assalamualaikum

Selasa, 26 Januari 2010

FACEBOOK

Saya ditanya soalan: “Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?”

Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak juga ditulis oleh pelbagai individu di forum juga blog. Dalam menentukan keputusan dan hukum menyertai Facebook, menurut pendapat saya, ada beberapa isu yang perlu diperhati:

1. Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi? Kesimpulannya, dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, mengguna pakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal. Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis sahih berurusan dan membuat transaksi jual beli juga cagaran dengan seorang Yahudi iaitu: “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda.” ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).

2. Apa maksud penyoal dengan ayat 'menyumbang kepada bangsa Yahudi'? Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah SAW dan sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah. Cuma persoalannya adakah ia bermaksud menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis? Sejauh mana kebenaran dakwaan itu? Adakah sebarang bukti jelas atau hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?

3. Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin? Begini, jika ternyata daripada sumber yang sahih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama. Dalam konteks Facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah Facebook tidak menyertakan bukti jelas berkaitan hal itu. Semuanya membuat andaian itu dan ini sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar mengajak kita untuk berhati-hati dan peka. Malah majoriti pengguna Facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat itu kecuali yang menyertai skim ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan).

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum, boleh saya katakan, kajian sudah dibuat dan kami gagal menemui bukti untuk menyokong andaian pihak yang membuat andaian. Jika dikatakan: “Bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pengurusan Facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap,” maka jawapannya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama itu. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak ia mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara juga aktiviti lain.

Ini kerana, larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam iaitu yang beragama Hindu, Kristian, Buddha dan sebagainya. Penjual terbabit juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap, akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti jelas. Oleh itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukumnya adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun Facebook. Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syubhah di ketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian satu persatu.

4. Hak peribadi pengguna Facebook dijajah? Ini mungkin ada benarnya, selepas saya menghabiskan bacaan polisi hak peribadi yang terkandung di dalam web Facebook, ia memberi gambaran bahawa gambar, maklumat dan segala yang terkandung di dalam Facebook kita boleh wujud juga di akaun Facebook orang lain yang dikongsi dan saya yakin pihak Facebook juga mempunyai simpanan data terbabit. Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan penggunaan Facebook sebagai haram. Apa yang perlu adalah kawalan dan had.

KESIMPULAN

Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut:

1. Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lainnya.

2. Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkan TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram.

3. Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan:

a. Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c. Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook itu sendiri.

d. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e. Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

f. Tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

g- Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan maklumat peribadi kita jika tidak dikawal. Pangkalan data sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Hatta, parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu terkini sebagaimana Facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan. Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna Facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Jika terdapat unsur syubhah sekalipun, ia diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook itu.

- HARIAN METRO


aku pun tak bace abis lg...


perkara yg meyumbang kpd pembuangan masa kat FB.. aku punya kebun.. haha

Isnin, 25 Januari 2010

Asam di gunung, ikan di laut
Dalam hidangan bertemu jua
Pasti yang tersurat
Terbukti akhirnya

Asalnya bayang dari cahaya
Ada bayang zahirnya kita
Ada segala asalnya dia

Hmmmm... dialah cinta
Kasihnya kita bina selamanya
Bersaksi... nafas
Diam terhenti

Kasihnya kita misteri, misteri
Nampak berbeza
Hakikatnya serupa

Kau dan aku rela merasai
Pahit manis cinta di duniawi
Hidup mati jodoh dan pertemuan
Satu jalan dan satu pegangan
Takdirnya... Tuhan... menentukan

Kita diajar mengenal cinta
bukan seribu janji, dan seribu kata
kaulah nurkasih ku satu
Yang kunyanyikan sejak dulu
Diruang azali dan ini
Tetap bersatu oh... oh...

Sindiran dan cacian tak tertepis
Bagai angin yang datang
Tergoncangkah imanmu kerna cinta
Yang terpancar cahaya pasti nyata
Kekal abadi... ke syurga...

slam-satu jalan satu pegangan

mls nk taip da...
copy paste jew

Sabtu, 23 Januari 2010

bace dri bwh ke atas

ɐlɐlɐl ˙˙˙ƃuoʇ ƃuıʇ ˙˙˙ɐp ƃuıuəd ɐp nʞɐ ˙˙˙əɥəɥ ˙˙1 ƃl ʞəɯɐ ʞɐʇ ıƃnɹ ˙˙1 ƃl ɥɐqɯʇ ʞɐu dʇ ˙˙ʍəɾ 4 ʞəɯɐ ˙˙˙nɹɐq ɯəs ˙˙ɥədɯɐɥ ɯɔɯ ˙˙sɐlʞ əpʞɐʇ nƃƃuıɯəs ɐl ɐp ˙˙ʇsəq ʞɐʇ dʇ ɐlɐlɐl ˙˙˙əɹıqɯəƃ ʞɐɹosɹəq nʞɐ ɐl əsʞɐdɹəʇ ˙˙ıopɐ ˙˙˙ɐl əɾ 2 uɐƃu 1 ʇɐʞƃʇ ˙˙˙əʇɐʌouəɹ uɐunƃuɐq ˙˙ʍəʎu ʞɐʇ əuɐɯ ˙˙sɐlʞ əpʞɐʇ nʞɐ ʍəʎuəsɐɹ nƃƃuıɯəs ˙˙ʞılɐqɹəʇ ıu əpuq ƃʎ ƃɹoʞ ʇɐʞ ʞnɾunʇ ʞɐu əɾ əɾɐs ˙˙˙ɯnʞıɐlɐnɯɐlɐssɐ ˙˙ʞıləd ƃuılɐd ʇsod ıu ʇsod

Khamis, 21 Januari 2010

kehancuran kita

bnde ni aku copy dan paste dri blog org.. trimas tuk die..
http://bahterawawasan.blogspot.com


Para setan-setan memanggil ini sebagai konvensyen di seluruh dunia iblis. Dalam pidato pembukaannya ia berkata, "Kita tidak bisa menjaga orang yang hidup bertuhankan yang maha esa daripada pergi ke rumah-rumah tuhan mereka. Kita tidak bisa mencegah mereka membaca kitab-kitab dari tuhan mahupun utusan tuhan mereka dan mengetahui kebenaran. Kita bahkan tidak bisa mencegah mereka membentuk hubungan baik dengan penyelamat mereka. Begitupun mereka mendapatkan hubungan dengan para alim di antara mereka maka akan rosak kuasa kita atas mereka . Jadi biarkan mereka pergi ke rumah-rumah tuhan mereka; biarkan mereka menikmati juadah makan malam mereka tetapi curi waktu mereka, sehingga mereka tidak punya waktu untuk mengembangkan hubungan yang nyata dengan para alim ulama mereka. "Ini adalah apa yang saya ingin anda lakukan", kata si setan. "Alihkan mereka daripada kebenaran yang sejati dari memelihara hubungan yang amat diperlukan sepanjang hari!" Bagaimanakah kita akan melakukan ini? "Teriak Syaitan." Buat mereka sibuk di waktu terluang mereka dan mencipta tatacara hidup yang tak terhitung jumlahnya untuk menduduki fikiran mereka, " dia menjawab ;

1.. Menggoda mereka untuk belanja, belanja, belanja, dan meminjam, meminjam, meminjam.

2.. Memujuk para isteri untuk pergi bekerja selama berjam-jam dan para suami untuk bekerja 6-7 hari setiap minggu, 10-12 jam sehari, sehingga mereka mempunyai gaya hidup mereka yang kosong.

3.. Jauhkan mereka daripada menghabiskan waktu bersama anak-anak mereka. Sebagai memecahkan keluarga mereka dan jadikan rumah mereka sebagai tiada jalan keluar daripada tekanan kerja!

4.. merangsang minda mereka sehingga mereka tidak bisa mendengar bahawa 'masih ada suara kecil yang memanggil mereka.

5.. Memujuk mereka untuk memainkan radio atau pita rakaman mahupun cd tatkala saja mereka memandu ...dan terus menjaga akan TV, VCR, CD ,DVD dan PC mereka terus-menerus di rumah mereka dan memastikan bahawa setiap kedai dan restoran di dunia bermain muzik yang tidak berunsur keagamaan terus-menerus. Ini akan selasai permasalaahan fikiran mereka dan memutuskan ingatan mereka kepada pencipta mereka.

6.. Isi meja kopi dengan majalah dan surat khabar. Pikulkan fikiran mereka dengan berita 24 jam sehari. Menyerang mereka saat memandu dengan carta lagu kegemaran mereka . Banjiri peti surat mereka dengan junk persuratan, mail order catalog, loteri, dan segala macam surat berita dan promosi percuma menawarkan produk, perkhidmatan dan harapan palsu.

7.. Tetap kurus, model cantik di majalah dan TV jadi suami mereka akan percaya bahawa keindahan lahiriah yang penting, dan mereka akan menjadi tidak puas dengan isteri mereka.

8.. Menjadikan isteri mereka terlalu lelah untuk mengasihi suami mereka di malam hari. Beri mereka sakit kepala juga! Jika mereka tidak memberikan apa yang suami mereka perlukan, mereka akan mula mencari di tempat lain. Yang akan memecahbelahkan keluarga mereka dengan cepat!

9.. Berikan mereka model pejuang untuk mengalihkan perhatian mereka dari mengajar anak-anak mereka arti pembela agama yang sebenarnya.

10.. Memberi mereka kelinci Paskah sehingga mereka tidak akan berbicara tentang kebangkitan dan kuasa atas dosa dan kematian.

11.. Bahkan dalam rekreasi, biarkan mereka menjadi berlebihan ... setelah mereka kembali daripada rekreasi mereka kelelahan. Jauhkan mereka terlalu sibuk untuk keluar di alam dan merenungkan ciptaan tuhan. Hantar mereka ke taman hiburan!, Kegiatan sukan, drama, konsert, dan filem sahaja.

12.. Jadikan mereka sibuk, sibuk, sibuk! Dan ketika mereka bertemu untuk persekutuan rohani, mereka akan meninggalkan dengan hati nurani bermasaalah.

13.. Bagi mereka yang menolak semua godaan televisyen dan kegiatan duniawi, sogokkan hidup mereka dengan begitu banyak alasan yang baik bahawa mereka tidak punya waktu untuk bermohon pada tuhan. Segera mereka akan bekerja dengan kekuatan sendiri, mengorbankan kesehatan mereka dan keluarga demi kebaikan penyebabnya.

" Ia akan berhasil! Pasti akan berhasil!! "

Itu hanya rencana! Setan-setan pergi dengan penuh semangat untuk tugas-tugas mereka di mana-mana menyebabkan manusia kini tidak mempunyai masa untuk Tuhan mereka atau keluarga mereka, dan mempunyai sedikit atau tidak ada masa untuk memberitahu orang lain tentang kuasa tuhan untuk mengubah kehidupan. Saya kira pertanyaannya ialah, syaitan telah berjaya di dalam perancangannya ? Anda menjadi hakim! Adakah anda "sibuk" .

Rabu, 20 Januari 2010

Nikah Khitbah : Solusi Masalah Cinta Remaja



Nikah Khitbah : Solusi Masalah Cinta Remaja

Oleh : Ustaz Maszlee Malik

Selepas Majalah I sudi menerbitkan artikel “Cinta anta dan anti” penulis menerima banyak maklum balas. Sama ada melalui sms, panggilan telefon, emel dan juga pertanyaan-pertanyaan. Apabila majalah I bulan Mac pun turut memaparkan reaksi para pembaca mengenai artikel tersebut, persoalan ini semakin popular. Terdapat juga pertubuhan-pertubuhan di IPTA dan IPTS menjemput penulis untuk berbicara “soal cinta”. Walaupun bukanlah seorang pakar dalam hal ini, namun pengalaman yang dilalui sepanjang enam tahun menjadi pensyarah IPT turut mendorong artikel tersebut dihasilkan.

Antara soalan yang biasa diajukan kepada penulis berkaitan artikel “cinta anta dan anti” ialah: “Apakah kesudahannya?” atau “Apakah penyelesaiannya?” Artikel tersebut seolah-olah tergantung, dan ramai yang begitu ingin mendapatkan jawapannya.

“Ustaz, jangan biarkan kami terawang-awang begini, berikanlah penyelesaiannya!”, antara bunyi sms yang pernah diterima. Mudah-mudahan nukilan ini cuba memberikan alternatifnya.

Akibat Kurang Bercinta

Ketika ada yang bertanya punca siswa dan siswi Melayu kurang cemerlang di IPT, saya jawab dengan mudah: “Mereka kurang bercinta!”. Tentu ramai yang tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut. Mereka lantas mengungkit teori saya bahawa ramainya pelajar Melayu gagal di IPT adalah kerana gejala “coupling”. Saya menegaskan bahawa memang “coupling”lah yang menjadi faktor utama kegagalan pelajar-pelajar IPT, tidak kira Melayu atau bukan. Coupling hanya menghabiskan masa, duit, perasaan dan juga tenaga intelektual yang mereka ada. Coupling hanya membawa kepada kegagalan, kecuali coupling yang halal, iaitu menerusi perkahwinan! Lihat sahajalah laporan akhbar kosmo mengenai kegiatan seks luar nikah dan juga aktiviti pengguguran para siswi IPT di ibu kota.

Cuma bercinta dan coupling adalah dua benda yang berbeza. Bercinta yang dimaksudkan ialah proses percintaan yang sebenar. Cinta yang suci dan bersifat positif dan jauh dari pencemaran maknanya yang hakiki. Cinta yang difahami oleh kebanyakan orang dewasa ini adalah “nafsu” dan bukannya cinta. Cinta telah ditukarkan kepada nafsu oleh idealogi materialisme dan juga liberalisme yang berjaya menjajah pemikiran manusia dewasa ini. Cinta sebenarnya bersifat suci dan positif serta jauh dari nafsu. Sayangnya apabila manusia gagal memahami erti cinta, mereka telah menjadikannya sesuatu yang taboo, negatif dan juga tidak suci lagi.

Coupling pula, walaupun dari segi literalnya bersikap neutral, tetapi telah dikotorkan oleh idealogi liberal yang menjadikannya hanya sebagai definisi kepada perhubungan intim dia insan berlaina jantina sebelum berkahwin. Mengikut tafsiran coupling yang difahami oleh ramai orang dewasa ini, ia bukanlah bercinta, tetapi lebih kepada “melayan nafsu serakah” semata-mata.

Cinta yang dimaksudkan di sini ialah cinta suci. Cinta kepada Allah dan Rasul, cinta kepada agama Islam, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada Negara dan juga cinta kepada pasangan suami atau isteri. Cinta akan menjadi unsur motivasi dan penggerak, dengan syarat ia adalah cinta sejati!

Khitbah Bukan Tunang

Salah seorang remaja dari salah sebuah IPT di Gombak pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”.

Penulis menjawab: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal…iaitu bernikah!”.

Jika diutarakan persoalan nikah, ramai yang akan memberikan respon yang skeptic. “Mana ada duit!”, “Nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak bapak tak kasi!”, “Nak tinggal di mana?”, “Mana ada kerja lagi!”, “Diri sendiri pun tidak terjaga!” dan pelbagai alasan lagi. Mengapa mereka boleh mengemukakan alasan-alasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.

Apakah “khitbah”? Jika diterjemahkan secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak.

Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung”. Bukankah bunyinya amat mengerikan?

Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan para siswa dan siswi kampus yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.

Khitbah di IPT

Jika pelbagai alasan yang dikemukakan demi mengatakan bahawa bernikah di alam kampus itu mustahil, maka khitbah adalah solusinya. Kedua-dua pasangan tidak perlu duduk sekali, tidak perlu mencari rumah berasingan, tidak perlu menanggung satu sama lain, tidak perlu makan lebih,tidak perlu membeli peralatan rumah dan perabot-perabot. Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.

Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di IPT-IPT seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengangguran di IPT-IPT Lembah Klang sudah cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus kea rah maksiat dan nafsu.

Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.

Kebanyakan ibu bapa menyuarakan kerisauan mereka terhadap kemungkinan anak mereka akan hamil dan ia sudah pasti mengganggu pembelajaran. Penyelesaian untuk perkara tersebut amat mudah. Pasangan itu sendiri perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan pelbagai cara untuk mengelakkan kehamilan sewaktu belajar. Adalah amat naïf bagi mereka yang hidup alaf baru ini tidak mengetahui cara untuk mencegah kehamilan. Jika kaedah pencegahan tersebut gagal, dan dengan izin Allah, pasangan tersebut terpaksa menghadapi fasa kehamilan, maka sokongan ibu bapa amat diperlukan.

Risiko

Seperkara yang perlu diingat, perkahwinan di kampus ini juga tidak sunyi dari risiko. Adalah terlalu silap untuk menyangkakan semuanya indah belaka tanpa sebarang cabaran. Pernikahan di kampus hanyalah salah satu penyelesaian untuk masalah perhubungan bebas di antara jantina dan juga salah satu kaedah rawatan untuk gejala maksiat di IPT. Sekurang-kurangnya, walaupun ia berisiko, namun ia masih dapat mengelakkan risiko yang lebih besar. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang tidak terlibat dengan gejala berpacaran, serta boleh mengawal diri dan nafsu, adalah digalakkan untuk mereka hanya menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Cadangan nikah kampus atau nikah khitbah ini hanyalah untuk mereka yang tidak mempunyai ketahanan jiwa dan keyakinan diri yang mantap untuk menghadapai cabaran semasa yang begitu menggila. Akhirnya kepada para siswa dan siswi kampus dan juga para aktivis di universiti, walau apapun tindakan yang diambil, pastikan mardhatillah menjadi matlmat utama!


copy dan paste..

betul jugak ape yg dikatekan... yg penting adelah mentaliti kite sndiri... sebagai org islam

Selasa, 19 Januari 2010

tagged

curik org punye

Adakah anda rasa anda hot ?

panas hati



Upload gambar kegemaran anda


of coz la my cat... lol

Bila kali terakhir anda makan pizza ?
domino tak sedap, pizza da biase.. tp da lame tak mkn
[kene jwb]



Lagu terakhir yang anda dengar ?
semoga kau mengerti-slam



Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ?
muka buku.. muka buku... muka buku..... mkn.... lol


Selain nama sendiri , anda dipanggil nama apa ?
pere (diambil dri name pierre andre, muke same,, same la sngt)
lol



Tag lagi 6 orang
  1. umi
  2. abi
  3. membe umah (9 org terus.. mls nak sebut name dorg)
  4. pka
  5. membe ym (ramai,.. mls nak sebut jgk)


Siapakah orang no. 1 pada anda ?
my BELOVED MOTHER... UMI..
love you sgt2 UMMI


Kata sesuatu mengenai orang no. 5
kalo jodoh kite pnjang.. harap dpt jumpe korg semue




No. 3 ada hubungan dengan siapa ?
tak tau.. nak.. tnye la dorg sndiri



Bagaimana pula orang no. 4 ?
i will keep you in my heart always



Pesanan kepada orang no. 6 ?
takde plak no 6... haha



Apa kelebihan anda nampak pada orang no. 2 ?
ayah aku walaupun tak de keje.. tp die lah tmpat aku slalu bergantung.. bile aku da rase cam putus harapan...(duit la tu)
lol



tag name yg aku knal...


muiz, arip, lorin, mamat, zul, darul, ayie, farid, shahril, sharul, shah, alip, along, amin, daus, acik, apis, aaaaaaaaaaa,,,, pka, izzah, ena, nana, lina vavavoom, en pisang, asiah, sarizawa(bego) ct, fad, seha, azhana, syuhada, lea asnawi(permintaan die)
dr daren,

ramai lg.. mls nak fikir da...

lol

Isnin, 18 Januari 2010

alkisah.. t**k...

rasenyew kalo korg bace blog aku..
kompem korg tau siape aku...
lol..
mane tak nyew...
aku asek tulis psl diri aku jew...

lepas ni aku da kurgkan tulis psl diri aku...
ramai gak ek pengsekodeng aku..
tak kisahla.. hidup yad (kate korg)
lol

anyway...
jgn difikir derita yg akan berpanjangan...
kelak akan membawa putus asa pd tuhan..
(bak kate lagu nasyid kehidupan)

so..
aku akan fokus kpd isu semase..
politik???
tak main la...
agama??
aku akan mintak kepastian dan bukti sahih baru leh publish..
diri??
skit je la


sory kwn2... kwn2 sory.. ayat da terbalik... korg akan slalu nmpak la ayat camni nanti


sian kat mak aku... eksiden ari tuh...

my new face with rambut yg dipotong
jgn ckp ape2.....

Ahad, 17 Januari 2010

apabila berada di bwh ketiak mak

assalamualaikum..

wahai teman2 yg aku hormat skalian..

pade hari khamis lepas aku ade la balik umah..
jguk parent aku semue.. parent ory, parent angkat.. sume jumpe.. just step mother je tak jumpe..
(org ckp step mother ni jht... ha... betul la tu,,, yg korg tak tau.. haha)


aku balik jumpe la parent aku.. da lepas jumpe.. aku mcm biase.. melekat and menebeng kat umah bersame mak aku..

berite2 yg pns slepas aku balik..

i)adik aku yg kecik skali da sunat dan dihantar ke skolah beragama.. waw...
ii)mak aku eksiden lggr bontot kete org... tp die tade pape
iii)ayah aku mcm biase.. selang seli.. hari ni kat umah mak aku.. esok kat umah mak tiri aku..

alkisahnyew.. pd hari kedue aku da keluar da.. pegi umah membe aku.. mak die mak angkat aku.. so.. ape de hal... aku pun tdo la umah die.. tggla la mak aku bersame adek aku yg lain.. hari kedue ek.. hari pertame aku da tdo kat umah dah..

bile kat umah mak angkat.. mcm biase la.. besar kan diri.. and.. ptong rambut(ikut permintaan die.. siape die.. ehem2... wuhaaaaaaa!!) mkn and tdo.. unfortunatenly, aku bwk laptop aku yg penuh ngan game.. sernok korang main game ek... takpe2.. main2.. aku bg... igt slamat la kalo smpai umah die... mane tak nyew.. bile kat umah adik aku bantai main.. bepppppppppppp!!!!!!!....

smbung citer.. tp mlm tu kami ade la lepak2 kat taman smbil mkn ayam beli kat tesco.. air mineral botol besar.. pergh... selera beb.. walaupun ade anjing kat situ... aku, membe aku name fuad and muaz.. 3 org jew... laki sume... tak caye ade gmbar.. tp kat membe aku.. x sempat nak tranfer... aku plak mane nak dpt gmbar2 camtu gune nset aku... almaklumlah.. nset jenis skrin itam putih..

kemudian esoknyew pd hari sbtu ptg aku pun pulang ke pangkuan keluarga.. syg kat mak aku... mlm tu trus landing... mls nak fikir2 dah... tp adik aku la mengadap laptop aku.. jhnm2.. biarlah.. sekali sekale.. bukan slalu aku balik pun... ha.. main2... takpe2.. aku bgi... esok aku belikan lg 8 tuk korg...

rutin aku bile balik rumah..
inilah die....


jgn tak caye...
inilah die...


aku sebenarnyew kene tolong mak aku msk.. hehe.. jgn tak caye.. mmg da rutin.. muke aku yg slalu tolong mak aku..




mkn tme..
menu
nasik putih+ikan goreng+ubi ngan labu msk lemak+ikan masin
air kelape..



kucing aku yg tau2 da amek kpale ikan gorng dlm pinggan yg aku tgh mkn.. lahanat



buat muke tak bersalah dan nak kene penyepak...
da kenyang camtu la...








kete mak aku yg eksiden... da byr gnti rugi da kat org tu.. sian mak aku



miss diorg... rase berat je nak tggl kan diorg semue....
walaupun perangai mcm setan(adikbradek aku)

tp lg berat tggl laptop kat dorg.. haha

sehingge update lg..
adios

Isnin, 11 Januari 2010

tak tau nak tulis pe....

hati aku sakit kembali...
tak tau knp..

mybe aku lupe ngan Allah..

aku lupe ngan Allah..

ya Allah.. ampunkanlah dosa2 ku..

jgn jadikan aku diantara org2 yg lalai.. sedarkanlah aku semula..

aku sgt memerlukan petunjuk darimu ya Allah

Sabtu, 2 Januari 2010

ape aku dah tue????



2/1/2010

tarikh keramat bg makcik2 kat luar tu yg masih single lg.. mane tak nyew anak bapak aku (mmg la bpk aku takkan bpk korg) ni da meningkat umurnyew kpd 22... adakah aku da tue.??? baguslah kalo makcik2 kat luar nak jdikan aku sebagai menantu.. tp kalo jdkan laki... argh... tanak aku...



mlm tu aku mcm nak duk bilik jew mengadap facebook aku yg aku kalo tgk lame2 mcm da sebijik cam muke aku jew gmbar kat profile aku tu... ae??? teruskan cerite.. dalam kul 12 diorg serbu bilik aku.. maka terkejut beruklah si roommate aku.. die plak yg excitet(camne tah eja).. rupenyew diorg buat surprise kat aku... hapy birthday to aku..


hmm.. terharu aku.. cam nak kencing je rasenyew tme tuh.. ye la.. aku mmg thn kencing tak buang2 dri aku duduk mengadap bnde tu.. nak dipendekkan citer.. diorg beli kek sekeret resepe merepek sepotong.. kecik jew.. tak byk.. tp syukurlah.. bleh kongsi ramai2 lg.. (tp ade plak bdk yg excitet, roommate aku gak, pale ho kau... igt ko smart)


muke yg kepenatan lyn bdk2 yg buat surprise kat aku... tak tau la penat buat pe.. tgh mlm kan.. hehe






membe cine satu umah.. bdk sbh.. korg jgn plak fikir yg bukan2... aku ni straigth la... nak ade makwe.. single lg tau.. sape nak kat aku tggl la no tepon.. hehe





muke yg tak leh blah.. bersyukurlah dgn ape yg ade.. muke aku mmg sampo pun..



anyway... thanks to all my friend yg wish kat aku.. and to all my housemate. i really apriaciete(sory,, inggeris aku mcm sampah skit) what have you done in that night..
thanks dude.. u all my friend till i lost my last breath.. mcm gempak je ayat..


kpd makcik2 kat luar tu.. kalo tuk anak makcik saye terime.. tp agak2 la kalo nak bg pun.. mesti la yg smart seperti saye.. mcm haram(da lame tak gune ayat ni)

till i update my blog again

adios

assalamualaikum



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

iklan aku x phm

nyanyi jom awak