, satu penyakit yang sangat teruk daripada penyakit yang lain, sombong juga merupakan salah satu daripada ujub. Apa itu ujub ya saudara yang bijak pandai mengata orang?

Ujub seperti yang anda tahu adalah perasaan bangga diri dan meninggi diri sehingga membawa kepada sombong. Kenape kau suke sentuh isu2 camni ek? Aku bukan sentuh, tapi ini lah perkara yang kita tidak Nampak.

‘Udah la ko yad.. poyo..’ ya lahh.. aku berhenti la ni. Berhenti daripada lamunan. Aku tau aku ni jenis yang sombong. Perilaku aku sahaja sudah menunjukkan aku ni sombong.

Aku benci la, ahh.. menci! Aku tau aku ni suke pakai seluar ketat2, aku sombong. Suke pakai seluar paras buku lali, aku sombong. Aku suke pakai baju ketat2 ikut fesyen masa kini, aku sombong. Aku suka makan sambil berjalan, aku sombong. Aku berlagak ngan orang yang pakai selekeh2 (nerd), aku pandang rendah ngan orang yang tak encem, aku sombong.

Sunnah pula. Aku suka makan dan minum tak baca doa, aku sombong ngan Rasulullah. Aku suka makan dan minum bediri, aku sombong ngan Rasulullah, aku sombong ngan Rasulullah. Aku kencing bediri, aku sombong ngan Rasulullah. Aku tak pakai kopiah jubah dan pakaian sunnah, aku sombong ngan Rasulullah. Aku kurang memberi salam bertanya khabar, aku sombong ngan Rasulullah. Dan banyak lagi aku sombong ngan Rasulullah.

Allah. Aku jarang berdoa, aku sombong. Aku duduk bersila dan ujub, aku sombong. Aku pandang rendah pada orang, aku sombong.

Dan korang pula. Merupakan orang paling alim kat dunia, slalu pakai jubah. Tudung labuh, baju labuh tak melekap, slalu pakai kopiah, solat awal waktu, mulu berzikir, tak mengate orang, rajin berdoa kesejahteraan orang. Dan banyak lagi lah yang membolehkan korang masuk Surga dan melalui titian sirat macam kilat.. waw..

Argghh… aku terus bergelumang dengan sombong. Dengan niat yang betul, maka.. sahaja aku mandi.. ehh…


Ahad, 23 Januari 2011

repost

repost delete.. thanks

terima kasih kerana membalas rindu itu sayang 

di posto yad_element on Jumaat, 2010 Januari 08 / Comments: (0) 
mulakan dgn bismillahirahmannirahim...

assalamualaikum...

mule2 aku nak ckp.. makcik2 kat luar sane... jgn harap nak dpt aku.. sebab aku da ade yg punye.. haha... that mean makcik kene la carik org lain ek.. walaupun tuk anak makcik yg prasan2...

hmm.. aku pun taktau nak tulis ape sebenarnyew.. taip je la.. lepas bertahun2 strugle ngan prasaan sendiri, berperang ngan prasaan sendiri.. brperang ngan suasana.. berperang ngan hati sndiri.. berperang ngan sesuatu yg aku tak tau adakah aku kene pegi berperang. stop.. aku da mule mngarut.. kate si die.. suke bebel.. tak kisah la awak tu nak ckp pe pun.. yg penting saye syg awak..

bertahun-tahun aku merasekan rindu.. tanpa ada balasan.. hanya sebelah pihak sahaja.. itu yg aku rase... itu yg aku alami.. mmg sakit... realiti yg aku kene hadapi, RINDU AKU TIADA BALASAN...

alhamdulillah

nor syafiqah bt wahid... name yg ade dlm hati aku... dan kau membalasnya.. rindu aku berbalas.. terime kasih sayang.. kerana membalas rindu ini.. sakit.. memang sakit.. tapi sakit ni lg sakit dri tidak berbalas.. satu prasaan yg sukar untuk digambarkan... asyik, sedih, pilu, gembira, syg,.. seperti seribu satu prasaan yg ade dlm hati ini.. terime kasih syg... kerana kau.. aku mampu berdiri semula..


ruang di hati ini.. hanya kau yg bisa mengisinya..
kemesraan yg kusimpan hanyalah untuk cinta kita berdua...


syg.. sory, bnde ni mmg baru buat saye.. saye kekok skit.. awak la gadis pertame dlm hati saye.. bile awak ucapkan syg pd saye.. sperti ade sesuatu yg sgt menusuk dlm hati saye.. prasaan yg saye tak tau nak ckp camne.... prasaan yg rindu yg berbalas.. prasaan syg kpd awak..

terima kasih syg... kurindukan kasih mu



23 january 2011
back to reality, perkara ini sudah berlaku lama dan aku sangat bersyukur Allah penah buka hati aku utk wanita (bahaye jika buka pd lelaki, sekian), adilnya Allah kerana memberi pengalaman ini kpd aku walaupun sekejap. walaupun da break tp die tetap simpan post ni, tacing plak aku.. wuuuuu~

alhamdulillah..

jika kamu baca, kirimkan salam rindu hatiku pada hatimu, itu sahaja yg mampu aku lakukan. terima kasih


p/s: sila vote anda bijak jauhi zina di sebelah kiri blog ini
p/s: aku single... wuhuuu

Ahad, 16 Januari 2011

the golong




bissmillahirahmanirahim

10 GOLONGAN YANG MENGERJAKAN SOLAT TETAPI TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH
 Sabda Rasullullah s.a.w:
“Sesiapa yang memelihara solatnya, maka solat itu sebagai cahaya petunjuk dan jalan selamat baginya. Dan barangsiapa yang tidak memelihara solatnya, maka sesungguhnya solat itu tiada bercahaya dan tiada pula menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.”

“10 golongan yang solatnya tidak diterima oleh Allah:-
 Lelaki yang mengerjakan solat tanpa membaca sesuatu
       golongan ini solat the flash orang panggil, walaupun mereka solat tetapi tanpa ada bacaan, even bacaan die adalah seperti surah Al-fatihah (wajib) dan mereka tidak membaca, mereka tergolong dengan 10 golongan yang mengerjakan solat tp tidak diterima, ada baiknya solat berjemaah, itu adalah lelaki. kawan aku pernah berkata, beza antara pondan dan lelaki adalah mengerjakan solat di rumah Allah, hehe
Lelaki yang  melakukan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat
  Golongan ini ditujukan kpd mereka2 yg tak tau malu, mereka mampu, tp tidak dpt mengeluarkan zakat ataupun malu mungkin. malu untuk akad (akad bukan sahaja untuk nikah) berkemungkinan besar. mereka tidak mahu bayar walaupun mampu dan mereka tergolong dalam golongan itu, atau diorg tau, saluran zakat kpd majlis agama setiap negeri dan pusat sebagai induk, tetapi mereka tak percaya sebab pusat islam bnyk kluar skarang.. sekian
Lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang mengikutnya membenci dirinya'
       golongan ini mmg bagus kerana jd imam kerana sesetengah lelaki takde telo selalu menolak nolak org lain untuk menjadi imam, dan golongan yg mampu dan sanggup jd imam melakukan tugas. tetapi malangnya, golongan ini bajet ilmu tinggi dan baca ayat panjang2 sampai makmum pun menyampah.. contoh selepas alfatihah, dia bantai surah albaqarah.. hoyehh...imam best, makmum lg best...
Hamba yang lari daripada tuannya
        golongan hamba ini mungkin pd zaman skarang ni da takde la, (dengar citer kat arab diorg buat org gaji mcm hamba) sistem dunia da rosak, bnyk da rosak. kalo praktik betul2 sistem zaman Sahabat, kita takkan sesat. Ikutlah sunnah Rasulullah agar kite sentiasa teringat yg Rasulullah SAW sentiasa bersama kita.
Lelaki yang meminum arak tanpa mahu bertaubat
         dalam satu lg hadis, peminum arak yg mabuk sehingga mereka sedar semula, aku pun tak tau la ape kene diorang suka sgt ngan air kencing setan tu.. cube rase air kencing membe (setan tu kan membe, keh3) try a rase.. mesti dpt panaskan badan dan dpt lupekan semue masalah sebentar sambil tak igt ape2.. terlanjur? itu ikut korg la. da ckp tanak denga. mungkin mereka salah tafsir hadis, "jgn sekali meminum arak walaupun setitik" mereka anggap tak bleh setitik dan mereka membedal selamba badak satu jag.
Isteri yang menderhaka pada suami
          perkara ini adalah perkara berat yg perlu dititik beratkan. para isteri, saya belum beristeri tp lepas saya dengar ustaz bercerita tentang isteri2 yg dilaknat terus saya takut, dan sering mempersoalkan kpd diri, "mampukah aku mendidik isteri2 ku dengan baik sehingga mereka menjadi penghulu kpd bidadari syurga ku"
Perempuan yang mengerjakan solat namun tiada ia menutup kepalanya dengan tudung
        fenomena perempuan dan lelaki bajet KL, respek dan tak respek apabila mereka bersungguh masuk surau. tetapi knp mereka tak pakai tudung plak, eh.. laki pun same skang dah la lelaki itu tak pakai tudung tak solat plak tu, pakai skirt plak tu. lelaki ke tu.. "aku tau la, at least aku tak pakai tudung tp aku solat, tgk org yg pakai tudung tp ade 2 kepale dlm tudung tak solat pun aku  tgk."... membe aku penah ckp, jika solat mereka kita tak dpt mencegah kita dr melakukan perkara yg keji dan mungkar (tak pakai tudung keji ke?? YA!!!) maksudnya solatnya masih tak diterima. teruskan solat dan ikut la aturcara islam yg sejati, aku nak pakai tudung mcm melawak plak..
Imam/pemerintah yang sombong dan zalim serta menganiaya orang bawahan
         hoi balaci... keh3... ayat power mule2.. korg pahamkan la..
Orang yang suka memakan riba
          apakah itu riba, riba itu bunga... apakah bunga boleh dimakan? BOLEH!!  sekian.. riba ini adalah wang atau sejumlah syarat yg dikenakan kpd peminjam agar apabila memulangkan sesuatu perlu ada tambahannya. contoh pinjam RM1000, dan akad (akad bukan untuk nikah sahaja) peminjam perlu memulangkan RM1000.10, maka RM0.10 itulah riba.. bahaya kan walaupun kecil.. 
Orang yang sentiasa bersolat tetapi tetap melakukan perkara mungkar”
          sudah diterangkan pd awal2 td.. sekian sahaja.. 
“Barangsiapa yang solatnya itu tiada dapat menahan dirinya daripada melakukan perkara keji dan mungkar, sesungguhnya solatnya itu hanyalah menambahkan lagi kemurkaan Allah swt dan bertambah jauh daripadaNya”

“Kalau solatmu itu tidak dapat menahan diri kamu dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya dianggapNya kamu tidak mengerjakan solat. Di hari Kiamat nanti solatmu itu dilemparkan ke muka kamu bagaikan bungkusan kain tebal buruk yang tiada berguna”



Sabtu, 21 Ogos 2010

keADMINAN HKSH tak paham bahase

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...

dinikahi wanita itu kerana empat perkara... bla.. bla... bla... maka beruntung lah kedua2 tanganmu...

er... senarnye da lame tak update nih.. tetibe jari ni nak taip2 kejap... mybe sebab kesebokan diriku ini melayan satu page di FB.. page yg menentang admin page Hari Kiamat Sudah Hampir... dulu page nih mmg hebat mengatakan tentang hari kiamat.. sehingga diriku ini tertarik untuk masuk dan boleh plak terinvite membe satu FB.. mybe care penyampaian admin yg bersahaja dan berntah lah.. malas na komen.. telah membuatkan diriku ini ter suruh satu FB LIKE page tuh...

dan sudah menjadi kebiasaan aku akan carik page lain dan selongkar page lain.. terjumpa page ANTI AJARAN WAHABI lebih kurang... sory takde link.. rupenye.. kat situ admin HKSH cube menyokong wahabi... dan segala komen dari admin itu boleh dianggap kurang ajar dan bersimpang siur.. sehingga otak ku ini tak leh terima.. mungkin disebabkan air yg sudah naik di kepala.. ah.. aku tak kira,..

aku sudah tahu perihal admin HKSH... okeh... ini ceritenye.. HKSH penah bukak isu die sering difintah dan dicaci.. aku sudah pelik.. sedangkan pd group kesesatan ajaran wahabi itu bnyk die yg gune bahase kasar.. wallahualam, malas nak tgk balik komen.. tp kebanyakannye kana diketahui selepas korang ketahui.. lantaklah sane.. aku cube komen.. aku tulis camni...

"perlu lihat kedua2 page kemudian barulah boleh menilai"

admin balas

"mereka hanya mengata2 keji.. tak silap"

kemudian aku bg link.. link tu adalah link komen admin HKSH kata tuan guru dato dr Harun Din sebagai ulama sihir...

then... aku di BAN... eh.. apesal plak aku di ban.. ah.. aku bengang betul.. aku bgtau perkara benar perihal admin HKSH.. sejak dari itu aku da tau da... itu mmg admin die.. org yg benar takkan takut.. ape2 ajelah...

dlm belek2 group yg ade.. terkejut aku dengan kehadiran page Hari Kiamat Sudah MAMPIR... wah... name same tp ini lah page yg aku carik selama ini.. Alhamdulillah.. page ini adalah page yg dpt membongkar page HKSH.... perihal admin kebanyakannya... bnyk bnde aku blajar di page HKSM.. dan bnyk bnde aku dah tau dah tentang admin HKSH...

antara bukti kepincangan admin HKSH









dan banyak lg kepincangan yg berlaku pada page HKSH... semua ada di HKSM...

anda di nasihatkan untuk menekan UNLIKE kat bwh skalih..

isu yg pernah dibangkitkan oleh HKSH dan pandangan aku, ikut la nak kate aku nih sngke buruk ke ape.. tp aku nk kate gak......

isu bace yasin, tahlil,...
bg aku mamat nih malas nak pegi org tahlil.. org da ajak da.. biase mcm nehh.. ade kenduri tahlil lepas maghrib kat rumah sekian2... akibat semakin bnyk undangan.. die dengan memandai2 cakap sape yg buat bnde tu masuk neraka... ehh?? sape die nak tau sape masuk syurga sape masuk neraka... what ever....

meh sini aku bgtau tahlil tak de ape2.. tekan nehhh

then kluar plak isu tak sah solat kalo dahi hitam.. (tanda sujud)...
alahai.. bebal akhir zaman... mamat nih dengki kat org yg ade tanda sujud sebab die takde.. tanda sujud hnya ada pd yg melakukan solat pd waktu mlm (qiamulail) insyaAllah... tak kisah la org tu cane.. tp kalo da ade tanda.. biarlah.. knp nak argue.. alahai mamat kiamat

isu hangat.. TAK BATAL PUASE KALO ONANI....
alahai... mat lancap... haha... mungkin kasar.. bg aku plak.. mamat ni bgtau fakta segala ckp onani tak batal puase.. dah tu.. ape motif kite berpuase.. mybe die ni suke beronani.. then die akan carik fakta onani tak batal puase untuk legekan diri die.. whatever la mamat kiamat... da tau suke onani tak payah la ajak orang onani skali.. kesian tau.. org nak puase sebab nak kekang nafsu.. tp dibawaknye citer tak batal pose.. ayoooo..

isu air yasin...
setahun skali bace di empangan, tak payah bace setiap kali...
chop... ish3.. kalo da malas bace quran tak yah la ajak org malas bace quran gak.. mcm2 la..

ish.. da la bulan puase.. ngumpat caci maki org plak....penat je puase.. da a onani tadi.. tak batal kan pose... ish3...

kami juga bincangkan isu air yasin di page HKSM... ini die... bace quran elok...

mungkin agak kasar dan agak terlebih sudah post kali ini.. tp ape boleh buat... kebanyakan yg ade dlm group HKSH adalah remaja... dan mereka sepatutnye dibimbing oleh org yg berkalibar... jika anda ada di dalam page HKSH... sila tekan unlike di belah kiri bawah...

terime kasih daun keladi... ade mase ana taip lagi... jgn plak nak onani.. batal puase nanti...

(yaAllah.. my word.. rosak.. maaf semue ye...)



Rabu, 14 Julai 2010

nilai rindu




post yg x tau nak kate ape...

bismillahirahmanirrahim

siapakah kita??

umat yang terakhir, umat nabi Muhammad SAW. imam kita nabi Muhammad SAW.

namun

layakkah kita kata yang kita sudah cinta kepada beliau??
layakkah kita nyatakan yang kita rindu pada beliau??

berselawatlah,
nyatakan cinta kita
bukan susah pun

daripada kita nyatakan cinta kita kepada yang bukan halal buat kita
sudahlah tidak halal
malahan dekat dengan zina
nauzubillah

berselawatlah ye..
mudah...
dan manfaatnye besar



Kekasih Yang Di Rindu

Ya Rasul Ya Habib Salamun 'Alaik

Aku duduk sendirian merindu
Pemergian seorang kekasih
Walau lama penantianku ini
Aku yakin pasti bertemu

Aku tahu padanya tiada mungkir
Kerna itu bukanlah sifatnya
Di akhirat kan bersua lagi
Dengan mereka yang merinduinya

Kerna dia telah pun berjanji
Akan memberi syafaatnya nanti
Saat itu pasti kan terjadi
Pada umatnya yang bertakwa

Telah beribu tahun sudah berlalu
Keagungannya pernah berlaku
Sejarahnya akan berulang lagi
Sebelum tibanya kehancuran

Namun yang percaya hanyalah mereka
Yang rindukan kekasih
Namun yang merindu hanyalah mereka
Yang selalu berselawat

Ya Nabi Ya Rasul Salamun 'Alaik
Ya Habib Salamun 'Alaik



Isnin, 12 Julai 2010

msg: mcm ne keadaan hti awk?



terdiam sebentar bile dpt msg tu.. hmm.. macam mane hati saye?? sepatutnye soalan itu awak tnye kat hati awak sendiri dan awak simpan dalam hati awak jawapannye.. knp saye kate begini.. ini sebabnye..

sebenarnye, sye masih lg mencari hati saye.. dan saye x tau bagaimana keadaan hati saya.. penuh dengan kekotoran atau masih dalam keadaan yang elok..

sye takut sgt.. takut x knal ngan hati saye.. hmm.. kite ni manusia.. hati kite senang berubah.. nabi SAW sendiri slalu berdoa..

"wahai TUHAN yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami dalam agamaMu"

dan sahabat bertanya.. adakah hati boleh dibolak balikkan.. baginda pun menjawap..

"ya, sesungguhnya hati itu berada diantara jari-jari ALLAH dan DIA boleh membolak-balikkannya sebagaimana yang dikehendakiNya"

see... sye sendiri x de jawapan tuk soalan awak tu.. skarang ni saye hanye mahu mencari keberkatan di setiap perbuatan yg saye lakukan.. niat penting, tp niat hati itu yg lagi penting.. sekali hati terdetik buruk sangka, susah nak bersihkan, tp insyaAllah boleh bersihkan lg..

hmm..

ape2 pun.. awak jage diri baik2 ye..

sye nak carik redha Allah je buat masa skang...

Isnin, 28 Jun 2010

Allah sentiasa berbicara dgn hambanya 2

alhamdulillah

jam pkul 10.00 mlm
lepas solat isyak.. (lewatnye la solat isyak anda ya mohd zaiyad.. ish3.. ape nk jd la.. ubah bg cepat skit ye)

"dan jika tidak kerana aku bimbang akan keberatan umatku, nescaya akan aku perintahkan supaya dilewatkan solat isyak sehingga satu pertiga malam atau di pertengahan malam"

tp kalo stakat buat bnde yg x berfaedah bek solat awal ye mohd zaiyad ye..
baik...

smbungan PMGK10 ye..

dengan sdikit kedrat yg ade.. cerita ini diteruskan demi kesinambungan pmgk pd mase akan datang.. (ayat bodek)
bertarikh 26 jun.. cerite kuliah subuh masih lg berlaku.. dan alhamdulillah.. dpt ilmu baru.. walaupun lupe da ape isi kat kuliah subuh tu, ini adalah diakibatkan oleh tidak menyalin semula ape yg didengar.. tahniah untuk anda skali lagi ye mohd zaiyad.

dan tanpa ada sebarang prubahan terhadap etika pemakaian semasa subuh td.. terus kami dikerahkan ke padang futsal luarnya (tempat org main futsal tp kat luar la..).. bnde petame kene buat.. stretching.. then ingat kene lari joging then tdo ke ape ke.. die suh buat aktiviti kumpulan.. bersama dengan kumpulan anda.. naikkan seorang demi sorg dengan syarat kaki dilanjurkan ke hadapan dan tiada bengkok dan juga hanya org sebelah sahaja yg boleh tarik dan brapa bnyak dan da..

selepas aktiviti tu kami disuruh merumuskan apa yg kami dpt dengan melakukan aktiviti tu..
pd pendapat aku..
ya, mmg kite akan kate.. teamwork lah, fikir luar kotak lah, semangat lah.. dan itulah jwpan aku.. so x yah a tnye saye ye.. buang mase je tnye saye.. sebab akan jwb bnde same.. huhu
respect kat budak2nye sebab brani tuk berkate2 di khalayak ramai... syabas ya budak2..

balik bilik masuk bilik mandi di bilik air then masuk smula dlm bilik amek pakaian kat dlm beg..
(pening buat ayat camni senanye)

setelah bersiap dan sedia untuk makan. kami ke dewan makan untuk sarapan pagi, menu pagi. bihun goreng. ya.. hidang dalam talam.. sudah lama tidak mempraktikkannya. dulu biasa ye mkn di dalam dulang.. nostalgia, mcm nk nangis je. bukan sebab terharu tp sebab ade org pijak jari tangan.. x pe la.. sabar2..

then after that kami dihadapkan pula ke dewan untuk ceramah, slot 1 ye seperti dalam tentatif. ceramah bertajuk UNIVERSITI KEHIDUPAN yg disampaikan oleh Norizam Zainal Abidin if x silap la.. insyaAllah.. lain entry saye try tuk citer ape yg diceramahkan

tp ape yg penting adalah


anda dikatakan orang yang berilmu jika anda memahami makna daripada sesuatu tanda kerana sesuatu yang berlaku bermakna


smbung hari lain ye.. tibe2 nak tdo

lupe nak bgtau..
group kami bernama 2s.. iaitu spead and steady what ever.. blur.. di ketuai oleh andak dan dipimpin atau dipantau oleh 2 org fasilitator.. iaitu
makcik su (syarifah sumayyah)
pakcik salam (ahmad abdussalam)

Ahad, 27 Jun 2010

Allah sentiasa berbicara dgn hambanya


alhamdulillah... alhamdulillah.. alhamdulillah...
syukur...
benar..
Allah sedang berbicara dengan kita...

PMGK10-PKPIM kerjasama dengan UKM
perkampungan menara gading kebangsaan 10

pada mulanya dalam hati aku hanya fikir..

"hmm, kene campur same ngan budak2 bwh aku,.. that mean aku lg besar"

tetapi apabila tiba di sana, aku melihat peserta yg ada.. dan terkesima aku.. ya Allah.. mereka ini lg baik dan mulia daripada ku... benar mereka bwh aku dan umur mereka 17-19 tahun.. tetapi ilmu dan amal mereka lg hebat dari aku.. mereka lg tahu bnyk perkara tentang agama dan dapat memperaktikkannya...

pada hari pertama semasa pendaftaran.. nmpaknya aku paling tua bg peserta lelaki.. tp ilmu dan amal.. alahai.. aku rasa aku yg paling lemah.. mane xnye... suruh mereka azan, iman, alunkan ayat Al-quran.. semua mantap, aku ni.. nak kedepan pun teragak-agak..

selepas selesai pendaftaran kami ditnjukkan tmpat penginapan, tempat makan, penginapan dan juga surau..

mlm itu sesi taa`aruf.. dibahagi kpd 6 kumpulan.. aku masuk kedalam kumpulan 2.. dan.. Alhamdulillah, kakak klmu tu masuk group aku.. that mean aku ni bwh lg.. kami diminta memperkenal diri.. sampai giliran aku... hmmm.. segan untuk bersuara.. setelah selesai.. kami disuruh memberi gelaran kpd masing2.. dan dengan kerja sama kami dapat gelaran masing2..

bermula dengan
kak long
abang ngah (saye yg baik)
kaklang
abanglang
aciklang
acik
ude
usu
andak
anje
acu

(taa`aruf adalah memperkenalkan diri kpd ahli kumpulan agar ukhwah sentiasa terikat antara satu sama lain.. insyaAllah)

setelah memperkenalkan diri masing2.. kami dikumpulkan semula.. dan diberi tentatif apa yg akan berlaku pada keesokannya.. dan pada waktu yg sama kami dibekalkan dengan dua bungkus roti dan satu bungkus biskut.. catuan makanan selama 3 hari.. mknan ini untuk minum pg, ptg dan mlm sahaja... (catuan makanan konon.. save bajet)


dan pd paginya,.. qiamullail... alhamdulillah.. org pertama yg smpai di surau.. sunyi sahaja.. fasi pun tiada.. agaknya sudah menjadi kebiasaan bangun awal jika berada di tmpat org lain.. tapi kat rumah liat nk bangun... selesai qiamullail kuliah subuh...

akan bersambung semula di waktu akan datang..

Selasa, 15 Jun 2010

malaysia oh tanah airku



oh malaysia...

semakin hari semakin kite nmpk bukti yg ade..
malaysia berada di bwh naungan iluminati dan freemason

semakin hari semakin kite tersedar..
malaysia berada di bwh telunjuk yahudi..

zionis...

knp nak kecam sedangkan kita boleh lwn..

oh malaysia...

knp dunia yg kita kejar??? betul la... umat akhir zaman.. kerana dunia sggup lakukan apa sahaja.. termasuk la diri sendiri... penyakit Al-Wahan.

orait... 1st skali... tiada pemimpin haluan kerajaan yg membantu dalam misi ke gaza.. dan, sebelum kapal itu diserang, pemimpin haluan islam telah memberi surat kpd pemimpin haluan kerajaan bahwa berkemungkinan kapal itu akan diserang, dan apakah langkah pemimpin haluan kerajaan ini.. tiada apa2 yg dibuat... x pyh nak bukti la...

dan selepas kene serang... tiada tindakan.. dan selepas mereka pulang.. bg pingat wira dan penghargaan... mmg la bagus bg pingat tu semua.. tp kan lebih baik bagi sumbangan kat rakyat palestin..

oh malaysia...

knp la join venture ngan yahudi... masalah apco, 1malaysia, judi, kapal yahudi, keturunan roschild ade syarikat kat sini... alahai..
sedih aku tgk pemimpin jd camni.. snggup jual negara demi harta

nak kate ape lg.. semua bukti dah nmpak...
lesen smua lulus..

rakyat yg jd mangsa..

kesian a kat kami yg comel2 ni..

alahai malaysia ku

x payah la nak cerite panjang2.. nanti kene tangkap... dan bile kene tangkap lg maka terbukti la malaysia bwh telunjuk org kafir..

sekian terima kasih

Isnin, 24 Mei 2010

sem sem sem sempoi or semester or hamster or or org ta tau




nobody perfect...

alhamdulillah... complete sem 5.. walaupun x secomplete mane sebab aku telah melakukan satu kesilapan besar.. humm.. takpelah.. anggaplah itu ujian dr ALLAH.. (salah diri sendiri pun)

silap or x silap.. itu perkara yg lepas.. ape yg penting teruskan pembelajaran... walaupun semangat aku mcm da takde.. tp aku gagahkan jugak tuk blajar.. ya ALLAH.. perbetulkanlah niatku dan KAU luruskanlah hatiku yg sering bolak balik ini...

Anas bin Malik telah berkata bahawa rasulullah SAW kerap membaca doa

"wahai Tuhan yg membolak-balikkan hati kami, tetapkanlah hati kami dalam agamaMu"

maka para sahabat pun bertanya, apakah hati itu boleh dibolak-balikkan?
maka baginda pun menjawab

"ya, sesungguhnya hati itu berada di antara jari2 ALLAH dan DIA boleh membolak-balikkan sebagaimana yg dikehendakiNya"

orait... citer sem lepas da lepas.. dan sem depan akan berlangsung.. alhamdulillah, alhamdulillah.. syukur.. nikmat Allah tak terhingga.. bersyukurlah.. walaupun kite menerima ujian.. itu nikmat sebenarnya.. sebab ALLAH sayang kita ALLAH turunkan ujian...

demi sesungguhnya.. ALLAh maha melihat segala-galanya..

oh.. lg satu
kolej aku telah menunda tarikh pendaftaran kpd 2 jun (sepatutnya 25hb..) dan kolej ubah pada saat2 akhir... ape boleh buat.. itulah kolej kami... ramai yg sakit hati.. mane tidaknyew.. ade yg sudah balik kg... dan ade yg akan kembali smula tuk daftar.. alih2 tgk dah tunda.. rugi tiket dorg.... huhu.. aku pun da tak balik umah lame dah.. rindu kat Ummi.. sayang kat Ummi.. huhu..

lalala~..

adios..

jam menunjukkan pkul 11.30lebih.. nak g mandi ek..

membe seblah da tnye.. ko x mandi lg ke...


Rabu, 19 Mei 2010

da lame x post..


assalamualaikum
x best pun blog aku ni..
jenis yg suke copy paste dr blog org jew..
sebab ape..
sebab aku punye pasal la..
korg punye pasal lain kan...

oh... hinanye rase..
lalala

alright2...
pepepun...
sem ni rase cam berat sgt(sebab mls)
oh ALLAH... berikan ku kekuatan tuk menghadapi ujianMu..
aku lemah tanpa pimpinanMu...
oh ALLAH..
oh ALLAH..

alright...
the past is always be the past..
show no fear..
insyaAllah

Sabtu, 8 Mei 2010

penat


fikir balik... kadang2 aku ni cepat mengaku kalah.. padahal bnde remeh temeh pun slalu jdi camni

waaaaaaaa......... aku ni knp...??

slalu sgt kufur nikmat agaknya.. hati aku ni masih x kuat.. hati aku masih tercari2...

ALLAH sentiasa ada bersama aku, tp aku yg x nmpk, x prasan, x tahu,

hummmmmmmmmmmm..........


ya ALLAH... ampunkanlah segala dosa2 kami...


zaiyad... cekalkan hati, kuatkan hati, ALLAH ada dlm hati kau, tp kau yg x carik.


ya ALLAH... teguhkanlah hatiku... hati aku sgt lemah dlm menghadapi ujian Mu ya ALLAH..






Khamis, 6 Mei 2010

insyaAllah




satu perkataan
yg sudah disalah tafsir
oleh
org kite...
fikirlah sendirik


kadang2.. aku sering terfikir
terkadang aku terfikir sendirian,
perlukah amarahku dibiar terus menyala

where is my destination next??
the destination is not clear enough
how we want to go trough if isn't clear enough??

the answer is...
ALLAH....

ALLAH will guide us

INSYAALLAH

doa..

harapkan keampunan..
itu yg lebih utama

INSYAALLAH

everything will be ok..

p/s:note to myself..............................
......................................
,.......................
.............
...
.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

iklan aku x phm

nyanyi jom awak