assalamualaikum

Khamis, 31 Mac 2011

blog anda

assalamualaikum..

sorry, ter blog walking pagi2 ni..

dalam mencari-cari siape diri anda.. saye terbukak TUMBLR awak..
saje je nak tgk an..
tertarik ngan post awak, anak kembar.. heh.. (dah nak ade anak ke?)

dalam tu tulis, kluar2 anak terus dpt 2 orang atau 3 atau 4 atau 5... waw... pemikiran yg advance..

tp bukan ke anak kembar ni kalo nak ade, kene ikut keturunan..
keturunan memang memainkan peranan penting..

tak kire lah pihak lelaki atau perempuan..
yg penting bile da ade kembar.. maka, berkemungkinan utk dpt anak kembar adalah tggi.. heh..

tapi tu semua kuasa ALLAH, bak firman ALLAH, Kun fayakun. atau kalau dikehendakkan jd begitu, bgitulah jdnye
kite just berusaha, doa dan tawakal...

tp tak mustahil dapat.. insyaAllah..

berusaha!! yeahhh!!!... wuhuuuu!!!

lg satu...
pesan kat parent awak jgn letak wang hantaran tinggi2.. sakit saye nanti.. nak support anak kembar la katekan... yeahhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!



ps: awak keturunan kembar ke? saye x... heh..
ps: termengarut plak pagi2 ni.. adui....

Khamis, 24 Mac 2011

Tuhan Sedang Uji Namun Ada Manusia Ingkar

bik mama: kejadian tsunami di jepun adalah kerana pembangunan jepun yg tidak lihat kpd alam persekitaran, selepas ini jepun jika ingin membuat pembangunan perlu melihat pada aspek persekitaran..

aku: HAHA!!

kejadian tsunami di jepun adalah bala dan teguran daripada Allah kpd seluruh umat manusia, negara maju tak semestinya manusianya maju dari segi rohani, seperti yg kita ketahui, system dan cara hidup di jepun adalah system yang amat tercanggih di dunia. Walaupun satu dunia tahu, Jepun merupakan Negara maju, adakah rakyatnya juga maju?

Persoalan yg menarik. Mari kita kupas satu persatu

Tahukah anda, Jepun merupakan Negara yg mengamalkan seks bebas. Ini bermaksud mereka suka suki hati sahaja melakukan seks di mana sahaja. Ehh? Di mana nilai malu mereka? Di celah mereka la, tp mereka tidak malu untuk menunjukkan nilai malu mereka sehingga nilai malu mereka tiada nilai.

Pernahkah anda, melihat video haiwan laut yg ditangkap oleh org2 jepun? Kalau pernah, mungkin anda tidak mahu saya mengulas kerana video itu sangatlah ngeri kalah video dsai. Heh.


Kenalkah anda, dengan pelakon sensasi porno di Jepun, iaitu Maria Ozawa, sehingga di Indonesia, dia digelar Miyabi.

Persoalan lain, di manakah nilai pembangunan insane yg perlu ada pada setiap org Jepun itu. Walaupun disiplin mereka tinggi mengalahkan org islam kat Malaysia ni, tetapi disiplin mereka terhadap rohani amatlah kurang.


Persoalan yg lain. Tsunami itu sendiri. Asal tsunami adalah daripada proses gempa bumi di dasar laut yg mengakibatkan pergerakan plat2 bumi di dasar laut sehingga mengakibatkan berlaku perubahan terhadap tekanan pada air laut itu sendiri dan akhirnya berlakulah pergolakan air laut yg menujah daripada kawasan gempa itu di persekitaran.
Ayat aku sudah skema

Ape kaitan tsunami dan bala atau teguran. Mmg ianya teguran. Teguran kepada manusia yg lalai, yg tidak tahu mana arah tuju kehidupan. Ehh? Jepun pun ade jugak org yg bagus2 ape?. Memang lah, itulah janji Allah, bala yg diturunkan akan kena pada seluruh kaum itu, yg buat maksiat dan yg tak buat maksiat. Knp yg x buat maksiat pun kene? Jawapan aku. ADA MEREKA TEGUR ORG YG BUAT MAKSIAT ITU UTK BERHENTI MELAKUKAN MAKSIAT??

Itulah salah kite, kite masih lg hidup sendiri2 dan menyombong diri, dan tanak bertegur. Selemah2 iman adalah menidakkan dengan hati.

Tp sebenarnye.. semua ini adalah teguran utk seluruh umat manusia yg melata kat bumi ni.. teguran utk kite berubah.. tp mcm tanak berubah je.. kuang3.. lg satu lepas komen dari bik mama yg pada ketika itu sedang pakai topi pelik.. lg la aku tak caye manusia akan berubah.. berubah tempat duduk kot…

Okelah.. aku nak bg ayat alquran tak reti.. bg hadis lg la tak reti..

So.. aku bg ps je la..

p/s: kalaulah manusia tau sayangnye Allah kat manusia ni
p/s: dah lame aku tak update blog
p/s: tsunami -Bik Mama Cakap Macam Takde Otak-

Jumaat, 18 Februari 2011

mari kita gelak bersama mereka di Segamat

(tajuk tidak menggambarkan isi)

bismillahirahmanirahim.

14 februari 2011

baju itu digosok dengan sekuat hatiku, berus yg di genggam menjadi tanda kekuatan pada diri ini, kelembutan pada pertuturan ini, dan kesengalan pada jiwa ini. baju itu kemudian ku bilas juga dgn sekuat jiwa mengeringkan dengan sekumit tenaga, demi baju itu juga aku akan gunakan utk ke 'OPS VALANTINE SEMPENA ANTI HARI VELANTINE' pada malam ini di Cheras (lubuk tuuutttt). adakah sempat kering baju itu? adakah seluar itu berguna untuk ku di malam hari ini? semoga semuanya dicatatkan hasanah utkku.

aku tidak berjuang, tp aku menimba ilmu, di dalam menimba ilmu itu ada perjuangannya.

dalam kepayahan aku memberus baju itu, terimbau kembali 3 hari lepas, detik pertemuan antara kami semua bertemu dengan para2 ahli banjir di segamat, bersama dengan sukarelawan yang lain.

detik dimulakan

tik

tok

tik

tok

hari pertama: 11 februari 2011

selepas jumaat aku sudah terpacak di kolej aku, termenung seketika sedetik aku terfikir. sudah 3 tahun aku di kolej ini. perit getir berstatus student selama 3 tahun terungkap dlm masa sedetik sahaja, seolah2 baru smlm aku masuk di kolej ini. munculnya zul telah memanggil ku daripada lamunan yg agak lama, (dari pkul 4 sehingga pkul 5 mengelamun)..

menunggu kehadiran mereka merupakan cabaran yang pertama bagiku, tetapi selepas cabaran itu pasti ada manisnya, aku berubah wajah kepada gembira setelah melihat kehadiran mereka yg bagaikan itik pulang ke rumah.

selepas menunaikan solat maghrib, rombongan kami yang terdiri daripada aku dan zul bergerak pula ke sogo dengan harapan bertemu dengan sahabat lain yg terdiri dari muslimah datin yg terdiri daripada.................. lupa .....................

dengan berbekalkan coklat cadbury dengan harapan makan di dalam bas. terlihat pula kelibat muslimah itu,, 4 org. kami bercadang naik bas sahaja dan standby di UIA.. bile aku blaja kat UIA? ape aku buat kat UIA? apakah perkara yg akan berlaku di UIA?

rapid kl menjadi pilihan. dan setibanya di UIA kami menunggu di pondok bas sebelum bertemu di  tangga besar UIA.

tiada apa yg berlaku. hanya kelibat shahmi dan abg faizal yg datang menaiki kereta. kehadiran menggamit kami kerana mereka naik kereta.. ehh.. sebelum berkumpul, kami dicadangkan utk makan sebentar di cafe UIA (2nd tme makan kat situ)

setelah tepat jam 11 malam, kami berkumpul di tangga ini

ketibaan kami di tangga UIA disambut oleh wakil PKPIM, selain dan termasuk juga dengan sukarelawan yang lain. dan.............. setelah diberi taklimat serta ucapan oleh pihak2 PKPIM dan juga ABIM dan juga MRA.. kami bertolak untuk ke segamat..

setelah berhempas pulas di dalam bas... jam 4 lebih kami tiba di pusat pengumpulan sukarelawan di TASKI ABIM.. tiada apa berlaku. stibanya kami di sana. terus tidur.. mungkin terlalu letih duduk di dalam bas mengalahkan driver bas...


hari kedua 12 februari 2011

liat sungguh pagi itu aku bangun.. dan tidur semula sehingga tidak sedar solat subuh,.. nasib ku sungguh baik berbanding apabila dapat bersama jemaah yg lain utk solat subuh, baik sedikit berbanding mereka yg ada masa utk solat tp dgunakan utk tdo.. bla bla bla..

selesai solat.. sedikit taklimat berkenaan misi... rupa2nya misi itu adalah misi membersihkan rumah...

bersambung...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

iklan aku x phm

nyanyi jom awak