assalamualaikum

Jumaat, 18 Februari 2011

mari kita gelak bersama mereka di Segamat

(tajuk tidak menggambarkan isi)

bismillahirahmanirahim.

14 februari 2011

baju itu digosok dengan sekuat hatiku, berus yg di genggam menjadi tanda kekuatan pada diri ini, kelembutan pada pertuturan ini, dan kesengalan pada jiwa ini. baju itu kemudian ku bilas juga dgn sekuat jiwa mengeringkan dengan sekumit tenaga, demi baju itu juga aku akan gunakan utk ke 'OPS VALANTINE SEMPENA ANTI HARI VELANTINE' pada malam ini di Cheras (lubuk tuuutttt). adakah sempat kering baju itu? adakah seluar itu berguna untuk ku di malam hari ini? semoga semuanya dicatatkan hasanah utkku.

aku tidak berjuang, tp aku menimba ilmu, di dalam menimba ilmu itu ada perjuangannya.

dalam kepayahan aku memberus baju itu, terimbau kembali 3 hari lepas, detik pertemuan antara kami semua bertemu dengan para2 ahli banjir di segamat, bersama dengan sukarelawan yang lain.

detik dimulakan

tik

tok

tik

tok

hari pertama: 11 februari 2011

selepas jumaat aku sudah terpacak di kolej aku, termenung seketika sedetik aku terfikir. sudah 3 tahun aku di kolej ini. perit getir berstatus student selama 3 tahun terungkap dlm masa sedetik sahaja, seolah2 baru smlm aku masuk di kolej ini. munculnya zul telah memanggil ku daripada lamunan yg agak lama, (dari pkul 4 sehingga pkul 5 mengelamun)..

menunggu kehadiran mereka merupakan cabaran yang pertama bagiku, tetapi selepas cabaran itu pasti ada manisnya, aku berubah wajah kepada gembira setelah melihat kehadiran mereka yg bagaikan itik pulang ke rumah.

selepas menunaikan solat maghrib, rombongan kami yang terdiri daripada aku dan zul bergerak pula ke sogo dengan harapan bertemu dengan sahabat lain yg terdiri dari muslimah datin yg terdiri daripada.................. lupa .....................

dengan berbekalkan coklat cadbury dengan harapan makan di dalam bas. terlihat pula kelibat muslimah itu,, 4 org. kami bercadang naik bas sahaja dan standby di UIA.. bile aku blaja kat UIA? ape aku buat kat UIA? apakah perkara yg akan berlaku di UIA?

rapid kl menjadi pilihan. dan setibanya di UIA kami menunggu di pondok bas sebelum bertemu di  tangga besar UIA.

tiada apa yg berlaku. hanya kelibat shahmi dan abg faizal yg datang menaiki kereta. kehadiran menggamit kami kerana mereka naik kereta.. ehh.. sebelum berkumpul, kami dicadangkan utk makan sebentar di cafe UIA (2nd tme makan kat situ)

setelah tepat jam 11 malam, kami berkumpul di tangga ini

ketibaan kami di tangga UIA disambut oleh wakil PKPIM, selain dan termasuk juga dengan sukarelawan yang lain. dan.............. setelah diberi taklimat serta ucapan oleh pihak2 PKPIM dan juga ABIM dan juga MRA.. kami bertolak untuk ke segamat..

setelah berhempas pulas di dalam bas... jam 4 lebih kami tiba di pusat pengumpulan sukarelawan di TASKI ABIM.. tiada apa berlaku. stibanya kami di sana. terus tidur.. mungkin terlalu letih duduk di dalam bas mengalahkan driver bas...


hari kedua 12 februari 2011

liat sungguh pagi itu aku bangun.. dan tidur semula sehingga tidak sedar solat subuh,.. nasib ku sungguh baik berbanding apabila dapat bersama jemaah yg lain utk solat subuh, baik sedikit berbanding mereka yg ada masa utk solat tp dgunakan utk tdo.. bla bla bla..

selesai solat.. sedikit taklimat berkenaan misi... rupa2nya misi itu adalah misi membersihkan rumah...

bersambung...

Rabu, 9 Februari 2011

Aku sombong



-bukan aku-
Sedang aku cuba menghilangkan diri di dalam fb. Memang suatu penyeksaan untukku, lalu aku layan pulak astero. Malangnya tiada yang memegahkan aku sedangkan aku suka dengan kemegahan. Tertarik pula aku dengan rona2 kehidupan yang berliku-liku ini. Imbau kembali apa yang telah terjadi di dalam hidupku.

Oh, hidupku sudah cukup baik rupanya dengan kipas yang berpusing dengan pantas dan tv 14 inci. Memang nikmat hidup. Sejenak pula aku terfikir, betulkah fikiran ku ini sekarang? Atau buat-buat sahaja dengan pemikiran begini? Atau?

Sedang aku kuat mengelamun, mata ku masih meliar, meliar ke seluruh pelusuk satu rumah tanpa memikirkan apa-apa sahaja, dan perkara terakhir aku pandang adalah seluar aku. Panjang sehingga cecah tumit kaki. Kalau buat pusingan 360, kaki tidak pusing, kepala ke bawah.

Kemudian terimbau kembali kenangan pada tahun 70an, pada tahun itu seluar pilihan adalah seluar jenis Bogad.

Maka bertanyalah mereka2 kpd aku apa itu bogad (padahal tak tanye pun, ade aku kesah)

Jawab aku senang sahaja, itulah fesyen sapu sampah gune seluar, sekian.

Termangu dari lamunan, terus aku terfikir pepatah ummi ku (bunda ya..)

“orang itu sombong jika orang itu pakai seluar itu, sapu t**k anjing” pesan ibuku

“itukan Cuma fesyen sahaja ya bunda” jawabku lagi.

“ya.. memang itulah hakikat fesyen, mahu mengujubkan orang” jawab bundaku lagi.

Dengan perasangka mudah bangga aku cuba berseloroh dengan berkata “adakah bunda sedang memberi ceramah?”

Ending di situ.

Bab sombong.

Ya.. sombong, satu penyakit yang sangat teruk daripada penyakit yang lain, sombong juga merupakan salah satu daripada ujub. Apa itu ujub ya saudara yang bijak pandai mengata orang?

Ujub seperti yang anda tahu adalah perasaan bangga diri dan meninggi diri sehingga membawa kepada sombong. Kenape kau suke sentuh isu2 camni ek? Aku bukan sentuh, tapi ini lah perkara yang kita tidak Nampak.

‘Udah la ko yad.. poyo..’ ya lahh.. aku berhenti la ni. Berhenti daripada lamunan. Aku tau aku ni jenis yang sombong. Perilaku aku sahaja sudah menunjukkan aku ni sombong.

Aku benci la, ahh.. menci! Aku tau aku ni suke pakai seluar ketat2, aku sombong. Suke pakai seluar paras buku lali, aku sombong. Aku suke pakai baju ketat2 ikut fesyen masa kini, aku sombong. Aku suka makan sambil berjalan, aku sombong. Aku berlagak ngan orang yang pakai selekeh2 (nerd), aku pandang rendah ngan orang yang tak encem, aku sombong.

Sunnah pula. Aku suka makan dan minum tak baca doa, aku sombong ngan Rasulullah. Aku suka makan dan minum bediri, aku sombong ngan Rasulullah, aku sombong ngan Rasulullah. Aku kencing bediri, aku sombong ngan Rasulullah. Aku tak pakai kopiah jubah dan pakaian sunnah, aku sombong ngan Rasulullah. Aku kurang memberi salam bertanya khabar, aku sombong ngan Rasulullah. Dan banyak lagi aku sombong ngan Rasulullah.

Allah. Aku jarang berdoa, aku sombong. Aku duduk bersila dan ujub, aku sombong. Aku pandang rendah pada orang, aku sombong.

Dan korang pula. Merupakan orang paling alim kat dunia, slalu pakai jubah. Tudung labuh, baju labuh tak melekap, slalu pakai kopiah, solat awal waktu, mulu berzikir, tak mengate orang, rajin berdoa kesejahteraan orang. Dan banyak lagi lah yang membolehkan korang masuk Surga dan melalui titian sirat macam kilat.. waw..

Argghh… aku terus bergelumang dengan sombong. Dengan niat yang betul, maka.. sahaja aku mandi.. ehh…


Ghibah Moden


bismilahirahmannirahim

apa itu Ghibah?

secara istilah adalah menyebutkan sesuatu perkara yang terdapat pada diri seseorang Muslim, sedangkan ia tidak suka (jika hal itu disebutkan). Baik dalam soal jasmaninya, agamanya, kekayaannya, hatinya, ahlaknya, bentuk lahiriyahnya dan sebagainya. Cara melakukan gibah juga bermacam-macam. Di antaranya dengan mengetengahkan keaibannya dan meniru tingkah-laku atau gerak-geri tertentu dengan bertujuan untuk memperolokkannya.

Secara bahasa, ghibah bererti mengumpat. Namun ia tidak hanya menjurus kepada perbuatan mengumpat semata-mata. Ramai orang meremehkan permasalahan ghibah, padahal dalam pandangan Allah ia adalah sesuatu yang keji dan kotor. Hal itu dijelaskan dalam sabda hadis Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam. "Ertinya : Ghibah itu ada tujuh puluh dua pintu, yang paling ringan daripadanya sama dengan seseorang lelaki yang menyetubuhi ibunya (sendiri), dan ghibah yang paling berat adalah mengumpat seorang lelaki atas kehormatan saudaranya". (As-Silsilah As-Shahihah,)

sumber: wikiPEDIA


secara kasarnya Ghibah merupakan perlakuan mengata atau menceritakan tentang seseorang. ataupun 'Mengumpat'


Apa kaitannya dengan Moden?

Dalam tak sedar kita juga sering berghibah walaupun kita ini bajet masuk 'Surga'.

"hoi2, aku mane pernah mengumpat!!"

Ya! Korang tak pernah mengumpat, saya percaya. Tapi sedar tak  Kerana bajet korang ni la korang sering berghibah

mari kita menyelusuri ghibah Moden

Maksud:

Ghibah Moden adalah perilaku menceritakan tentang seseorang menggunakan 'TEKNOLOGI MASA KINI'. sekian!

internet merupakan teknologi masa kini dan dengan internet juga kita berghibah. tak percaye?

cuba kita semak balik ape yang kite buat apabila kita berada di hadapan pc berbekalkan internet. semestinye kita membuka fb, blog, tweet, fs, tagged, ms dan seangkatan dengannya..

dan tidak semena2, tgn kita mula menaip menceritakan tentang orang lain. tak caye?? cube la duduk depan fb tuhh. kite akan mule bercerita, dan yang lebih seronok ada pula yg 'tertekan LIKE', semakin rancaklah hati kita untuk menceritakan tentang seseorang.

dalam tak sedar hati ini berghibah juga. 

"ehh, sejak bile HATI kite berghibah?"

dalam tak sedar juga, kita menggunakan hati untuk berkata2 dalam internet, secara lazimnye kite gune jari, tp segala detik kita adalah dari hati. jagalah hati, jgn kau kotori.


larangan berghibah

Allah berfirman:
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.” (Q.S Al Israa[17]:36)
“Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir. (malaikan Raqib dan Atid)” (Q.S Qaaf[50]:18)
Lebih spesifik lagi Allah Berfirman dalam Surat yang lain:
“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (Q.S Al Hujuraat[49]: 12)

Rasulullah SAW bersabda:
“Ketika saya di Mi’rajkan saya telah melihat suatu kaum yang berkuku tembaga digunakan untuk mencakar muka dan dada mereka sendiri, maka saya bertanya kepada Jibril: Siapakah mereka itu? Jawabnya: Mereka yang makan daging orang dan mencela kehormatan orang (yakni Ghibah)” (H.R Abu Dawud dari Anas ra.)
“Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah ia berkata yang baik atau (kalau tidak) hendaklah ia diam” (Mutafaq’alaih)
Orang yang bermuka dua, yang mengadu domba orang lain
Dari Abu Hurairah, ia berkata: “Nabi SAW berkata: Kelak dihari kiamat, disisi Allah, Engkau akan mendapati orang yang bermuka dua diantara orang-orang yang berbuat keji itu, yang mendatangi satu golongan orang dengan satu wajah dan mendatangi satu golongan yang lainnya dengan wajah yang lain pula” (HR Muslim dan Abu Dawud)
Dari beberapa dalil diatas jadi jelaslah bahwa aktivitas ghibah secara umum dilarang dalam Islam, dan hukumnya adalah Haram. Hal ini kita ketahui dari adanya celaan dan Ancaman Allah terhadap pelaku ghibah tersebut. Begitu juga halnya ketika kita hanya sebagai pendengar setia saja. Karena diamnya kita disitu berarti kita juga setuju dan mendukung akan aktivitas ghibah tersebut. Yang harus kita lakukan ketika kita tahu bahwasannya ghibah itu haram, seharusnya kita mengingatkan saudara kita yang sedang khilaf tersebut dan bukannnya malah nimbrung dan bikin suasana tambah panas .

Rasulullah bersabda:
“Barang siapa mencegah ghibah yang menyinggung kehormatan saudaranya, maka Allah akan membebaskannya dari neraka” (H.R Imam Ahmad)
“Barang siapa mencegah ghibah yang dilakukan oleh saudaranya, maka Allah akan mencegahnya dari neraka pada hari kiamat” (H.R At Tirmidzi)
Dan kalau memang Orang yang kita peringati tersebut tidak mau menerima, maka jangan segan-segan untuk meninggalkan forum tersebut. Allah SWT berfirman:
“Dan apabila kamu melihat orang-orang memperolok-olokkan ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka membicarakan pembicaraan yang lain. Dan jika syaitan menjadikan kamu lupa (akan larangan ini), maka janganlah kamu duduk bersama orang-orang yang zalim itu sesudah teringat (akan larangan itu).” (Q.S Al An’am[6]: 68)

namun begitu.. ghibah ada juga yg dibolehkan.. iaitu sewaktu
  1. minta pertolongan untuk mengubah kemungkaran.
  2. orang yang dizalimi boleh ceritakan kepada hakim
  3. cerita kepada mufti (ahli hukum)
  4. menceritakan tentang kejahatan seseorang agar berhati2

cuma tu la.. kite ni kan semua bajet masuk Surga punya.. so.. takpe la berghibah moden di laman sosial.. terutamanya facebook.. amende tah citer2 kat situ.. last2 kite yg dapat dose... an.. maka dengan itu, aku nak masuk bilik air jap lepas bukak laman sosial yg lain dari yang lain janganlah berghibah moden.

p/s: blog jugak merupakan tempat kite berceritakan tentang seseorang.. an... he.. kalo tgk bnyk entry kite yang penuh ngan hasutan, sakit hati, sakit kaki kepada seseorang.. an..

Isnin, 7 Februari 2011

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI

brador aku tak knal

Assalamualaikum. siape ben asari? ntah... try je la..


LETAK HEADER BEN ASHAARI BLOG
DoneDineDune

TAJUK GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI dan linkkan ke entri ini !
DoneDineDune

Tulis 
SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??
DoneDineDune

SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG!ANDA BAGAIMANA??

Tinggalkan url anda diruangan entri ini ..
DoneDineDune

TUTUP : 9 / 2 / 2011 , tepat jam 6 petang!! tak tau pape ye.. same la.. tekan NI


P/S : maaf.. tercopypest org punye... maaf... saye nak tdo kat blog korang bleh tak?

tag award?



bissmillahirahmannirahim
aku mule2 jadi baik an.. sebab ade org suruh tgk award ape yg aku dapat.. so.. aku dengan baik hati aku tgk lah.. name sedap.. farhan aziz.. mule2 aku ingat perempuan la.. skali lelaki daa... cait.. muahaha... 


fokus zaiyad! ehh


tp aku tetap la terime apekebende tah yg budak2nye suke buat pun an..
buat jgk lahh.. 
caranya adalah seperti..

  1. jawab soklan
  2. letak link org yg nak kite tag
  3. dan pegi ke setiap link itu utk bgtau
  4. sekian..



Apakah nama blog favourite anda? (Sila sertakan link sekali)
ni macam blog porno.. ehh.. bende ni yang aku malas skali nak jwb. mane taknye. setiap kali aku jwb mesti aku jwb 'BLOG SeNdiRi La yG JadI Peb3ReT Ku pUN' huh!

Sudah berapa lama anda berblogging?
bloging ape? joging? ape froging? ehh.. ntah la, tak igt la.. tp kalo igt balik pun buat tacing je.. huu

Adakah anda seorang yang Kakkoii? (Kakkoii = Cool)
adakah anda? ya dan tidak!.. jawapannya ada pada cermin..

(mule la tu ramai2 nak tgk cermin an..)

Jika ditunaikan 1 hajat, apakah hajat anda?
jika aku tunaikan Solat hajat. abku berhajat ingin diterime segala amalan dan dicatatkan Hasanah pada catatan aku di sebelah kanan aku.. cewahh..
BETUL LA NIH!!

Siapakah 4 mangsa TAG seterusnya?
muke diorang ni tak tau malu tau wa cakap lu... ape? lu? ape? laici? wateber





Terima kasih kepada encik.... encik?? faizal? ehh...  Farhan Aziz kerana mengtagkan diriku.. akhirnya ade gak org pggil aku bro... seb bek bukan brok... brokban betul la korg nihh..
alhamdulillah

Ini Awardnya, best pren poreber. iyelah tu..

Rabu, 2 Februari 2011

syukur

maaf mu tak bererti kau mudah sesali... lalala~


lagu 'Derita Merindu' dari tadi aku mainkan..
apesal aku mainkan lagu ni? adakah sebab aku derita rindu? tidak!


AKU PUNYE SUKE LA AKU NAK MAIN LAGU APE NYE PUN! ADA KESAAHH!!


malam tadi aku membereskan persiapan karipap untuk hidangan famili aku, then secara tak sengaja aku terkata


"umi ku sayang, dulu kan, bile umi buat karipap an, berebut semue mi, rase mcm tak cukup je, then sape yg tak dapat nye pun maka terpaksa berlapar sampai tghari"


umi ku membalas


"hmm, itulah, dulu rezeki cukup-cukup, buat kite rasa bersyukur dengan apa yang ada dan kita kongsi ramai-ramai, memang rasa best sangat dulu berbanding sekarang"


aku membalas dalam hati


"ceramah plak dah"


ya, memang dahulu dan sekarang amat berbeza ya bunda, dulu dan sekarang,


  • dulu aku naik basikal sekarang aku naik bas.
  • dulu mak aku naik kereta ustazah lain, skarang naik kereta ustazah sendiri.
  • dulu makan selalu tak cukup, sekarang makan cukup tapi tak selalu (bizi daa..)
  • dulu penuh satu rumah kumpul ramai-ramai, skarang ramai-ramai kumpul kat luar rumah (hampeh je..)
  • dulu rasa betul-betul susah, susah betul lah, skarang tak rasa ape-ape sebab kaki kebas la... skarang dah ok skit, takde la rase susah
  • dulu time susah, doa kuat-kuat, skarang time senang, susah nak berdoa, doa pun supaye jadi kuat (nak kawen ek..)
  • dulu takde fb, skarang ade fb (lantaklah aku nak tulis ape, blog aku)



kesimpulannya, bersyukurlah setiap masa dan bersyukurlah atas setiap tarikan dan hembusan nafas kita, bila kita bersyukur, hati kita akan terus ingat pada Allah...


semoga Allah menjaga hati-hati kita.


p/s: maaf mu tak bererti kau mudah sesali.. ehh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

iklan aku x phm

nyanyi jom awak