assalamualaikum

Rabu, 31 Mac 2010

surat adam utk hawa

Wahai sahabat Muslimat Sekalian,

Renung-renungkanlah intipati daripada surat Adam kepada Hawa ini, Ketahuilah olehmu wahai Bunga-bunga Islam,kita adalah sayap kiri pada mereka(kaum muslimin). Sedih rasanya jika teguran baik yang mereka berikan kita tak ambil kisah. Bukankah ia juga untuk kebaikan bersama.Fikirkanlah wahai sahabat-sahabatku……


SURAT ADAM UNTUK HAWA

Dengan nama Allah swt Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang………..
Didoakan semoga kalian berada dibawah lembayung rahmat dan keredhaan Allah swt….

Hawa....

Maafkan aku jika coretan ini bisa mengguris hatimu. Meskipun kutahu,jiwamu selembut sutera dan bisa hancur lantaran kata-kata yang bakal ku ungkap ini, mengertilah duhai Hawa, kerana kaulah pengubat kesunyian waktu aku di syurga dulu dan engkau juga asalnya dari tulang rusuk kiriku yang bengkok,lantas kerana bimbang hidupmu terpesong dari landasan yang sebenarnya,kugagahi jua diri ini....

Hawa....
Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan kaummu melebihi bilanganku di akhir zaman ini. Itulah kebesaran dan penelitian Allah swt dalm urusan-Nya. Bayangkanlah Hawa...sekiranya kaumku melebihi kaummu, yang pasti dunia ini kan berkecai kerana huru-hara dan diselimuti warna-warna suram lantaran kekejaman dan penindasan....

Hawa....
Suka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yang melanda disaat ini. Tapi permintaanku,duhai Hawa...cubalah ! Renungkan jua yang sebenarnya dirimu kini sudah berubah...Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu kini, kian berubah..

Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu adalah umpama sekuntum
bunga yang indah di pandangan mata namun bukan perhiasan semata-mata. Duri-duri yang melingkarimu itulahhijab yang digariskan oleh Allah swt sebagai pelindung yang diertikan sebagai auratseorang yang bergelar wanita. Mengapa Hawa? Mengapa harus kau biarkan ia terdedah kepada kami,kaum ajnabimu?

Betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu umpama bahan yang dapat diperkotak-katikkan. Dimana-mana saja,bisaku lihat dirimu menghayunkan langkah ,bukan sebaik dulu lagi. Langkahmu kian pantas. Apa sebenarnya yang engkau kejari?. Aku sendiri tak pasti! Terkadang, ku tak dapat membezakan antara dirimu dan teman-teman yang lain, bersama hayunan langkah itu,
suaramu kian meninggi,diiringi gelak tawa yang cukup memedihkan mata dan hatiku ini...

Sedarkah kau Hawa.....?
Haruskah aku terima hakikat yang kau kini sudah berubah?
Semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah kutelunjuki buatmu dahulu!










Hawa....
Mengapa mesti dirimu kini jadi tontonan ramai? Perlukah kau hiasi dirimu untuk menarik perhatian sehinggakan yang seharusnya menutupi auratmu, kau miliki dari ciri-ciri yang ditegah dalam Islam? Sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan yang mana sesederhana yang mungkin! Cukup untukku merasakan kehadiranmu disaat ini tidak lebih dari mempamerkan perhiasan diri yang kau punyai.

Fahamilah Hawa,usahlah menurut kerakusan nafsu menjelajahi sebutir peluru yang bisa hinggap di mana saja meninggalkan fitnah buat kaumku ini....

Hawa....
Betapa sakit dan pedihnya disaat kulihat auratmu menjala, di sekeliling pandangan. Aku tidak mahu Hawa..Suatu hari nanti, di negeri yang abadi itu, memperlihatkan seksaan terhadapmu yang ku kira paling dahsyat, apa tidaknya.Seurat rambutmu yang keluar, ular menanti dimana-mana, sejengkal tanganmu kelihatan ...aduh!! Banyaknya seksaan menantimu!...

Mengapa begitu Hawa? Tidakkah kau ingat apa yang perlu kau jaga adalah maruahmu! Maruah seorang wanita yang tersandar di bahumu kelemahan dan kekurangan!!

Jadi bagaimana seandainya kelakuan dan auratmu terpamer di mana-mana saja?

Hawa...
Tidakkah kau malu dengan pembohongan yang kau sembunyikan dalam dirimu sendiri?
Di sini auratmu kau selindungi disebalik pemakaianmu, atas dasar peraturan dan persekitaran kalian. Tetapi jauh nun diluar sana ,tersentak diriku tatkala dirimu telah jauh berbeza! Tudung ke mana,jilbab ke mana? Apatah lagi tingkah lakumu..! Dimana kau letakkan martabat seorang yang bergelar muslimah? Aku diselubungi rasa malu atas penghinaan ini!

Hawa....
Tutupilah auratmu, jagalah dirimu ,bertuturlah dengan suara yang lembut mampu kau kawal lantaran jika terlanjur, semuanya bisa membawa dosa padamu.

Jangan kau memperlihatkan apa yang tersembunyi pada dirimu..tapi ingatlah ,cukuplah sekadar tapak tangan dan wajahmu yang dizahirkan ,namun bukan kakimu,rambutmu,dan jua tubuhmu.....



Firman Allah swt:

“Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman,hendaklah mereka menahan dari pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya...”

Hawa....
Mungkin ku harus menghentikan bicara pertama ini di sini dulu...

Andai diizinkan Allah swt, kita bersua lagi dilain lembaran dan yang pasti aku tetap terus membimbingmu. Harapanku agar muncullah walaupun hanya secebis kesedaran dihatimu dan akan mendoakan moga Allah swt membuka hati kalian untuk mencetuskan perubahan....Akhir kata ,ketahuilah.............

“DUNIA INI MERUPAKAN PERHIASAN
DAN
SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH”



Sabtu, 27 Mac 2010

pesta buku atau muka buku??








assalamualaikum..

(jwb la...)

alkisah... maka tersebutlah kisah... t**k...
sang kancil datang beramai-ramai mengadap ....................................................firaun..
mana firaun pakai ....................... ntah...


bermula nya.. sebuah hikayat.. antara pesta buku atau muka buku (facebook, mengadap 24 jam)

heyy.. ape mnde nih...

pilihlah.. antara pesta buku or muka buku...
so.. aku pilih pesta buku...

tepat jam 1 gerak.. yeayy,,,











muke tension tak dpt on9... lol...









muke blur smpai gmbr pun blur... no komen.. lihatlah umat Nabi Muhammad.. best kalo dapat bersatu padu












ade game kat hall tgh2 tu....














mls nak rotate.. korg rotate la pc or laptop korg...



















tme ni nak blah dah... penat sgt.. menebeng kat dinding...
and my search for a book has done.. inilah buku yg aku jumpe... dan beli dan ade diskaun.... yeayy me...
















buku ni cerite ttg KALO NAK TAFSIR QURAN JGN NAK MAIN TAFSIR BEDAL2 JEW.. LOL... bermule alfatihah.. and tafsirannyew.. and.... krohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!


aku ade cerite nih... tme jln nak ke PWTC (pesta buku) aku diterjah oleh penjual kad yassin..

"assalamualaikum pakcik"

die ckp kat aku (lwk jew)

"waalaikumsalam pakcik"

kate aku...

"sumbangan ikhlas"

smbil bg kat aku kad yassin saiz poket... (bukan aku bace pun, sebab kecik la)

aku hulur seringgit

die ckp 5 ringgit

aku da pelik... aku ckp seringgit cukup la

pastu die ckp 3 rggit

aku hulur lg seringgit smbil ckp 2 ringgit cukuplah...

pastu die ckp ok lah...

pastu aku blah...

lame2 aku terfikir.. aku masih sygkan duit.. that mean aku ni same je ngan org lain... menganggap duit lebih besar dari Allah... masyaAllah... ya ALLAH... jahilnye aku... aku beli tuk akhirat, tapi aku masih berkire lg..

x dpt byngkan.. bile kat akhirat kelak... kite mintak dekat ALLAH kelebihan berkali ganda... but Allah offer kat kite 1 kali gande jew.. and kite mntak lg.. and Allah bg lg tmbah 1 jew... aduh..

astaghfirullah... istighfar jom...

Khamis, 25 Mac 2010

MQA???









assalamualaikum..

ape itu MQA???

ianya adalah singkatan tuk M.Q.A. cume yg ni ade titik.

lol

no la..

tanggal 25hb 3.. hari ni kami telah diinterview oleh oleh wakil dr MQA...

janji pkul 9 pg.. malangnya bg kami.. interview pkul 3 ptg.. penat tggu kat bilik menunggu, sejuk.. air cond

ini adalah tentatif program

9.00 ketibaan student yg dressing ala2 keparat (smart2 blake)
11.00 taklimat. pengurusan turun tuk bg taklimat
12.00 rehat sambil borak-borak
1.00pm turun mkn
2.00pm perlu ada di bilik menunggu smbil borak2 buang mase
3.00pm baru dipanggil oleh wakil MQA (penat tggu.. kalo tau g solat dulu)
3.30pm sesi tamat. bincang dengan lecture
4.00pm solat zohor (masyaAllah)
4.30pm pergi pertama complex (arip nak beli nset baru)
5.00pm hujan lebat kene stay kat PC.
6.00pm hujan renyai2, ok la.. aku bwk motor.. tetibe plak ujan lebat.. lencun.. lol
6.15pm tggu kat stesen minyak. ade plak org jual rantai emas senyap2.. ish3... x berkat
6.45pm smpai umah.
7.00pm mandi, solat asar..(masyaAllah)
8.10pm on9.. lol

begitulah berakhirnya MQA

actualy MQA ni purpose die tuk mengiktiraf kos yg aku amek ni.. kire mcm ad cop MQA la.. yela2.. gtau ape name MQA.. it stand for Malaysian Qualification Agency.. takde cop ni kat sijil x leh keje ngan kerajaan or smbung master kat IPTA... insyaAllah takde pape punyelah..
kamiii semangatt baru...

p/s:soklan yg ditanye oleh wakil tu tme interview mmg pelik2.. mcm nak perangkap org.. seb bek aku senyap jew... lol


tag dari blog kahkahkah!!kamu

Bekas kekasih saya : raja farah [malas nak fikir da pasal kapel2 nih.. mntak putus je.. seb bek die leh terima keputusan saya]

Saya sedang mendengar : arruhul jadid[izzah blog... kami semangat baruu]

Mungkin saya patut : buat assignment [da banyak]

Saya suka : online [muka buku]

Sahabat-sahabat baik saya : baik la sangat

Saya tak faham : perangai macam setan

Saya kehilangan : identiti [gmbar ic x tukar lg, gmbar time tingkatan 3]

Ramai yang berkata : saya smart [terima kasih semua]

Makna nama saya : zayad atau ziyad adelah...zaiyad x de [x tau la]

Cinta itu adalah : cinta hakiki cinta yang pasti

Di suatu tempat, seseorang sedang : merempit

Saya akan cuba : shuffle

Ayat SELAMANYA membawa maksud : cinta hakiki

Telefon bimbit saya : sony erikson k810 hampeh

Bila saya terjaga dari tidur : kentut senyap2

Saya paling meluat apabila : orang komplen masakan saya [x pandai masak pun]

Pesta/Parti adalah :haram jadah [tp pegi kalo x de maksiat]

Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah : kucin ngok ngek gile

Peringkat umur paling menyeronokkan bagi saya ialah : sebelum umur 2 tahun [dapat n**en]

Hari ini : keje jadi serve kat OUM

Malam ini saya akan : wish birthday kat mu`az

Esok pula saya akan : ada kes ngan MQA

Saya betul-betul ingin : tdo.. ngantok dah

Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini : smart.. alhamdulillah... [padahal x ada cermin]

Pusat membeli-belah atau arked permainan : red box atau karoke jamban.. yeahhh

Makanan Barat atau Jepun : guna tangan.. sunah.. yeayyy

Bilik yang terang atau gelap : krohhhhhhhhhhhhhhh!!!!

Makanan segera adalah : megi weee weee~

Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang? : "hmmm"

Siapa yang anda mahu tag? : ape skodeng2???

Selasa, 23 Mac 2010

amalan diet nabi Muhammad SAW



assalamualaikum

bertemu kembali dlm rancangan masak2... pandai2 lah korg..

hari ni nak citer skit ttg amalan diet nabi Muhammad saw sepanjang hidupnya
mudah-mudahan dengan adenye info ni kite same2 sihat..
hoyeaaaahhhh

kami semangat baru...

Petua diet dan kesihatan unggul amalan Nabi:

  • Jangan makan ikan dengan daging dalam satu hidangan
  • Jangan makan ikan dengan ayam dalam satu hidangan
  • Jangan makan ayam dengan daging dalam satu hidangan
  • Jangan makan nasi bersama susu(minuman)
  • Makan buah sebelum makan (bukan selepas makan)
  • Jangan tinggalkan makan malam
  • Jangan makan buah-buahan dengan susu (koktail dll)
  • Bangun tahajjud
  • Jangan tidur selepas terbit matahari
  • Jangan makan berulamkan air (sambil makan sambil minum)
  • Jangan minum berdiri
  • Jangan makan/minum dalam keadaan berbaring
  • Amalkan bangun pagi terus minum air suam (sebelum berkumur dll)

ade sebab mengapa makanan ini dicegah tuk mkn bersama.. ade satu kajian yg dibuat.. makanan laut dan makanan darat tidak boleh digabungkan kerana mempunyai ion yg berbeza.. so.. maybe bile kite mkn kite x la terase ape2 pada mulanya.. tetapi efeknyew akan rase bile kite da tuek... tu pun kalo tuek la..

p/s: DHA yg slalu ade kat susu bdk2 tu sebenarnya adalah drpd kepale otak ikan laut.. so.. pandai2 la korg nak menilai... lgpun DHA ni ciptaan org kafir.. dorg da kaji da ttg Nabi kite.. dorg buat kesimpulan, dorg serang kite dari dalam...

p/s;mak aku ckp sape mkn buah lepas mkn bnde berat(nasi) ni mcm monyet.. hoho.. sape mkn cili die terase lemak berkrim

p/s:sape mkn minum mkn minum cepat boncit.. hoho.. tanak aku

p/s:sebenarnye kite punye air liur lepas bngun tdo ade penawar.. that why elok bngun terus minum air.. bkn air liur basihh... hampeh...

orait lah.. penat taip...

ikan+susu=bodo..
susu ibu lg baik sehingga anak putus susu (umur 2 tahun)


ntah



assalamualaikum..

jari aku sedang menari bebas dengan rancak di atas papan kekunci dengan riang.. hoyeaahhhh

abaikan...

1st skali kan,, aku nak citer skit.. skit jew..
ini ada kisah yg x menarik.... seperti yg korg bace kat aku nyew blog nih.. krg akan tahu lah kisah hidup aku yg hampeh penuh ngan !@#$%^&*... (sensored)

hmm.... and skang i feel like.. like... waw.. like a new life.. kamon zaiyad (cube sebut dlm bahase inggeris)

tak salahkan status kat kitenyew FB nasihat2.. tp ade org bertanye... walaupun x direct kat aku.. tp die tnye kat membe umah aku.. die ckp die takut da nak kawan aku sebab aku ni da mcm ustaz2... hoho...

hey.. aku biase2 je la.. jgn la anggap aku ni cam dah berubah terus mnjadi soleh (itu yg aku harapkan)

slow2.. blaja... jom same2 berubah..

kami semangat baru
siap maju hancur semua musuh...

yeah... masih x dpt lupe lagu kat blog izzah..


jgn risau.. kwn je la mcm biase..

(mane taknyew.. seminggu sblum perubahan ni aku bantai g nyanyi karoke ngan bdk tu)

lol...

anyway..

doakan aku jd lelaki acuan alQuran..
insyaAllah...
bersangka baiklah dengan Allah..
insyaAllah kite dpt rahmat

and... ni ade lg satu

Setelah ALLAH selesai menciptakan Jibril dgn btk yang cantik , Jibril telah berdiri serta solat dua rakaat kerana bersyukur kepada Allah dan tiap2 rakkaat itu lamanya 20,000 tahun .
Setelah selesai jibril solat, maka ALLAH berfirman yang bermaksud

" Waha Jibril, kamu telah menyembah-ku dengan ibadah mu yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaKu seperti ibadah kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia dan yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kekurangan, fikiran mereka melayang dan dosa mereka pun besar. Maka demi kemuliaan-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat itu atas perintahku, sedangkan kamu mengerjakan solat itu bukan atas perintah-Ku"

betapa Allah sayang umat nabi Muhammad SAW lebih dari makhluk yg lain.. bersyukur lah kite adalah umat Nabi Muhammad SAW..

p/s:dambakan hidayah Allah......... @};-..........



Isnin, 22 Mac 2010

cube2 jew..

jgn anggap ini post..
tutup mate

kamiii semangat baruu..
siap maju hancur semua musuh
kamiii tentera Allah
siap korbankan harta bahkan jiwa

Ahad, 21 Mac 2010




assalamualaikum...

selamat sejahtera kpd semuaa
(tetibe jd baik)

bnyk bnde aku fikir skang nih..
start dari niat aku nak beli buku PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL..










hmm...

mase aku beli... rase mcm satu ketenangan yg susah nak digambarkan.. Alhamdulillah.. ketenangan begitu yg sepatutnya dirasa oleh semua umat islam...

prasaan itu.. lg hebat drp prasaan rindu dekat manusia... (rindu kpd ibu bape takpe)

buku yg telah disarankan oelh membe maya aku.. Izzah ladyboss..

setelah aku bace, baru aku phm... begitu indah jika amalkan sunnah Rasulullah, walaupun sedikit.. tetapi hikmah disetiap sunnahnya sgt besar..








mmg... beli dan bacelah buku tu.... bnyk ilmu yg boleh dpt kat buku tu..


hmmm...

everything done...

perjanjian telah dilaksanakan...
terima kasih buat Farahiyah sebab percaye dekat aku

bile la diorg nak pulang buku aku...

sebelum mengakhiri..

ade kete terbakar depan jusco td..
pergh....
seb bek org tu sempat kuar..
mls nak amek gmbar...
teringat kat kete mak aku yg kene bakar...

sehingge jari ini ingin menaip lg...

ade lg satu.. ade org ckp aku nmpk lg matang kalo pakai spek... hehe...

terime kasih semua

ps:lagu kat blog izzah best, buat org nak joget (thanks to her sebab die yg suruh beli buku tu)
ps1:bile korg nak pulang buku aku??
ps2:katak ejaw.. jgn rase sedih lg... chill... Allah ade... sentiase ade dgn kite
ps3:ain ngan farahiyah membe skola dulu.. x sangke.. kecik je dunie ni.. itulah kuase ALLAH
ps4:x kuar ag la ps4

Isnin, 15 Mac 2010

knp??

knp ptptpu x masuk agi ha??
aku geram btol la..
x puas hati btol..

"sbr zaiyad" kate hati aku yg baik.

"mane boleh sbr" kate aku.

"insyaAllah kalo ade rezeki kite dptkn bnde tu mggu nih gak" kate hati ku lg.

"hummm.. baiklah... tp aku tanak mungkir janji lg.. aku tanak sia-siakan die, die terlalu istimewa tuk aku" kate aku.

"hmm.. sbr.. bnykkan doa.. aku tau ko tgh kering" kate hati aku.

"eh?? mane tau aku tgh kering??" aku yg musykil.

"ngok btol.. gile ape ckp ngan diri sendiri" kate aku..

LOL

aduh...

kene dptkn mggu ni gak.. insyaAllah

oh... ohhh. ooohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

byk post baru aku x siarkan sebab upload gmbr lembab+siput+vavavom

sory la ngantok...

bnde yg aku nk beli sgt2

tggl 3 jew kat kedai

umi(mak aku)
pleshh mashyukkan fulus
pleshh3....

kan aku da kate.. x leh upload




ber kiamat kah???

بسم الله الرحمن الرحيم

Sila Baca Tarikh Disini Dan Fikirkanlah Kerana Dunia Di Penghujung Nyawa




(27-11-2009) Hari raya aidiladha "hari Jumaat"

(18-12-2009) Tahun baru hijrah "hari Jumaat"

(25-12-2009) Hari krismas "hari Jumaat"

(1-1-2010) Tahun baru "hari Jumaat"

(26-2-2010) Maulidur rasul "hari Jumaat"

(2-4-2010) Good friday "hari Jumaat"

(28-5-2010) Hari wesak "hari Jumaat"

(10-9-2010) Hari raya Aidilfitri "hari Jumaat"

(27-8-2010) Nuzul Al-Quran "hari Jumaat"

(5-11-2010) Depavali "hari Jumaat"



Adakah KIAMAT sudah hampir????

Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya KIAMAT terjadi hari JUMAAT!!!!

Banyak² kita beristighfar dan berdoa pada Allah semoga dosa² di kita ampuni..

22 Tanda Kiamat Semakin Hampir

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan ).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Dunia Di Penghujung Nyawa

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:

'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. '
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.

'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim

~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.

'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;

'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita'- Ibnu Majah

~ Mentor , Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik...

4) Menghias masjid & membanggakannya.

'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid'- Riwayat Nasai..

~ banyak skrg ni kan ~

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang ***** & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel
Sharon & kat Malaysiapun ada....

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.'- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)...

10) Bulan sabit kelihatan besar.

'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.'- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok....

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie......

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak
kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq ...

13) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²'- Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...

TOLONG SAMPAIKAN KEPADA TEMAN² LAIN!

Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda:

'Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat...'

PENGERTIAN MAKSUD IMAN

- DARI SEGI BAHASA :
Yakin Dan Percaya

- DARI SEGI ISTILAH :
Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan
BERAMAL DENGAN ANGGOTA

"Jangan setakat membaca tapi cuba la menghayati, jangan setakat tahu tapi cuba la mengamalkan apa yang dah tahu, jangan setakat fikirkan kebaikan untuk diri sendiri tapi fikirkan la jugak kebaikan untuk orang lain terutama orang-orang terdekat yang disayangi." - Wallahualam

copy and paste dr

thanks

Ahad, 14 Mac 2010

ah...


disebabkan aku mls and aku ni pemalas...

ditambah g ngan tenet yg lembab..

aku mls nak update blog..

perdulik ape aku..

ha.. nufneng pun aku ms nak masukkan

Sabtu, 13 Mac 2010

knp??


sebab2 aku masih single

x semua laki2 yg tampan dan kacak(mcm aku) sudah berpunya. dan ramai lg yg single mcm aku. mesti korg tertanye-tanye knp aku masih single(tanye la wei, buat dono plak), walhal ramai lg pompuan yg nak dekat ngan org2 mcm aku(tipu jew). Rupa ada LOL, segalanya cukup.. perfect.. cukup pekej. namun.. tetap single, nak tau knp.. nih ha...

1. suke jual mahal
biasenyew org kacak akan jual mahal sedangkan dlm ati nih ade jgk la suke. ego mcm berok rambut punk blakang umah aku, Mungkin sebab rase ddigilai oleh ramai pompuan. konon2 nak dpt yg terbaik.. last2.. aku fikir la sendiri..

2. Persepsi sukar di dekati
Perempuan biasanya menganggap si jejaka tampan agak sukar untuk didekati, nak2 lagi kalo masuk bab2 jd teman idup. konon2, saingan bnyak bg pompuan tu.. sedangkan aku ok jew.. bile dah sume fikir camtu.. sampai tuelah aku tetap ngan ketampanan aku

3. Maintenance tinggi
dada kene up, punggung kene mantap.. takdelah.. huhu.. yg ni highlight kat keperluan harian senarnyew.. tp aku x kisah sgt.. contohnyew pakaian.. lantaklah org nak kate ape pun

4. pernah dikecewakan
oleh kerana asyik dikecewakan jew...aku decide, blom masanya aku nak bercintun.. haha walaupun ramai yg dtg.. (tipu je yg ni). ianya x dpt ubat hati aku yg kecewa gila2 babeng. rasenyew susah nak carik wanita yg boleh betul2 hargai cinta.. atau aku yg x pandai menilai cinta diorg.. LOL2

5. Mencari pasangan ideal
oleh kerana ketampanan aku.. aku nak carik lah yg cun2 jgk.. cewahhh... so.. susah skit nak carik.. that why la aku single lg.. sebab x jumpe lg..

6. Terlalu banyak Pilihan
sakit kepale la bile jd camni.. nak kene pilih yg betul2

7. Terlalu komited dengan kerjaya
aku ni gile ngan grafik.. x tdo pagi petang siang malam sebab komited ngan keje.. suatu hari nanti la.. LOL.. that why la aku ni x de mase nak cintun2 nih.. lalala~

8. Gosip terlalu banyakaduh... ni masalah besar bg org tampan cam aku.. bile ade org dengki ngan aku.. ade jew gosip dan fitnah dan umpat kat blakang aku.. smpai name aku buruk.. sian parent aku. bg name sedap2.. eh?? ah.. lantak lah..

kesimpulannyew.. aku ni adalah seorang yg PRASANNNNNNNNNNNN lebih....

Rabu, 10 Mac 2010

adat vs ibadat

“Jangan nak mengada-ngada, kalau hendak kahwin tunggu dia habis belajar, ada rumah, ada kerja, dan ada kereta. Kalau tak, selagi tu jangan harap mahu kahwin” Meleter si ibu kepada anak daranya yang sudah sampai masa mendirikan rumahtangga..

“Hantaran kena sembilan dulang, RM1000 serba satu. Kenduri buat di hotel lima bintang, siap dengan siaran eksklusif dari tv10” Ayat-ayat yang biasa didengar.

Tergaman dibuatnya.

Masyarakat kita sekarang terbelenggu dengan masalah suka mengubah sesuatu ibadah menjadi adat dan budaya yang mendarah-daging. Kadang-kadang sesuatu yang mudah pada asalnya, tiba-tiba menyulitkan keadaan yang mana melahirkan banyak kesan samping yang membimbangkan.

Isunya yang diutarakan, ibu bapa sanggup menjual anak perempuan semata-mata kerana keadaan sekeliling memaksa bukannya menitikberatkan keperluan syari‘at tersebut. Yang hendak kahwin si anak, banyak pula karenah ‘birokrasi’ daripada ibu bapa.

Hikmahnya ditinggalkan.

Apabila acuan material terbentuk di dalam minda masyarakat, mahar hantaran menjadi tinggi sehingga membawa implikasi buruk kepada teruna dan dara. Si ibu memohon mahar yang tinggi seolah-olah menggali lubang durjana untuk anak gadis mereka dan diri sendiri.

Di Malaysia, mahar (mas kahwin) rasanya tidak susah nak dipenuhi. Tapi hantaran yang boleh buat turun berat badan kerana terpaksa mengikat perut. Daripada pengalaman melihat dan mendengar, kadangkala harga hantaran diletak tinggi dengan sengaja bukan kerana keperluan tetapi sindrom ‘segan’ kepada orang sekeliling.

Bagai terlupa perkahwinan bukan satu hari hanya di hari kenduri sahaja, tapi sampai detik nyawa terpisah daripada jasad, semua ini dipandang remeh. Kehidupan selepas kahwin juga memerlukan akaun kewangan kukuh.

JANGAN ADATKAN IBADAT

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba yang lelaki dan hamba perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan (menjadikan kaya) mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui” an-Nur (24:32)

Bagi wanita yang mempunyai kesedaran dan mampu mempertahankan prinsip ajaran sabda Nabi s.a.w maka perlulah buktikan bahawa mereka mampu melawan adat.

Sayang sekali, kita asyik ulang kalimah melawan arus adat, tetapi jarang kita ambil pegangan mengikut pegangan agama. Mahar yang sedikit bukan merendahkan martabat, malah meninggikan martabat seseorang wanita di sisi agama.

Bayangkan pahala dan jaminan keberkatan yang didapati sehari demi sehari sebaik sahaja terlafaznya akad nikah dan bergelar isteri. Urusan tambahan hadiah dan wang hantaran yang membebankan pihak lelaki yang menyediakan dan juga pihak wanita yang menunggu perlu ditangani.



Kenapa tidak ditukar pemberian hadiah ini setelah berkahwin, satu bulan satu hadiah sebagai pengikat kasih sayang di antara suami isteri. Tidak perlu mahal, asalkan ikhlas dan berterusan. Biar pun kita tidak mempunyai peruntukan untuk menetapkan kadar maksimum mahar, setiap ibu bapa terutamanya ibu harus sedar bahawa mahar itu adalah hadiah suami kepada isteri, dan bukannya harga yang ditebus oleh seorang lelaki bagi mendapat seorang perempuan dari ibu dan bapanya.

Mahar bukan harga jualan.

Jangan adatkan sesuatu ibadah, nanti jenuh untuk lunaskan. Jangan terkejut jika ada ternampak warga ‘terlajak’ umur antara lingkungan 40-45 tahun yang menolak stroller di taman-taman rekreasi, pasar raya kerana menunggu lama simpanan penuh sebelum dapat kahwin.

TERBITNYA MASALAH LAIN

Sebenarnya masalah couple atau maksiat hati, mata dan sebagainya bukanlah masalah pokok, masalah ini terbit dari masalah yang lain.

Apabila budaya kita yang mempersulitkan bangsanya untuk mendirikan masjid, dengan hantaran dan mas kawin yang mahal-mahal, sehinggakan dengan belanja kahwin seseorang itu mampu memiliki sebuat rumah maka tidak hairanlah ramai yang berbondong memilih untuk bercouple dahulu.

Berjuang untuk memudahkan urusan perkahwinan juga merupakan suatu ibadah, secara tidak langsung menutup satu alasan kenapa perlu bercouple.

Umumnya di barat pergaulan bebas dan seks sebelum perkahwinan adalah satu budaya yang lumrah dan bukan lagi rahsia. Malah, sesuatu yang janggal sekiranya seseorang itu masih dara setelah berusia tujuh belas tahun. Mereka lebih suka jika isterinya sudah ada pengalaman seks sebelum berkahwin supaya tidak perlu dia mengajarkannya lagi apabila mereka berkahwin nanti.

Jangan kita lupa, masyarakat di negara kita pun sekarang tidak jauh bezanya. Menghalakan pergaulan bebas, berpelesaran lelaki dan perempuan. Tidak mustahil gejala seks bebas tidak pernah berlaku.

Tugas berat ini terletak di bahu kita sekarang sebagai ad-Da’ie. Mulakan di kampus pengajian kita, tempat kerja untuk mengubah suasan tidak sihat ini. Alhamdulillah, inilah kemuliaan mukmin yang mendamba sakinah, mawaddah dan rahmah melalui ikatan perkahwinan. Mudah-mudahan mahar dan hantaran mahal tidak akan menjadi musibah merbahaya yang akhirnya membawa kepada kehancuran nilai-nilai murni dalam masyarakat seperti di atas.

Moralnya, jangan adatkan sesuatu ibadah.

copy paste from iluvislam

bila tuhan tak ditakuti


bila tuhan tak ditakuti
macam2 boleh terjadi
tiap org tak ketahuan
hala hidupnya sendiri
maka rosaklah disana-sini

ada manusia puja alam sebagai tuhan
mabuk dengan gelombang laut yg menggulung
digambarkan dengan kata sastera mempersona
mereka tenggelam dlm gelombang sasteranya
ia leka sendiri dgn buah penanya

bagai org tenggelam dalam lautan menggulung
tidak tahu tujuan kemana mahu pergi
ada yg sibuk bercakap dengan emosinya sekali
mengelilingi seluruh negeri
kadang2 berbohong sesuka hati

berkata tidak mengota
mengecam org tak usah dikira
sudah jd makan minumnya


bila tuhan tak ditakuti
macam2 boleh terjadi
tiap org tak ketahuan
hala hidupnya sendiri
maka rosaklah disana-sini

ada golongan sibuk dgn kesalahan org
seolah-olah mereka wira agama
konon hendak membersihkan agama dr noda
yg sebenarnya berlakon di depan manusia
bukan hidup realitinya

bila tuhan tak ditakuti
macam2 boleh terjadi
tiap org tak ketahuan
hala hidupnya sendiri
maka rosaklah disana-sini


mereka lupa diri sendiri
mereka sendri buat dosa
membeli kereta dan rumah
terlibat dgn riba

anak2 dan juga isteri terdedah aurat setiap hari
perbualan setiap hari ttg kenaikan gaji dan juga pgkat
hidup sendiri nafsi2 kecuali ada urusan rasmi
yg ada kaitan dgn gaji

bila tuhan tak ditakuti
macam2 boleh terjadi
tiap org tak ketahuan
hala hidupnya sendiri
maka rosaklah disana-sini

bakhilnya amat ketara sekali
mereka lupa semua itu adalah
kesesatan dlm beragama

yg punya kuasa berbangga dengan kuasanya
menggertak manusia setiap hari
akta2 dibuat utk selamat kan diri mereka

membantu org bukan dari hatinya sendiri
jasa2 disebut berulang-ulang kali
menceritakan jasa kpd manusia
maka hilanglah pahalanya
menipu diri tak disedari

bila tuhan tak ditakuti
macam2 boleh terjadi
tiap org tak ketahuan
hala hidupnya sendiri
maka rosaklah disana-sini

tak kurg juga ada dikalangan manusia
setiap hari memikirkan hendak menghiburkan manusia
berbagai cara dan gaya dipertunjukkan
rupanya jiwa mereka sendiri tak terhibur jiwa mereka derita
tak kurg juga yg bunuh diri

bila tuhan tak ditakuti
macam2 boleh terjadi
tiap org tak ketahuan
hala hidupnya sendiri
maka rosaklah disana-sini

MAWADDAH-BILA TUHAN TAK DITAKUTI

jahanam kah aku selepas ape yg berlaku???



selamat kah pepagi bute camni??

ah.. abaikan lah sume tuh..

pagi2 tme aku nak siap g klas... miss syikin msg aku...
die ckp klas kensel.. die keracunan makanan.. sian die.. da la mengandung

that mean sia2 lah aku siap... ape leh buat... dlm kelam kabut tu.. pepagi lg aku tgk membe aku pun kelam kabut, aku tnye lah kpd gerangan mereka2.. begini diolognyew

"apekah yg mengganggu minda kalian semua?? sehingga membuatkan pagi ini menjadi pagi yg gelap??"

tanye aku dgn sopannya

dan mereka menjawab

"kami sebenarnya sudah memakan waktu, kami kuathir rancangan kami tidak menjadi"

aku balas kembali

"rancangan yg bagaimana sehingga membuatkan kalian sgt takut untuk berdepan dengan situasi??"

dan jawab mereka

"hakikat sebenar adalah kami sgt memerlukan kesempatan waktu. kami dalam perancangan RANCANGAN MALAYSIA KE 10.. menjadikan malaysia sebagai negara hiburan."

wehhhhhaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!

all crab... like mr crab..

senarnyew.. diorg pepagi nak g KLCC.. chill di KLCC.. hari selase...
dan dgn kelebihan kelas kensel.. aku dgn riangnya menawarkan diri tuk ikut depa g KLCC chill2...

dan bergeraklah aku bersama mereka... zul dan lorin




lrt
wangsa maju-klcc=RM2.00

sesampai kat sane..
rupenyew tggu membe diorg lg 2 org.. pompuan

aergghhhh.. wuuhuuuuuuuuuuuuu

pale otak... ok2.. lepas je dah smpai 2 org tuh.. beli tiket wayang... oh.. tgk wayang rupenyew.. seb bek la ade org sponsor.. thanks to lorin.... tabik...

ohoho.. tgk niyang rapik rupenyew.. ni yang nak merepek nih...

dlm tu ade 2 3 kerat manusie jew.. berkepit... lantaklah diorg.. pedulik ape aku..

conclusion cerite,,, jgn lah menyekutukan Allah.. jgn percaye ngan bnde2 karut and khurafat

lepas je abis kami da blur da.. tak tau nak wat pe.. karoke lah.. kate salah sorg wanita dlm group kami... aku on jew.. wiihaaaaaaaaaaaaaa

ckp bnyk pun x gune,,..

tgk je la gmbar nih..

hmmm.....

hmm...

hm...

lambat betul upload..

woi budak umah... korg main ape sampai tenet slow nih...





lmbtnyew....


kene buat lg skali.. sbr zaiyad


mls la aku nak upload gmbar.. senang citer..
nak carik aku kat facebook gmbar tu...
carik la pakai email aku..

yad_element@yahoo.com

Isnin, 8 Mac 2010

petang


tulis petang pun salah ke.. adoi....


its hard to be me, trust me bebeh


suke




assalamualaikum...
asal dr kampung





laptop=RM1,500.00
keyboard=RM10.00
mouse=RM.. membe punye lebih
meja=kopak loker membe
almathurat=RM2.50.. (ade harge kat blakang)


kucing=ntah la bape harge die
yg aku tau,, da kene buang da


karoke red box sogo=RM13++ sorg
membe=2 org
waktu=tengahari


lepak=tengahari
ps2=pinjam
adek=jahanam
ruang tamu=raye punye tak ubah2 pun


sofa=RM300.00
bakul=RM20++
adek aku yg jahanam=bapak+mak... (hihihi)
sepupu ku yg comel=pak usu+mak usu... (hahaha)
mak a.k.a Ummi=tidak ternilai...

ape ade hal...


suke hati aku la aku nak buat ape pun ngan blog aku..
bukan korg punye blog pun...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

iklan aku x phm

nyanyi jom awak