assalamualaikum

Rabu, 27 Julai 2011

Izinkan saya berzina dengan anak pakcik



Gadis     : Masuk lah dulu, jumpa dengan ayah saya

Teruna  : Boleh ke?

Gadis     : Masuk je lah, saya nak siap
              
Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengaluka-alukan kedatangan si Teruna.

Teruna  : Assalamualaikum.
Bapa G  : Waalaikumusalam.
              
Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

Gadis     : Mari, duduk kat kerusi

Teruna  : eh.
              
Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Bapa G  : nak jalan kemana hari ni?

Teruna  : Bandar je cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak tau lah saya

Bapa G  : oh..

Teruna  : ??
              
Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.

Ibu G      : minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?

Teruna  : ehh. Sudah cik. Terima kasih.

Ibu G      : kamu malu-malu pula dengan kami.

Teruna  : segan cik. Hehe

Bapa G  : bila kamu nak hantar rombongan?

Ibu G      : eh. Apa ayahnya ni?

Teruna  : ehh. Duit takde lagi. Hehe

Bapa G  : kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti

Teruna  : (eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit

Bapa G  : boleh takda masalah

Teruna  : pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?

Bapa G  : kalau boleh 20 ribu

Ibu G      : ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh acik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni

Teruna  : Berapa tu cik?

Ibu G      : dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 keatas pihak lelaki

Teruna  : (amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat, aduh) Tingginya acik, tak boleh rendah lagi ke?

Bapa G  : itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.

               Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.

Teruna  : nak Tanya lagi, kenapa anak acik tak pakai tudung?

Bapa G  : itu kenalah Tanya maknya

Teruna  : (ehh. Boleh pas-pas pulak dah)

Ibu G      : ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak

Bapa G  : saya kan kerja. Mana ada masa

Teruna  : (pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak Tanya lagi, anak acik pandai masak?

Bapa G  : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.

Ibu G      : apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.

Bapa G  : maknya pun sama suka bangun lambat juga.

Ibu G      : abahnya!

Teruna  : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Ehh.. acik sekarang saya da tau. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?

Ibu G      : boleh sikit-sikit kot

Teruna  : kali terakhir bila?

Ibu G      : err. Darjah 1 agaknya.

Teruna  : hmm.

Ibu G      : kenapa?

Teruna  : takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?

Bapa G  : apa motif kamu Tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.

Teruna  : kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?
              
Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.

Teruna  : boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lain lah dia ni hafizah, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar.

               Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami.

               Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.

Bapa G  : tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.

Teruna  : pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?

Ibu G      : tentulah kami berdua pun turut gembira.

Teruna  : yeke? Saya sambung lagi ya. Acik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat.

               Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.

Bapa G  : kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.

Teruna  : ehh. Sory pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.

Bapa G  : camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!

Teruna  : lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?

Bapa G  : hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.

Teruna  : dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda nil ah pakcik. Selalu ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampai pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina.
               Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.

Bapa G  : apa kaitan kamu nak berzina pula

Teruna  : yalah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina.
               Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.

Bapa G  : hmm. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan

Teruna  : hehe. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau.
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32)
Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan.

Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.

Bapa G  : kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.

Teruna  : bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.

Bapa G  : serius lah sikit.

Teruna  : betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu ha. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia.
               insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik.
Sory lah pakcik kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang ngan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je.

               Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi.

               Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.

Ibu G      : apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.

Bapa G  : hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.

Gadis     : takde mood nak pegi la ayah. Ntah

               Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.
               Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis

andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.

“ : )”
petang ni takde mood nak keluar,
Sory.
Minggu depan ayah suruh hantar rombongan.”

“ : ))”


Kisah rekaan semata-mata

Menjelang zohor.
12 julai 2011

Selasa, 28 Jun 2011

siapa yang cantik?


Lihat sahaja pada wanita, lihat pula pada lelaki. Bertanya pada wanita, bertanya pula pada lelaki. “calon camne yang awak nak untuk jadi pasangan hidup awak?”. Tentulah pelbagai jawapan, pelbagai reaksi dan pelbagai mimik yang diberikan. tetapi jawapan yang diberi tetap pada satu maksud. Mahu yang soleh atau solahah itu pilihannya. Sedang diri sendiri masih lagi terburu-buru mencari dunia.

Lihat pula pada lelaki. Lagak seperti apa yang senang dan sejuk dilihat. Tentulah yang sentiasa berkopiah, sentiasa menjaga adab dan akhlak semasa berada di mana-mana.  Bukan lagak yang ditunjuk, tetapi akhlak yang membentuk.

Sejauh mana pula dengan keadaan lelaki berkopiah, tetapi pakaian yang lain tidak menunjukkan kedudukan kopiah itu. Contoh seperti lelaki itu berkopiah, tetapi memakai baju yang ketat dan seluar pendek menjadi pilihan. Apa pula yang akan difikirkan pada mata-mata yang melihat lelaki itu. Pada pandangan mata itu akan terus pada negatif.  Pada pandangan wanita terutamanya, akan pandang jelik dan pelik. Sedang pandangan lelaki bersahaja. Fesyen mungkin, kepala hotak itu fesyen.

Jelik, pelik, kekok dan tidak setaraf dengan fitrah pada kopiah itu sendiri jika berpakaian seperti itu. Mungkin itu lah jawapan yang akan diberikan, dan kebanyakan mungkin dari wanita itu sendiri. Lihat pula pada keadaan itu tetapi pelakunya adalah wanita, dan pemakaian tetap pada wanita itu.

Lihat kelakuan dan pakaian wanita itu. Bertudung, tetapi memakai baju ketat. Keadaan sama dengan lelaki berkopiah tetapi memakai seluar pendek. Jelik bukan atau bahasa mudah, tak sesuai. Tetapi pada mata lelaki, itulah panorama yang paling indah walau jelik. Bukan ingin menyalahkan, tetapi fitrah telah dilanggar.

Sama sahaja lelaki dan wanita itu. Yang membezakan, mana antara mereka yang apabila melakukan dosa, segera bertaubat

Tutup aurat itu berfitrah. Tutup aurat itu bukan sekadar tutup. Tutup aurat itu perintah. Perintah itu pada sayangnya Allah pada wanita itu.

Lahirnya antara permata dan kaca,
kilauan mu memancar indah dunia,
pilihlah permata yang penuh rahsia,
iman lah yang menjadi pembela di sana.
kaulah wanita menghiasi syurga


Isnin, 27 Jun 2011

kau kata kau pembela

kisah yang menghayat hati ini telah diceritakan sendiri oleh penulis blog ini. segala kopipes adalah dibolehkan selagi tidak ada perasaan riak. kisah ini juga adalah rekaan semata-mata


sedang aku merenung ke langit ilahi melalui jendela sebuah kelas di tengah ibukota. tertarik aku dengan kata2 sahabatku. jika lihat keindahan ciptaan Allah, sebutlah "lahaulawala kuwata illa billa hil ali hil azim". lantas aku beristighfar, syukur aku dikurniakan sahabat sebegitu. tapi itu mungkin juga ujian buat aku.

melihat telatah sahabat seangkatan perjuangan dalam menuntut ilmu, walaupun mereka bukan beragama islam tp tekad perjuangan pd ilmu itu perlu aku contohi. aku terhibur melihat mereka. benar, hanya mereka berdua sahaja yang ada di dalam kelas itu. mereka mendendangkan lagu irama mereka yang agak rancak. aku membiarkan sahaja dan terus merenung, mengelamun sendiri. memikirkan ke mana hala tuju dan kemana akan Allah bawa aku di atas muka bumi ini.

lamunan maya terhenti apabila pintu dibuka perlahan. seolah-olah pengajar yang melangkah masuk, lantas aku membetulkan kedudukan. rupanya beberapa pelajar wanita dan lelaki. jika dilihat pada persis wajah mereka, tak tumpah kearah timurnya. tetapi tidak pada cara hidup yang mereka bawa, pakaian yang mereka pakai. ada betul gaya mereka bertanya untuk menggunakan kelas untuk membuat latihan, penuh adab. tetapi malangnya pada kelakuan mereka apabila bersama.

irama bingit yang didendangkan melalui laptop salah seorang sahabat ku yang bukan beragama islam terus menghanyutkan mereka berdua. sedang kumpulan anak muda itu terus leka dengan bebasnya pergaulan.

dengan tidak semana hentakan meja berbunyi. bukan dari sahabatku, tetapi dari kumpulan anak muda. sekali lagi lamunan maya aku terhenti. apa yang berlaku, detik hatiku. tidak sanggup bersuara kerana tidak setaraf dengan egoisnya kumpulan anak muda itu.

"hoi" jerit salah seorang anak muda itu, sambil jarinya ditunjukkan kearah sahabatku. hampir dalam fikiran aku jari itu ditujukan ke arah aku. pada yg lainnya hanya diam dan memandang dengan penuh meninggi diri. jika diukur ketinggian bangga itu, seluruh gunung didunia ini takkan dapat menampung ujubnya hati.

"korang pasang lagu ni kuat2 buat pe? pening la kami dengar, hormatlah sikit kami ni org islam" sambungnya lagi. lantas yang lain mengangguk tanda setuju. terkebil2 sahabat ku mematikan punca irama dendangan itu. mungkin terkejut dan terpana. yang lain masih melihat, angkuh si lelaki yg bersuara itu.

bingkas aku bangun membetulkan seluarku, gaya aku seperti ingin mempertahankan kumpulan anak muda itu.  tanpa berpaling aku bersuara.

"ape kau fikir diri kau sudah hormat pd islam itu sendiri, sedangkan kau itu sendiri orang islam? apa kau fikir kau berpakaian seperti gaya barat kau telah mempertahankan islam? apa kau kelakuan kau melambangkan islam sebenar? apa kau fikir perbuatan kau itu sudah cukup membuatkan kau tergolong dengan ahli syurga? sedikit pun tidak."

"lagak kau seperti kau sungguh beriman, tp iman yg kau galas itu sedikit pun tidak terkesan dengan gaya yg kau bawa. berubahlah. belum terlambat. saye bukan nak jd ustaz. tp saye sedih tgk org mcm kite ni pandai ckp pasal islam, tp praktik takde. kalo setakat hu ha hu ha pastu diri sendiri seolah tak hormat akan islam itu sendiri, jgn harap agama lain akan hormat pada islam" sambung ku lg. seolah-olah keras

lantas aku segera menghampiri pintu. membukanya dan beredar dari situ. aku tahu, duduknya diriku disitu hanya akan menambah kemelut.

mundar mandir aku carik angin. gemuruh di dada bagaikan mahu keluar. pertama kali kata-kata ku dituturkan dengan nada sebegitu. terus aku ambil wuduk dan duduk sahaja di surau. lantas aku bermohon agar kami semua diberi hati yang lain untuk terus bersama dengan islam. selang seketika, pintu surau dibuka. kelihatan kumpulan pemuda td, datang menghampiri aku menghulurkan salam memohon maaf.

ku katakan pd mereka. bukan aku yg patut memberi maaf, tetapi pintalah pd ALLAH.

terus mereka bersolat.

dari belakang aku berbisik. "dah amek wuduk ke belum"

tamat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

iklan aku x phm

nyanyi jom awak