assalamualaikum

Selasa, 27 April 2010

surat berantai boleh menggugatkan aqidah



soalan


Saya sering menerima surat berantai yang menyuruh penerima berbuat baik seperti berselawat, bersembahyang, menunaikan zakat dan haji serta sentiasa bertaubat.

Surat itu turut menceritakan mimpi Syeikh Ahmad Maeini (yang didakwa penjaga Makam Nabi Muhammad saw) kononnya beliau bermimpi didatangi Rasulullah yang berkata antara 60,000 orang yang mati, tiada satu pun yang beriman.

Si penerima disuruh mencetak 20 salinan dan dihantarkan kepada 20 orang. Dalam surat itu juga menceritakan ‘kebaikan’ yang diterima bagi orang yang mencetak dan menghantarnya seperti keuntungan dalam perniagaan, dinaikkan pangkat atau menerima anugerah.

Sebaliknya orang yang tidak mengendahkannya akan ditimpa malang dan mala petaka. Soalan saya:

  1. Siapakah Syeikh Ahmad Maeini? Adakah dia benar-benar wujud?
  2. Benarkah dalam zaman sekarang antara 60,000 orang yang mati, tiada seorang pun yang beriman?
  3. Bolehkah kita mempercayai surat berantai seperti ini dan mencetak serta mengedarkannya bagi mengelak ditimpa bencana?
  4. Surat berantai ini sama seperti SMS berantai yang menyuruh kita menghantar kalimah al-Quran (yang dieja dalam Bahasa Melayu) dengan tujuan sama. Bolehkah kedua-dua ini diabaikan begitu saja?

Jawapan :

Surat berantai atau surat beracun jika dilihat sebagai surat peringatan untuk orang lain supaya tidak lalai akan perintah Allah dan sentiasa melakukan kebaikan, boleh dianggap sebagai jalan dakwah.

Namun, unsur syirik di dalamnya menyebabkan orang yang mempercayainya menjadi sesat. Unsur syirik itu ialah percaya surat itu ada kuasa tersendiri memberi untung pada yang mencetak dan bala pada yang ingkar mencetaknya.

Ia seumpama tangkal yang ada kuasa memberi kebaikan atau malapetaka dan malang. Sesiapa yang percaya ada kuasa lain memberi kebaikan dan keburukan pada dirinya; ia adalah unsur syirik yang boleh menggugat akidah.

Soal siapa mati dalam iman dan berapa ribu jumlah mereka adalah kuasa Tuhan, tiada keperluan untuk kita mengetahuinya, tetapi lebih baik bersiap untuk mati dalam iman.

Jangan turut serta sebarkan dengan niat mengelak bencana yang bakal menimpa (jika engkar menyebarkannya melalui surat atau SMS) kerana ia mungkin menggugat akidah kita.

3 ulasan:

☻UsaGi NaNa☻ berkata...

btl2...ak setuju..kalo terikut2 sgt da jd syirik..

yad_element berkata...

huhu

BUJANG SUSAH berkata...

Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila klik disini
Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).

"SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

P/S: Sedikit perkongsian dan renungan buat sahabat dan diri sendiri dari hamba yang hina jua serba kekurangan ini... sila klik
DISINI

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis.. Semoga sejahtera dan semoga sentiasa diberi keberkatan.. wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

iklan aku x phm

nyanyi jom awak