assalamualaikum

Sabtu, 25 Disember 2010

asal usul permainan chess






Permainan catur menurut Wikipedia pertama kali ditemukan di masyarakat Persia dan Arab. Kata ’catur’ itu sendiri berasal dari kata ’chaturanga,’ yang dalam bahasa Sanskrit berarti empat divisi ketentaraan.

Catur kemudian menyebar ke seluruh dunia dengan pelbagai varian permainan sampai kemudian kita kenal seperti sekarang.

Permainan ini menyebar sampai ke Timur Jauh dan India dan menjadi salah satu pelajaran di keluarga kerajaan dan ningrat Persia. Pemuka agama Budha, pedagang yang lalu-lalang di Jalan Sutra mulai menggunakan papan catur untuk permainan ini.

apa yang aku tulis atas ni adalah betul, tapi apa yang saya akan tulis dibawah ini lagi la betul. apa yang betulnya? kebetulan mungkin, atau sebetulnya la. atau apakah 



kepincangan dalam permainan catur itu sendiri (kera-jaan)


kesamarataan pada mereka,

tengahari tadi aku ke surau untuk mandi wajib solat jumaat, dan macam biasa aku pergi awal kerana aku ni bajet baik dan amat cemerlang la kiranya. owh plizzz, aku pegi awal sebab masjid tu jauh dan aku jalan kaki, kalo pakai tangan sampai jugak, tapi sampai solat jumaat minggu depan la agaknya,..


back to the point..

sesampainya aku di masjid itu, kebetulan ada ceramah.. dalam sedap2 dia ceramah pasal seorang pemuda yg bernama Dawuud (sebutan yg betul), dia cerita camna 70 org (pihak dawuud) boleh menang terhadap 10 ribu orang... tongkat ali atau viagra barangkali.

seronok aku dengar dia cerita sehingga dia tidak sedar apa yang dia kata.

"itu semua strategi, angpa tau main chess, haa.. depa perang strategi la, tu sebab diorg boleh menang"

angpa tau chess... 



bahagian depan skali adalah bahagian askar, askar ni satu je gerakan dia. dan hanya kehadapan sahaja, tidak boleh ketepi, dan pada permulaan boleh melangkah 2 step ke hadapan. apabila menjatuhkan musuh, askar ini akan menggunakan pergerakan serong apabila menjatuhkan musuh.

persamaannya dengan kera-jaan, tak kesah la kerajaan mana pun. iye2 je aku ni YB mereka berani ke hadapan terus melangkah 2 step sebab blakang ada mereka, siapa mereka itu. itulah ker-jaan. maksudnya, askar itu mewakili pencacai atau yb setiap bahagian. berani pada permulaan dan akan mula kecut apabila sampai ke hadapan, menjatuhkan musuh dengan cara salah (serong/taktik/sorong bantal)..



blakang askar adalah pihak atasan..


Castle

paling hujung skali adalah castle, perjuangan dia senang sahaja. lurus dan pertahanan adalah paling kuat sekali seolah2 seperti menteri pertahanan/perumahan dan berbentuk tembok  sebab benda ni mmg da bentuk tembok (muka tembok).. apakah kaitanya dengan kera-jaan? ya, memang ada. castle ini hanya melakukan tugas dan mengikut kata daripada kera-jaan sahaja. 

sebagai contoh pembinaan bangunan MT(duet rakyat). banyak sudah orang tentang dan mendesak supaya tidak diteruskan usaha murni  kera-jaan utk membuat bakti kepada rakyat la kononnye .. dan macam biasa, sejauh mana rakyat menentang, perkara itu tetap berjalan dengan jayanya. itulah castle, tulus dalam perjuangan..



Knight 

Ahli paling berguna dalam chess, kebijaksanaan dalam mengatur strategi telah membuatkan knight nampak gagah dan berwibawa. pasukan berkuda ini boleh dikatakan pasukan kenderaan seolah2 seperti menteri pertahanan. malangnya, pergerakan yg singkat dan slalu termasuk dalam kancah perangkap menyebabkan pasukan berkuda ini sering terkandas.

menteri pertahanan menerima bajet yg tinggi, prestij la kiranya. dan membeli peralatan dan kenderaan ketenteraan yg paling canggih seperti kapal selam, kapal terbang, helikopter. malangnya, disebabkan menteri2 kaya ni hanya mempunyai lesen L, segalanya menjadi huru hara. kapal selam terus selam, helikopter terus terbang tak turun2.. HURU HARA



Bishop

ahli paling smart antara mereka2 semua kerana tugas yg digalas adalah berat, bishop ni umpama ketua agama dalam erti kata laen, jabatan agama. tugasnya adalah menjadi pemerhati Queen dan king dalam setiap pergerakan dan mempertahankan kesucian agama,

so. apakah kesamaan dengan kera-jaan, ini dia. jabatan agama bagus, bukan tak bagus, tp sepatutnya jalan lurus bukan jalan serong. ini jalan pun da serong, macam mana nak pertahankan agama (org ckp ini adalah penipu agama)  bagusnya mereka ini adalah 
tetap mempertahankan Queen dan King.. king apa, king kong. berat aku nak citer pasal bishop sebab mmg berat la... timbang sendiri...



lepas mereka2 ini yg paling besar... b e s a r    p u n y e!!!



Queen control


this thing is creepy, queen lah satu2nya yg boleh melakukan pelbagai pergerakan kecuali pergerakan castle, mungkin tak boleh masuk dalam kera-jaan dia dipanggil first lady gaga. tugas mereka senang sahaja, dengan kecekapan dan ketangkasan, mereka ini adalah jenis yg menghabiskan beras dan sgt membazir (tamak woo.. sebab jalan nak besar kangkang langkah) 

that why mende ni lah paling berkuasa dan juga boleh menguasai KING.. oh king ku mcm tadak tolo keberanian menyebabkan firts lady anda tamak haloba... kah3...


KING..

pemegan tampuk agama.. jatuhnya king, jatuh lah agama.. dalam kerajaan dorg ni adalah dari PM... 


wallahualam...



p/s:mcm provoke kan?? mmg aku provoke, tp mende tu mcm betul je.. fikirla sendiri

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

raja adil raja disembah, raja zalim?

STANDARD MESIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

iklan aku x phm

nyanyi jom awak