assalamualaikum

Isnin, 15 Ogos 2011

wanita


Wahai wanita sekelian...renungilah kejadian mu dari kesunyian Adam a.s. maka terciptanya Hawa a.s. Wanita adalah ciptaan Allah swt sama seperti lelaki. Kedatangan Islam telah meletakkan darjat wanita di tempat yang mulia. Tidak ada peradaban lain di dunia ini yang memperlihatkan kemuliaan wanita melainkan Islam.

    Penciptaan wanita bermula dari Hawa a.s. Beliau dicipta dari tulang selangka kiri Nabi Adam a.s. Kenapa diciptakan makhluk bernama wanita? Kerana lelaki akan kesunyian tanpa wanita seperti mana yang Nabi Adam alami ketika berseorangan di syurga dahulu.

   Dan di antara ayat-ayatNya (keterangan tentang kekuasaan dan rahmat Allah), bahawa Dia (Allah) menciptakan isteri-isteri kamu daripada diri kamu, untuk kamu, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dijakanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan (Ar-Rum:21)

   Wanita mempunyai peranan yang sama penting di dalam kehidupan di muka bumi ini. Di dalam al-Quran sendiri telah diturunkan surah yang khusus mengenai wanita iaitu surah an-Nisaa'.

   Malah ada kata-kata bijak pandai mengatakan, "seorang lelaki yang hebat itu pasti ada wanita di belakangnya." Wanita itulah ibunya ataupun isteri kepada lelaki tersebut.

   Nabi saw juga ketika menyampaikan risalah Islam kepada manusia, kesemua isteri-isteri baginda serta anak-anaknya khususnya Sayyidatina Fatimah menjadi watak-watak yang penting dalam penyebaran dakwah khususnya di kalangan wanita.

  Orang yang mententeramkan Nabi saw ketika turunnya wahyu pertama, yang mula-mula beriman ketika manusia dalam keadaan kafir, yang membenarkan baginda ketika difitnah, yang banyak membantu dengan harta ketika tiada manusia lain yang membantu itulah dia seorang wanita yang dinamakan Sayyidatina Khadijah ra.

    Dari wanita, lahirlah seorang pemimpin agung. Dari susuan seorang wanita juga lahirlah manusia yang intelek. Dari asuhan dan tarbiyyah seorang wanita juga lahirlah manusia yang bertaqwa.

   Tangan yang menghayun buaian juga boleh menggegarkan dunia. Tetapi adakah semua wanita itu boleh menggegarkan dunia seperti mana Masyitah mampu menggegarkan singgahsana Firaun laknatullah itu?

   Sesungguhnya dengan agama sahaja wanita itu boleh menggegarkan dunia. Seorang lelaki yang hebat itu dilahirkan oleh wanita yang hebat juga. Mereka itu adalah wanita yang menundukkan pandangan mereka, menjaga aurat mereka, memelihara malu mereka, yang memelihara perilaku mereka serta patuh dan tunduk kepada semua tuntutan yang telah disyariatkan.

     Aurat merupakan antara perkara utama yang perlu dijaga oleh seorang wanita Islam. Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: "Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadis riwayat Baihaqi)

Hadis ini menunjukkan betapa besarnya tarikan wanita terhadap seorang lelaki.

   Sesungguhnya makanan yang sentiasa tertutup itulah yang akan menjadi rebutan berbanding dengan makanan yang terdedah dan tidak tertutup. Makanan yang terhindar dari pencemaran jugalah yang akan memberikan kekuatan pada tubuh manusia.

   Ingatlah wahai wanita, lelaki yang jahat itu sentiasa melirikkan matanya di setiap inci bahagian tubuhmu yang terdedah. Nafsunya sentiasa mencari jalan untuk melihat wajah, serta lenggok dan bentuk tubuhmu yang menawan. Sesungguhnya tubuhmu itu adalah hak bagi suami mu sahaja.

  Ingatlah wahai wanita, sesungguhnya kejahatan yang engkau lakukan pasti akan menarik 4 golongan lelaki yang lain bersama ke dalam neraka. Iaitu ayahmu,suamimu,anak lelakimu serta adik-beradik lelakimu. Sedangkan kejahatan lelaki itu tidak akan menarik seorang wanita pun bersama mereka ke neraka.

  Ingatlah wahai wanita, kepanasanmu bertudung, longgarnya pakainmu, panjangnya lengan bajumu, panjangnya sarung kakimu, sopannya tingkah lakumu serta ketabahanmu menjaga syariat Islam itu ganjarannya syurga di akhirat kelak.

   Kebaikan itu adalah elok budi pekerti. Dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam diri engkau dan engkau benci bahawa dilihat oleh manusia kepadanya (Riwayat Muslim)

Ibn Umar ada berkata, "Kebaikan itu mudah, muka yang berseri-seri dan perkataan yang lemah lembut."

Abu Darda' pernah menyebut, "Kebaikan itu dalam ketenteraman, dan kejahatan itu dalam keraguan"

   Pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa. Adakah seorang wanita itu menjadi harapan kepada bangsa sekiranya auratnya tidak dijaga dengan sempurna, perilaku akhlaqnya memualkan sesiapa yang melihatnya? Wanita yang tidak memelihara agama itukah yang bakal melahirkan generasi-generasi akan datang yang akan menyambung mata rantai perjuangan Rasulullah saw?

  Sesungguhnya al-Quran dan Sunah Rasul telah menunjukkan jalan untukmu wahai wanita. Segalanya terpulang kepadamu untuk memilih jalan Maryam, ibu kepada Nabi Isa as, ataupun jalan Ummu Jamil, isteri kepada Abu Lahab.


   Namun sekiranya syurga itu impianmu, maka ketahuilah jalan ke syurga itu penuh dengan pelbagai kesusahan yakni engkau perlu mengawal kehendak nafsumu yang menggoda. Sekiranya, neraka itu cita-cita mu, maka ketahuilah sesungguhnya jalan ke neraka itu dihiasi dengan keseronokan-keseronokan yang bersifat sementara .


"Bagi wanita-wanita yang memelihara dirinya dan menta'ati
suaminya, segala makhluk, burung yang terbang, ikan di laut, malaikat di langit, matahari dan bulan dan lain-lain memohon keampunan Allah untuknya.

Dirimu terhias sebagai sebaik-baik ciptaan, maka jadikanlah dirimu nisa' yang boleh menjadi mujahidah,jihad di jalan Allah, Jadikanlah dirimu antara fatayat yang dijulang..cantik dipandang, tetapi susah untuk dipegang, jadikanlah dirimu gadis manis yang tidak pernah kalah dengan redup panahan mata adam.. Biar nafsumu hidup dalam tarbiyyah d jalan da'wah bertintakan darah dan air mata perjuangan, dititip atas warkah penuh kemuliaan dan dikirimkan utk menuju Tuhan..

Selasa, 9 Ogos 2011

lelaki


Aurat lelakiku

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An Nuur-31)

Maka bertebaranlah firman Allah di atas ini di alam maya (internet). Maka ramailah jejaka-jejaka yang dikategorikan sebagai ustak-ustak yang sangat lebong. Maka mereka ini pula di cop dan dibenci oleh sebilangan wanita yang tidak suka cara mereka menegur para-para mujahidah ini. Maka teruslah para-para mujahidah ini bergelumang dengan keadaan tidak tahu menahu tentang syariat sebenar menutup aurat. Maka teguran yang agak keras yang diberikan oleh ustak-ustak lebung ini menjadikan ustak-ustak ini terus dengan kekerasan dalam menegur para mujahidah. Maka kedua-dua pihak tidaklah rapat dengan Tuhan bahkan jauh. Maka itulah yang berlaku sehingga kedua-duanya bertaubat, sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Maka tulisan ku makin mengarut.

Bila sahaja jari ini ingin mencari syariat sebenar tutup aurat di dalam internet, maka kebanyakan yang keluar adalah firman Allah di atas. Dan hasil pencarian mendapati kebanyakan ayat yang menegur lebih kepada ayat penegasan dan arahan sendiri daripada penulis-penulis blog, cerpen, forum dan sebagainya. Ingatlah wahai teman-teman sejantinaku, para mujahidah ini tidaklah sukakan pada kekerasan arahan. Mereka perlulah di asuh dengan lembut, itulah wanita. Takkan lurus sesuatu yang bengkok dan takkan teguh lengkungan yang disentap.

Fitrah wanita itu pada kelembutan, malu wanita itu sesuatu yang sangat-sangat berharga. Maruah wanita itu hanya Allah yang maha menilai. ALLAHURABBI. Maka tegurlah para mujahidah akhir zaman ini dengan kelembutan, bukan dengan kekerasan. Pada Allah itu sendiri yang maha lembut. Bersyukurlah wahai wanita.

Pada asalnya, perihal artikel aurat yang ada pada alam maya ini tidaklah menyakitkan hati wanita tetapi lama kelamaan artikel yang ada semakin keras dan agak tidak menjaga hati para wanita. Keadaan ini menyebabkan wanita sangat-sangat tidak menghormati pada lelaki-lelaki yang membuat nota itu kerana teguran yang agak kasar. Mungkin pada lelaki itu, itulah cara sebenar untuk menjadikan wanita itu kembali pada fitrah sebenar. Sangkaan mereka adalah meleset sama sekali. Sekian.

Untuk menegur para wanita itu, tidaklah dengan kekerasan. Kerana fitrah wanita itu lembut. Perkara utama yang perlu dilakukan oleh lelaki itu adalah ‘LELAKI ITU SENDIRI KEMBALI KPD FITRAH’. Bukan hanya pada wanita itu, lelaki itu juga amatlah perlu kepada fitrah kejadian sebenar lelaki. “ehh.. aku ni memang dah lelaki” kata mereka tidak puas hati. Lelaki perlulah tahu apa itu wanita dan apa fitrah wanita dengan mendalami fitrah lelaki itu sendiri. Kebanyakan lelaki (tidak semua) yang membuat artikel-artikel kondem wanita hanya tahu menghentam kaum yang berlawanan jenis. Padanya mungkin dia sudah penat melihat wanita-wanita zaman sekarang tidak kembali kepada fitrah. Sedangkan pada waktu lelaki itu mengeluh tentang wanita yang dilihatnya mungkin hanya memakai seluar pendek (berkemungkinan sahaja).

Pada masa yang sama si lelaki itu hanya hebat di alam maya dan tidak di realiti. Cuba beri peluang lelaki-lelaki yang hebat berkata-kata di alam maya terutama dari segi aurat-aurat wanita ini menegur para wanita yang dilihatnya tidaklah pada fitrah.. . . . . . . . . . . . . . . .  saya masih menunggu jawapan wahai lelaki.

Oleh itu, lelaki perlulah kembali dahulu ke fitrah. Dan jika dilihat pada firman Allah dalam surah An Nuur itu. Lihat pada ayat sebelumnya

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." (an Nuur 30)

Makanya, tidaklah dilihat kebaikan seseorang itu melainkan jika seseorang itu beriman. Perghh. Lelaki hebat dalam hidup adalah lelaki yang beriman. Wahai kaum adam, kembalilah kepada fitrah. Itu adalah sebaik-baik jalan untuk kita melindungi wanita dan seterusnya mengembalikan wanita itu kepada fitrah.

Banyak mengarut la aku ni.

Kalau lihat pada firman Allah SWT di atas. Lelaki dahulu yang ditegur. Ini bermaksud lelaki dahulu yang perlu berubah. Ok. Terima kasih

Rabu, 27 Julai 2011

Izinkan saya berzina dengan anak pakcik



Gadis     : Masuk lah dulu, jumpa dengan ayah saya

Teruna  : Boleh ke?

Gadis     : Masuk je lah, saya nak siap
              
Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengaluka-alukan kedatangan si Teruna.

Teruna  : Assalamualaikum.
Bapa G  : Waalaikumusalam.
              
Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

Gadis     : Mari, duduk kat kerusi

Teruna  : eh.
              
Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Bapa G  : nak jalan kemana hari ni?

Teruna  : Bandar je cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak tau lah saya

Bapa G  : oh..

Teruna  : ??
              
Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.

Ibu G      : minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?

Teruna  : ehh. Sudah cik. Terima kasih.

Ibu G      : kamu malu-malu pula dengan kami.

Teruna  : segan cik. Hehe

Bapa G  : bila kamu nak hantar rombongan?

Ibu G      : eh. Apa ayahnya ni?

Teruna  : ehh. Duit takde lagi. Hehe

Bapa G  : kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti

Teruna  : (eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit

Bapa G  : boleh takda masalah

Teruna  : pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?

Bapa G  : kalau boleh 20 ribu

Ibu G      : ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh acik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni

Teruna  : Berapa tu cik?

Ibu G      : dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 keatas pihak lelaki

Teruna  : (amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat, aduh) Tingginya acik, tak boleh rendah lagi ke?

Bapa G  : itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.

               Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.

Teruna  : nak Tanya lagi, kenapa anak acik tak pakai tudung?

Bapa G  : itu kenalah Tanya maknya

Teruna  : (ehh. Boleh pas-pas pulak dah)

Ibu G      : ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak

Bapa G  : saya kan kerja. Mana ada masa

Teruna  : (pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak Tanya lagi, anak acik pandai masak?

Bapa G  : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.

Ibu G      : apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.

Bapa G  : maknya pun sama suka bangun lambat juga.

Ibu G      : abahnya!

Teruna  : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Ehh.. acik sekarang saya da tau. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?

Ibu G      : boleh sikit-sikit kot

Teruna  : kali terakhir bila?

Ibu G      : err. Darjah 1 agaknya.

Teruna  : hmm.

Ibu G      : kenapa?

Teruna  : takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?

Bapa G  : apa motif kamu Tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.

Teruna  : kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?
              
Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.

Teruna  : boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lain lah dia ni hafizah, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar.

               Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami.

               Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.

Bapa G  : tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.

Teruna  : pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?

Ibu G      : tentulah kami berdua pun turut gembira.

Teruna  : yeke? Saya sambung lagi ya. Acik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat.

               Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.

Bapa G  : kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.

Teruna  : ehh. Sory pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.

Bapa G  : camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!

Teruna  : lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?

Bapa G  : hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.

Teruna  : dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda nil ah pakcik. Selalu ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampai pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina.
               Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.

Bapa G  : apa kaitan kamu nak berzina pula

Teruna  : yalah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina.
               Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.

Bapa G  : hmm. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan

Teruna  : hehe. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau.
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32)
Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan.

Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.

Bapa G  : kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.

Teruna  : bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.

Bapa G  : serius lah sikit.

Teruna  : betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu ha. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia.
               insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik.
Sory lah pakcik kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang ngan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je.

               Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi.

               Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.

Ibu G      : apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.

Bapa G  : hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.

Gadis     : takde mood nak pegi la ayah. Ntah

               Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.
               Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis

andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.

“ : )”
petang ni takde mood nak keluar,
Sory.
Minggu depan ayah suruh hantar rombongan.”

“ : ))”


Kisah rekaan semata-mata

Menjelang zohor.
12 julai 2011

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

iklan aku x phm

nyanyi jom awak