copy dan paste sahaja..
mls nk taip2..
hehe
Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis  yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan  seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah  lakunya benar-benar membimbangkan ibu.
Dia sering membawa  teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak  senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan  pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung.  Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-  pertengkaran kecil antara mereka.
Pernah pada suatu masa, adik  berkata dengan suara yang agak keras, "Cuba mama tengok, jiran-jiran  kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam  orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan Annisa kat sekolah, yang  pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang,  pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat  macam tu!"
Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran  rumah kami.. Sebuah keluarga yang mempunyai enam  orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu Khoiri, (nama  sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di  masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami,  timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar  rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.
Perkara  ini telah sampai ke pengetahuan adik.
Dia bertanya kepada saya,  "Abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan  tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "Kalau nak tau sangat, pergi  rumah mereka, tanya sendiri". Rupa-rupanya adik mengambil serius  kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya  dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak  berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu  menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?
Namun, selang  dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh.  Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi  bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat  perubahan yang ajaib..ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus  peratus!
Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya  yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak  tentu arah...saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam  (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun  melebihi saya sendiri...tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya,  solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya  datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah,  jerit hati saya..
Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan  untuk bekerja di Kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua  bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit  tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun).  Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar  adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.
Ketika  saya sampai di rumah...didepan pintu sudah ramai orang...hati  berdebar-debar, tak dapat ditahan..... saya berlari masuk ke dalam  rumah...saya lihat ibu menangis...saya segera menghampiri ibu lantas  memeluknya.. ......dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik  boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak  dapat ditahan lagi...
Setelah selesai upacara pengkebumian dan  lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya  terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik  menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu  saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang  menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini. Perubahan  yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu Khoiri....disitu  tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya  seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas  airmata).
Annisa : Aku hairan, wajah wanita ini cerah dan  bersinar seperti bidadari "Makcik..wajah makcik sangat muda dan cantik".
Isteri  jiranku : Alhamdulillah. .sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk  hati.
Annisa : Tapi makcik kan dah ada anak enam..tapi masih  kelihatan cantik ??
Isteri jiranku : Subhanallah. .sesungguhnya  keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. .siapakah  yang boleh menolaknya?
Annisa: Mak Cik..selama ini ibu saya  selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana  saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya  berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi  kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa  nak pakai tudung..pendapat makcik bagaimana ?
Isteri jiranku :  Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini  perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari  tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan  dipertanggungjawabk an dihadapan Allah SWT nanti dan tudung adalah  perlindungan untuk wanita ..
Annisa: Tapi yang saya tengok,  banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..
Isteri  jiranku : Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna disebalik tudung  itu sendiri yang harus kita fahami...
Annisa : Apakah hakikat  tudung ?
Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan  zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram  kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang  sia-sia .. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT,  lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat  baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium  segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat  sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju  maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang  syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu  selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai  akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung..
Annisa : Mak  cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya  mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?
Isteri  jiranku : Duhai Nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan  rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu  mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan  amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan  Allah SWT. Duhai Nisa...ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia  akan dibangkitkan. .ketika ditiup sangkakala yang kedua, pada saat  roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam  satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada  rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas  kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia  ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak  mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi,  antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih  berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia  berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya  mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana  rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang  banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung  amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika  dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk  seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT  murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.  Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang  panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil  hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada  hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya  oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha  Agung. . . .Allah SWT. Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana  di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang  jatuh dari pelupuk matanya..
Subhanallah ...
Saya selak  halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan  itu "Buta, tuli dan bisu.." wanita yang tidak pernah melihat lelaki  selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang  dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah  dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia.. "Tak tahan airmata  ini pun jatuh". Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya..  Amin..Subhanallah
Saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar  bagi kita semua.
Wassalam...



1 ulasan:
copy n paste dari mane?
link please....
Catat Ulasan