assalamualaikum

Sabtu, 3 April 2010

perginya DIN BERAMBOI



perginya lagi seorang seniman dan penghibur negara..

pada jam 12.30 tengah malam.. khamis malam jumaat.. din beramboi telah disahkan meninggal dunia.. dan ramai yang menangisi pemergian din beramboi... din beramboi disahkan terkena jangkitan kuman kencing tikus semasa di lokasi pengambaraan..

Al-Fatihah... semoga rohnya dicucuri rahmat


ape yg aku nak citer kat sini adalah

persoalan tentang meninggal pada hari jumaat malam atau siangnya...
hmm

ade org kate sape2 yang meninggal pada malam jumaat or hari jumaat terlepas dari seksaan kubur. even mak aku sendiri yang kate begitu.. wallahualam.. Allah itu maha besar, rahsia alam hanya Allah yang maha mengetahui.. kite just amek iktibar sahaja..

benarkah meninggal pada hari jumaat akan terlepas dari azab dan siksaan kubur???

dalam kes meninggal hari jumaat ni.. ade hujah yg mengatakan ia dan ade hujah yang mengatakan tidak..

ulama sepakat.. (x tau a die mksudkan jumhur ulama or ulama sahaja)
azab kubur adalah kerana dosa yang kita lakukan semasa kita hidup or ada sangkut pautnya, fikirlah sendiri

Rasulullah SAW bersabda
"barangsiapa yang meninggal pada hari jumaat atau malamnya akan dihindarkan oleh Allah dari fitnah kubur,"

Tanqih Al-qaul, Muhammad bin Umar Nawawy

tetapi hadis ini dikatakan dhaif(lemah) kerana al-Tirmizi menyatakan fitnah kubur itu termasuklah azab dan soalan kubur dan mengaku ianya hadis yang dhaif dan ramai lagi menyatakan ianya dhaif termasuk Ibnu Hajar

tp hadis ni ade sokongan jgk.. iaitu

Rasulullah SAW bersabda
"sesiapa yang meninggal dunia pada hari jumaat atau malamnya, nescaya dituliskan oleh Allah baginya pahala syahid, dipelihara daripada siksa kubur, dengan syarat dia beriman"

Al-Ihya, karangan Imam al-Ghazali

dan sudah terang lagi nyata dlm hadis menyatakan dengan syarat seseorang itu beriman. dan hadis ini merupakan hadis sokongan bagi hadis yang pertama.

namun begitu. ade juga penadapat yang lain yang mengatakan ianya tidak benar, pendapat ini adalah daripada masyitah

Jumaat adalah penghulu segala hari dan mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Mereka yang meninggal dunia pada Jumaat akan mendapat kelebihan hari ini. Sabda Rasululah SAW: “Tiadalah seorang Islam yang meninggal dunia di hari atau malam Jumaat melainkan Allah memeliharanya daripada fitnah kubur.” (hadis marfuk riwayat At Tarmizi)

Hadis sekadar menjelaskan kelebihan Jumaat di mana fitnah kubur akan dipelihara. Namun demikian, ia bukan dalil dan tiada nas menyatakan mereka akan terlepas azab kubur.

Manusia akan diazab berdasarkan amalannya dan bukan hari dia meninggal. Jika begitu, semua orang akan minta mati pada Jumaat kerana akan terlepas azab. Manusia pula tidak dapat memilih hari apa dia akan mati, sebaliknya ia ketentuan Allah, tentu tidak adil bagi mereka yang mati pada hari selain Jumaat.


dan bagi aku... jawapannya adalah... dalam hal2 ghaib ni, kita perlu utamakan hadis yang sahih. dan jawapan bagi aku adalah.. hanya Allah yang maha mengatahui isi alam ini.. yakin dengan Allah dan janjiNya. jika ada siapa2 yang mempunyai hujah yang lebih kukuh silalah kongsi..


semoga kita semua meninggal dalam keadaan husnul khatimah (mati dalam keadaan yang baik).. insyaAllah.. mudah-mudahan

solat pun x cukup... ceh... lalala~



1 ulasan:

lea berkata...

al-fatihah utk din beramboi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

iklan aku x phm

nyanyi jom awak